khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Tuesday, 23 July 2013

Kunyit Keringkan Pusat Bayi




kunyit

Bayi baru lahir kerap mengalami masalah pusat lambat kering. Ini membuatkan ramai ibu bapa terutama yang baru pertama kali mendapat anak, berasa bimbang untuk memandikan bayi mereka.
 
Selain daripada menggunakan ubat yang disediakan oleh pihak hospital untuk membersihkan kawasan pusat bayi bagi mengelakkan jangkitan, anda juga boleh mencuba petua tradisional.
 
Menurut petua orang tua, masalah ini dapat diatasi dengan memarut sedikit kunyit hidup. Kemudian diletakkan pada pusat bayi dengan menggunakan ibu jari. Insha  Allah keesokan hari pusat bayi akan kering.


sumber dari: pama.karangkraf.com