khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Tuesday, 23 July 2013

Kurma Berkhasiat Untuk Si Manja




kurma


Menurut kajian yang telah dijalankan oleh saintis Mesir, jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak.

Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C & E. Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam kurma ialah sebanyak 50 hingga 57 peratus. Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. Kandungan vitamin C dalam kurma pula dapat membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Mengambil sebiji kurma setiap hari sudah cukup memberikan tenaga kepada kanak-kanak sedang membesar.


sumber dari: pama.karangkraf.com