khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Tuesday, 21 May 2013

daging salai bersos sambal kicap






    Bahan-bahan Daging Salai:
  • 500gm Daging Batang Pinang (dipotong menjadi hirisan setebal 0.5cm)
  • 3 sudu besar Jintan Putih (serbuk)
  • 3 Sudu besar Jintan Manis (Serbuk)
  • 2 sudu besar Garam
  • 3 sudu besar Madu
  • ¼ mangkuk Beras
  • 4 kuntum Bawang Lawang
  • Kertas aluminium bersaiz A4
  • Bahan-bahan Sambal Kicap:
  • 3 batang Cili Hijau
  • 4 tangkai Cili Padi
  • ½ cawan Kicap Manis
  • ¼ cawan Bawang Merah Goreng (goreng sendiri lebih wangi)
  • Secukup rasa Gula dan Garam
    Cara-cara penyediaan Daging Salai:
  • Perapkan daging dengan jintan manis dan jintan putih, garam dan madu. Biarkan selama 1 jam.
  • Balut beras dan bunga lawang dengan kertas aluminium. Letakkan di dalam kuali panas dan bakar sehingga asap keluar.
  • Goreng daging (kepingan) sehingga setengah masak dan kemudian masukkan dalam kuali dan tutup dengan penutup salai daging selama kira-kira 5 hingga 10 minit.
    Cara-cara penyediaan Sambal Kicap:
  • Campurkan semua bahan-bahan di atas kecuali garam dan gula.
  • Masak sehingga rasa mentah cili sudah hilang.

Kumpulan Biru: Amita (Ketua), Felix, Imelda, Danial, Wahidan



sumber dari: astro.com.my/masterchefseason1