Kegunaan rempah serbuk kunyit dalam masakan tradisi orang India menjangkau lebih 5,000 tahun. Kunyit ini bukan saja sebgai bahan masakan tetapi ia adalah bahan perubatan tradisional bagi orang Cina, India (Ayurveda) dan perubatan tradisonal Melayu sejak berzaman. Kunyit hasil dari rizom tumbuhan yang digelar “curcumalonga“, (dari pokok kunyit). Kunyit berasal dari negara Indonesia dan Selatan India. Serbuk kunyit atau Kunyit (hidup)kerap digunakan dalam masakan asli Melayu dan India Selatan. Rempah kunyit telah menjadi sinonim dengan masakan India dan Melayu nusantara dan penting dalam setiap masakan.
Selain dari memberi warna menarik (complexion) untuk sesuatu hidangan masakan, ia juga memberi masakan kita aroma dan khasiat perubatan yang amat tinggi.
Kunyit mempunyai banyak kegunaan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional Melayu. Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati . Kunyit berserta dengan ramuan –ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi , sakit dada dan perut, gangguan haid dan melancarkan aliran darah . Sebatian kimia dari ( curcuminade) kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai berkesan mencegah bakteria bahaya (anti-septic value). Dengan sebab inilah kunyit digunakan dalam gorengan ikan dan ayam. Selain aroma yang sangat nyaman, ia juga dapat membunuh bacteria bahaya yang terdapat dalam isi ikan atau daging ayam kadangkala masakan daging juga banyak gunakan rempah kunyit ini.
Keistimewaan Kebaikan Kegunaan Kunyit Dalam Masakan:
- Membaiki sistem penghadaman.
- Mengurangkan angin (gas) dalam perut.
- Membantu dan melancarkan penghadaman protein tepu dan kandungan karbohidrat tinggi seperti nasi. Dengan ini kunyit boleh digunakkan sebagai bahan untuk menguruskan badan.
- Membaiki dan membantu keupayaan tubuh badan menghancurkan lemak (menguruskan badan).
- Membantu membersihkan sistem hati dari toksid bahaya.
- Fomulasikan tisu yang baru dalam tubuh.
- Mengurangkan kesakitan sendi-sendi, gatal dan bengkak kemerahan di permukaan kulit.
Kesimpulan:
Walau pun makanan orang kita selalu dikecam oleh pakar-pakar perubatan barat tentang nilai kolestrol yang tinggi atau pun cara penyediaan yang bagi mereka tidak mematuhi penyediaan makanan sihat. Malangnya mereka lupa tentang nilai ubatan rempah yang diadunkan dalam dalam masakan kita. kegunaan rempah dalam masakan kita, boleh menghindarkan kesan negatif yang wujud.
Pendapat saya masakan barat cuma masakan gimmik yang pentingkan “persembahan” (display) masakan dan makanan ini pulak cuma sesuai untuk negara mereka yang beriklim sejuk. Di Barat kita perlu guna protien yang tinggi dalam masakan untuk menjaga kepanansan tubuh. Pembentukkan lemak dalam tubuh cepat berlaku dalam tubuh. Di negara kita yang beriklim khatulistiwa, lemak sentiasa akan terbakar begitu pantas.
Pakar-pakar pemakanan kita perlu mengkaji dan menyelidik keseluruhan resepi makanan kita dari segi kesan rempah yang digunakan dalam masakan. Pemakanan yang diambil perlu dengan kesesuain aktiviti fizikal kita. Kalau hentam nasi kandar hari-hari tetapi cuma duduk kat kerusi empuk dipejabat yang berhawa dingin mana tak naik perut?. Nasi kandar boleh dimakan tetapi se sekali dalam seminggu sudahlah. Nasi kandar sebenarnya menu yang dicipta untuk kuli-kuli pelabuhan Pulau Pinang semasa penjajahan British dahulu, yang lakukan kerja manual yang keras dan manual. Kerja-kerja pemunggahan barang secara manual di pelabuhan perlukan tenaga yang banyak. Sekarang Nasi kandar sudah menjadi makanan eklusif dan mahal. Pekerja biasa sudah tak mampu rasa nasi kandar seeperti Ikan bilis yang dulu makanan orang miskin tetapi kini cuma mampu dibeli orang kaya 1kg cecah hingga RM40.00.
Masakan barat cuma glamour dengan nama seperti tajuk sesuatu Filem yang belum tentu isi ceritanya baik. Perniagaan orang barat cara kapatilisma ini cuma untuk monopoli, manupulasi, minda kanak-kanak kita dengan berbagai cara. Dalam dunia kapatalisma ini, kajian dan data penyelidikan boleh dijual dan beli oleh golongan yang punyai wang dan kuasa. Analisa dan penyelidikan yang di taja oleh mereka yang punyai kuasa dan wang sudah pasti akan berpihak kepada mereka atau tuannya.
sumber dari: balannambiar.wordpress.com