khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Wednesday 26 December 2012

rebusan daun kari sebagai tonik





"Gunakan daun kari (curry leaf) untuk mencegah rambut beruban. Rebusan daun kari dalam minyak kelapa maka minyak ini akan menjadi tonik rambut yang bagus untuk merangsang pertumbuhan rambut dan mengembalikan pigmentasi rambut. "


sumber dari: health.detik.com

penggunaan pokok kari






  1. Ulam-ulaman. Amalkan makan 10 helai daun kari selama 3 bulan berturut-turut bagi mencegah penyakit diabetes.
  2. Air rebusan kulit batang yang kering dapat digunakan oleh pesakit diabetes.
  3. Kisar daunnya untuk dijadikan jus, kemudian campurkan dengan jus limau untuk atasi pening dan loya.
  4. Jus daun kari yang diicampur madu dapat mengatasi cirit-birit dan sembelit.


sumber dari: rafidahsalleh.blogspot.com

pucuk daun kari boleh mewangikan....






Ada kawan dulu syorkan agar rajin2 amalkan makan pucuk daun kari. "Boleh mewangikan...", katanya. Kira sama fungsi cam makan buah limau kasturi la lebih kurang... limau kasturi tu pun kalau makan bersekali dengan kulit2nya, Insyaallah dapat mengelakkan masalah bau badan.

Alhamdulillah, dapat selalu petik2 pucuk daun kari ni sebab pokoknya yang makin meninggi sentiasa keluar cabang2 baru. Memang best rasa daun kari yang muda tuh. Jadi selalu tak lupa pegi petik pucuk kari untuk wat saing makan ngan ulam-ulam lain.


sumber dari: impiana-iman.blogspot.com

daun kari hilangkan hanyir ikan sungai






Harini Suri nak kongsikan satu petua pada sahabat-sahabat semua terutama pada kaum hawa yang selalu keluar masuk dapur yang selalu menyediakan hidangan buat keluarga yang tersayang hee.. Terlebih dahulu apa kata kita kenali dahulu asal usul daun kari ini. Kemudian barulah Suri berikan petua tersebut seperti biasa.

Tahukah anda pokok kari atau nama saintifiknya dikenali sebagai Murraya Koenigii ia tergolong dalam keluarga Rutaceae. Pokok daun kari ini berasal dari negara India dan Sri Lanka dan ia biasanya akan tumbuhan subur dalam zon tropika.

Pokok kari merupakan sejenis tumbuhan yang renek dalam paras ketinggiannya diantara 0.9 sehingga ke 6 meter. Pada kebiasaannya pokok kari ini ditanam di kawasan sekitar rumah dan juga kadangkala ia membiak di semak ataupun kawasan yang terbiar.


Pokok kari ini selalunya digunakan dalam pelbagai masakan terutama dari masakan berempah terutamanya dalam masakan kari. Daun kari ini juga turut mengeluarkan bau yang kuat disamping itu ia juga mempunyai rasa yang agak pahit.

Tahukah kawan-kawan daun kari ini kebanyakannya banyak digunakan oleh masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah juga dalam masakan lain seperti masakan rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi.

Bunganya pokok kari biasanya berbentuk kecil dan berwarna putih kekuningan manakala buahnya pula bersaiz kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Pokok kari ini mudah membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.

100076_fish_450

Cara untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai adalah:-

Dengan menyediakan 7 tangkai daun kari (dibasuh dahulu)
Kemudian anda ramaslah daun kari tersebut supaya ia mesra dengan ikan sungai.
Setelah itu anda perapkan daun kari tersebut dengan ikan sungai selama satu jam.
Selepas itu anda bolehlah mencuci ikan sungai seperti biasa.

Opss! selawat jangan di lupa ya :)
Harini admin cahaya cinta kurang sihat take a break jaP :( .
Ikan tu sekadar gambar hiasan yek..hihi. ;)



sumber dari: cahayacinta.com

Tuesday 25 December 2012

Daun Kari Cafe





petua menghitamkan rambut beruban




Anda mengalami masalah rambut beruban?
Uban tumbuh atas faktor usia, tapi ada juga orang muda yang beruban mungkin kerana akar rambut sakit.

Untuk menghitamkan rambut berubat, cubalah petua menggunakan daun kari ini.

Petua Hitamkan Rambut Beruban Dengan Daun Kari:

1) Campurkan 1 sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari.
2) Masak atas api sederhana sehingga daun kari hangus.
3) Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
4) Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.

Selamat mencuba.


sumber dari: 101petua.blogspot.com

Daun kari dan masyarakat India






Bagi masyarakat India, daun kari mempunyai banyak kegunaannya. Hal ini kerana, hampir semua masakkan kaum tersebut menggunakannya seperti rasam, chutney, muruku, kari dan sebagainya.
Selain itu, pokok ini juga diestrak untuk dijadikan sebagai rempah.

Pokok kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae. Ia adalah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga enam meter (m) yang sering ditanam di kawasan sekitar rumah.

Pohon ini dikatakan berasal dari India dan Sri Lanka, tumbuh subur dalam zon tropika. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.

Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang.

Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Daun kari mempunyai khasiat tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman.
Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi 66.3 peratus kelembapan, 6.1 peratus protein, satu peratus lemak, 16 peratus karbohidrat, 6.4 peratus fiber, mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.

Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.
Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.

Selain itu, amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama tiga bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.



sumber dari: sinarharian.com.my

Tips Elak Lalat ketika anda memasak





Tips ni bagus untuk perempuan yang rajin memasak dan ada masalah dengan lalat. Biasalah lalat mesti ada lagi-lagi bila kita siang ikan ke ayam ke. Mesti anda risau kalau-kalau ada telur lalat ke kan nanti sakit perut. Jadi saya nak bagi tips sikit anda semua nak tahu tak? Tak nak sudah tak payah baca, sapa nak meh teruskan.



Anda kenal daun kari? Mestila kenal kan dah memasak, siapa yang tak tahu pergi tanya mak. Ala daun yang buat masak kari tu, tak ada tak sedapla. Daun kari ni senang je nak dapat kalau duduk kat kawasan kampung sebab orang suka tanam. Jadi jiran yang ada tu minta la sikit dan sambil tu share tips ni kat dia. Kelas gitu memasak tanpa lalat.
1. Ambil dua atau tiga tangkai daun kari *kalau boleh yang tua sikit bau dia kuat.
2.Lepas tu taburkan la di kawasan yang anda ingin memasak tu.
Contoh: sinki, dapur, lantai dekat dengan dapur dan lain-lain.



sumber dari: rosaisa06.blogspot.com

Daun Kari Penawar Kencing Manis



daun-kari



Tahukah anda, amalan memakan 10 helai daun kari setiap hari selama tiga bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Petua ini dipetik dari sebuah majalah tempatan. Sejauh mana amalan ini diamalkan saya sendiri tidak pasti.

Selain itu, daun kari juga digunakan secara meluas dalam perubatan índia. la dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya sertã mengatasi masalah penghadaman. la juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.



sumber dari: fazlisyam.com

Sunday 9 December 2012

Saffron atau koma-koma






Zafaran juga dikenali sebagai Saffron atau koma-koma merupakan jenis bebawang, terdapat di Iran, Sepanyol, Magribi, Kashmir, Greece dan Itali. Iran merupakan pengeluar terbesar dan paling berkualiti. Stigmanya yang berwarna merah adalah paling berharga. Lebih 200,000 ulas stigma diperlukan untuk menghasilkan 1kg dan harganya mencecah RM70,000/kg. Ia digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan, masakan, perusahaan minyak wangi, alat solek, bahan pewarna dan dakwat. Ia mengandungi pewarna asli. karotin, vitamin B1 dan B2.

Diperbuat daripada akar-akar kayu terpilih untuk mencairkan dan melancarkan perjalanan darah dalam urat-urat saraf ke buah pinggang dan seterusnya ke seluruh anggota badan. Insya’Allah dengan izinNya.

KHASIAT2 ZAFRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT..

Untuk orang yang mengalami strok atau lumpuh.
(sakit baru atau lama)
Untuk orang yang tiada selera makan. (sakit baru atau lama)
Untuk orang menghidap lelah (asma) yang sentiasa bergantung pada penyedut gas. (sakit baru atau lama)
Untuk orang yang mengalami masalah penghadaman.
Untuk orang yang kebas-kebas hujung jari dan tapak
kaki dan lenguh-lenguh sendi.
Amat baik untuk orang menghidap penyakit gout. (sakit baru atau lama)
Untuk orang yang susah bangun pagi, malas bangun dan
badan rasa berat sewaktu bangun dari tidur.
Amat baik untuk wanita selepas bersalin, mengembalikan tenaga dan keremajaan dalaman.
Untuk orang yang sering sakit kepala atau migrain. (sakit baru atau lama)
Untuk orang yang menghidap sakit-sakit sendi atau rheumatism. (sakit baru atau lama)
Untuk orang yang menghidap diabetis. (peringkat awal atau peringkat kritikal)
Untuk orang lelaki yang mengalami penyakit mati pucuk. (sakit baru atau lama)
Untuk orang yang alah kepada makanan laut. (seafood)
Bersin n selsema setiap kali bangun tido.
dan banyak lagi khasiat serbuk zafaran dan Alhamdulillah sudah terbukti ade kesan yg baik terhadap pengguna2 sya yang dah ambil serbuk zafaran ini insyaAllah dengan izin Allah.



sumber dari: promosi4all.com

saffron anti-kanser





Kajian saintifik di IRAN menunjukkan kandungan dlm SAffron & antara kebaikan saffrom adalah ANTI-KANSER @ dlm erti kata lain untuk MENGELAK KANSER & MENGUBATINYA!



sumber dari: academicjournals.org

ikan diperap dan diawet garam dan saffron untuk penduduk gaza





Ikan-ikan yang diperap dan diawet garam dan herba saffron ini dikatakan diseludup masuk dari mesir bagi memenuhi keperluan sumber makanan berasaskan ikan di semenanjung gaza.


sumber dari: gambargambarpelik.blogspot.com

Teh Saffron + garcinia





Teh Saffron + garcinia sudah terbukti


1. Kempiskan perut buncit seperti wanita lepas bersalin,lelaki perut buncit
2. Menurunkan berat badan secara alami
3. Meningkat tenaga dan peredaran darah
4. Menyingkirkan toksin dalam badan yang menyukarkan penurunan berat badan
5. Menguat sistem pertahanan tubuh


Mengandungi 30 uncang. 1 uncang boleh bancuh satu teko besar
Mium setiap hari nescaya perut buncit akan kempis dan berat badan terkawal



sumber dari: zuzila.com

SIRAP SAFARINA





Estrak kismis, ginko, goji, madu, dan plassiflora
Sirap Safarina (Saffron Kismis) ini mengadungi 2 bahan iaitu Saffron dan Kismis yang sangat masyhur dalam mengaktifkan dan mempertingkatkan keupayaan minda.
Khasiat
  • Menambahkan tenaga dan menghilangkan keletihan
  • Membantu penghadaman dan meningkatkan selera
  • Membantu mengatasi masalah perut, gastrik, perut memulas
  • Membantu mengatasi masalah sukar tidur (insomnia)
  • Membantu melegakan tekanan
  • Membantu mengatasi kelemahan dalam pembelajaran.
Cara Guna:
2 sudu sirap safarina ditambahkan dengan 200ml (1 gelas) air panas ataupun air sejuk.
Boleh digunakan sebagai minuman air panas atau sejuk, sebagai dessert iaitu dituangkan ke atas buah-buahan, kek atau puding, boleh dicampurkan ke dalam nasi beriani atau ke dalam masakan kurma daging atau ayam.



sumber dari: kedaidewasa.com

OMG : Perfume Lady Gaga





"My perfume was designed for women, but a lot of my gay friends wear it," tulis Gaga lagi.

Walaupun Gaga menyebut perfumenya beraroma seperti sperma dan darah, sebenarnya perfume tersebut tidak diperbuat dengan bahan-bahan yang menjijikkan itu.

Jika dilihat dari kandungan yang ada di belakang kotak botol perfumenya, ia hanya diperbuat daripada bahan-bahan dengan nama yang cukup aneh seperti tears of belladonna, crushed heart of tiger orchidea with a black veil of incense, pulverized apricot dan the combinative essences of saffron and honey drops.


sumber dari: kopipesz.com

Saffron @ Zafaran





Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali(k.w) menyatakan:

"sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen danSu'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'Asal(madu) diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"

Za’faran atau Safron adalah sejenis tumbuhan berbunga yang mana stigma bunga ini diambil dan dikeringkan.

Dalam kitab-kitab perubatan Islam, terlalu banyak memperkatakan tentang khasiat Za’faran begitu juga dari peubatan moden Barat. Ia kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Tiamin). 

Dapat membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bias-bisa sendi, penenang & juga peransang tenaga batin. Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperrti asma dan demam biasa.

Za'faran kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan tiamin).
Di antara khasiat za'faran adalah:
  • Membantu menyempurnakan proses penghadaman
  • Menguatkan ingatan
  • Merawat anemia
  • Mengawal tekanan darah dan kolestrol
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Merawat penyakit saraf
  • Mengurangkan keletihan
  • Mengurangkan sembelit, bisa-bisa sendi
  • Penenang diri
  • Perangsang tenaga batin
  • banyak lagi (di buat kajian oleh saintis barat)
Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.

CARA MAKAN


6 stigma(filament) za'faran untuk 500ml air. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung



sumber dari: stokisqurba.blogspot.com

Minyak Zafaron





Terkenal kerana sering diminta atau digunakan untuk ritual menarik duit dan menarik harta.
Untuk dimaharkan dengan nilai RM1525.00


sumber dari: karimon.wordpress.com

minyak kasturi za'faran




Kasturi Za’ffran merupakan kombinasi bahan tumbuhan herba Zafrran dan wangian kasturi (Kasturi kijang) sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Zaffran (Saffron) atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah Negara sahaja iaitu diIran dan sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir.

Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenal sebagai “King Of Spices”. Stigma bunga Za’ffran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Negara-negara Timur Tengah.

Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, minyak wangi yang kaya dengan vitamin B2, hydrochloric acid dan Riboflavin. Za’ffran adalah herba yang digunakan semenjak Zaman Rasulullah SAW lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamannya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaanya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba Ajaib bagi sesetengah pengamal Perubatan Islam kerana kelebihan dan Keistimewaanya yang tinggi dan tersendiri.

Antara keistimewaan wangian Kasturi Zaffran :-

* Merawat selesema dan menghilangkan sakit kepala
* Menghindari angin ahmar
* Amalan orang-orang soleh dan sunnah Rasulullah SAW
* Wangian Harum yang menyegarkan dan bau yg menyenangkan
* Sesuai dipakai untuk majlis keramaian dan semasa bertugas
* Wangiannya untuk kecerdasan minda dan menguatkan Ingatan
* Wangian Zaffran untuk menguatkan Hafazzan (Riwayat daripada Imam Ali)
* Satu Ikhtiar bagi rawatan penyakit Gangguan (Angkara Sihir,Histeria)
* Cara Guna Mulakan dengan Al-Fatihah dan Selawat 3 kali Keatas Nabi S.A.W



sumber dari: carigold.com

kopi RX ada khasiat saffron




Kopi Rx Coffee menggunakan formulasi Dato Dr Nordin Darus yang diperkaya dengan herba-herba terbaik dunia seperti Mahkota Dewa, Saffron, Habbatus Sauda, Ginseng dan Herba-Herba Mujarab yang lain.

rx coffee kopi mahkota dewa saffron


WorldWellness memperkenalkan Rx-Coffee, sebuah kopi kesihatan yang bebas daripada bahan pengawet atau perasa tiruan dan menggabungkan bahan-bahan terbaik untuk kesihatan anda.

Ramuan Utama di dalam Rx Coffee adalah terdiri daripada :

1) Mahkota Dewa – Herba yang digunakan secara meluas di Indonesia dan didapati mampu mengubat seribu macam penyakit kerana kombinasi kimia alkoid (untuk detoks), saponin (untuk anti-bakteria), flavanoid (melancarkan perjalanan darah) dan polifenol (anti-alergi) di dalamnya.

2) Habbatus Sauda – “Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya ada sejenis ubat untuk pelbagai macam penyakit kecuali maut”- Sabda Rasulullah S.A.W

3) Saffron – Sejenis bunga yang cukup eksklusif dan tinggi nilainya di seluruh dunia kerana kandungan debunganya yang kaya dengan bahan-bahan menyihatkan tubuh badan. Didapati membantu mengubati pelbagai jenis penyakit termasuklah masalah jantung, hepatitis dan sebagai perangsang minda.

4) Ginseng – Ekstrak dari akar pokok ginseng telah digunakan sebagai sebahagian daripada perubatan tradisional kaum Cina sejak Dinasti Tang (618-907 sebelum Masihi). Didapati memperkuat-kan sistem antibodi badan dan menguatkan daya ingatan.

Rx-Coffee juga diadun dengan kopi Arabica yang merupakan antara kopi terulung di dunia dan koko yang mempunyai khasiat kesihatannya tersendiri. Rx-Water, yakni air penyembuh aura pertama di dunia, digunakan dalam pemprosesan Rx-Coffee.

Kesemua kombinasi ini menghasilkan kopi yang telah didapati boleh diminum bukan sahaja oleh peminum kopi tetapi juga mereka yang sebelum ini tidak boleh minum kopi. Malah, ianya telah digunakan sebagai sebahagian daripada proses rawatan oleh mereka yang memang tidak boleh lepas daripada meminum kopi.

Rx-Coffee mempunyai rasa yang sememangnya unik di pasaran dan mengeluarkan aroma yang bukan sahaja enak tetapi juga menyegarkan.

Kebaikan Rx Coffee secara amnya …

* Mengandungi anti-oksidan dan Polyphenol untuk pencegahan penyakit.
* Meningkatkan kepekaan,kecerdasan, daya tahan dan aktiviti mental.
* Meningkatkan kealkalian dan mengurangkan keasidan dalam tubuh.
* Membantu peredaran darah.
* Membantu kitaran menstruasi wanita.
* Minuman kesihatan sekeluarga yang enak dan berkhasiat.
Cara pengambilan – Masukkan satu paket ke dalam cawan berisi air panas dan nikmatilah rasa kopi beraroma. Sesuai diminum oleh semua peringkat umur.


RxCoffee kopi mahkota dewa




sumber dari: khairulaza.com

Friday 7 December 2012

durian kunyit





kunyit bermanfaat dalam kesihatan





Tradisi nenek moyang kita memang ajaib. Entah apa yang menggerakkan pikiran mereka jaman dulu sehingga mereka bisa dikatakan pandai dan berbudaya tinggi termasuk dalam soal pengobatan dan kesehatan. Kita sekarang lebih mengenal obat-obat sintetik dibandingkan obat dari bahan alam padahal ternyata alam telah menyediakan semua kebutuhan jika kita bisa mengolahnya.

Baru-baru ini dihasilkan penelitian yang benar-benar melengkapi deretan manfaat kunyit yang telah lama diketahui bermanfaat bagi kesehatan. Bumbu dapur, si kuning yang getir, si buruk rupa ini ternyata nasibnya seperti “kere munggah bale ̄, popularitasnya benar-benar bakal menanjak setelah hasil penelitian tersebut dipublikasikan.

Tim riset hasil kolaborasi beberapa universitas dan badan riset di Korea Selatan, membuktikan secara in vitro dengan analisa SPR (Surface Plasmon Resonance) maupun in vivo dengan analisa APN-specific antibody competition, bahwa salah satu senyawa aktif yang terkandung di kunyit ternyata mampu menahan laju pertumbuhan kanker.


Kurkumin, si Jagoan

Dalam artikel berjudul “Kunyit Antibakteri dan Obat Masa Depan” di Kompas Cyber Media, rubrik Ilmu Pengetahuan edisi Sabtu, 27 April 2002, telah dijelaskan beberapa komposisi utama penyusun kunyit yaitu minyak atsiri, furmerol, sineol, zingiberin, borneol, karvon, dan kurkumin. Ternyata seperti dugaan para ahli sebelumnya, kurkuminlah (senyawa fenolik alam), yang memiliki potensi dalam pengobatan kanker.

Penelitiannya sendiri melibatkan proses pengujian atau dikenal sebagai ‘screening process ̄ terhadap kurang lebih 3000 jenis senyawa yang diperkirakan aktif menghambat pertumbuhan sel kanker dan akhirnya diperoleh fakta bahwa senyawa kurkumin memiliki aktivitas kemopreventif. Kurkumin adalah senyawa turunan fenolik dari hasil isolasi rimpang tanaman kunyit (Curcuma longa). Senyawa tersebut memiliki 2 gugus vinilguaiacol yang saling dihubungkan dengan rantai alfa beta diketon.

Penemuan tentang kehebatan kurkumin ini tak lepas dari semakin majunya pemahaman dunia medis tentang mekanisme pertumbuhan sel kanker. Walaupun sejak awal 1990-an telah diketahui bahwa kurkumin memang memperlambat pertumbuhan sel kanker baru, namun masih sedikit informasi tentang perannya dalam memerangi kanker. Ternyata dari hasil penelitian terakhir bisa sedikit terkuak proses kurkumin menahan kanker, yaitu dengan menghambat laju pertumbuhan pembuluh darah baru. Pada penderita kanker, umumya diawali dengan proses menjalarnya sel kanker melalui pembuluh darah (metastasis) dan tumbuh disembarang jaringan menjadi tumor. Seiring dengan itu, terjadi pula pertumbuhan pembuluh darah baru (angiogenesis) menyebar ke arah berkembangnya tumor. Angiogenesis ini diperlukan oleh sel tumor sebagai saluran penyedia nutrien, oksigen dan sirkulasi kotoran agar dapat terus tumbuh dan menyebar.


Mekanisme Kerja Kurkumin



Mekanisme kerja kurkumin sesungguhnya masih belum bisa dijelaskan tapi rupanya dia dapat terikat dengan enzim aminopeptidase N, (APN) dan menghambat aktivitas enzimatiknya. APN adalah suatu enzim yang terdapat pada jaringan membran di dalam tubuh (dikenal sebagai zinc-dependent metalloproteinase) dan bertanggung jawab terhadap angiogenesis dan pertumbuhan tumor. APN tersebut yang berfungsi membongkar protein pada permukaan sel jaringan tubuh sehingga sel kanker dapat mengambil alih kedudukan sel jaringan tadi dan tumbuh tak terkendali. Dugaan sementara, kemungkinan besar ikatan tak jenuh (ikatan rangkap), alfa dan beta di sekitar gugus keton pada kurkumin membentuk ikatan kovalen dengan dua nukleofil asam amino yang terdapat pada situs aktif APN dan mampu menghambat (inhibit) aktivitasnya secara tak-dapat balik (irreversible).

Sekarang ini bahkan senyawa kurkumin telah masuk fase pertama uji coba klinis untuk menahan kanker usus besar. Walaupun hasil penelitian ini juga menginpirasi kalangan ilmuwan untuk meniru atau memodifikasi sruktur kurkumin, namun kelebihan senyawa kurkumin hasil isolasi dari kunyit adalah sifatnya yang alami dan kemungkinan hanya sedikit memberikan efek samping terhadap penderita kanker.


Prospek di Indonesia

Melihat hasil yang menggembirakan dari hasil penelitian di atas tentunya kita tidak boleh tinggal diam. Apalagi Indonesia memiliki variasi tumbuhan kunyit lebih banyak dan merupakan salah satu penghasil kunyit terbesar di dunia (produksi kurang lebih 12 ton/ha). Jika sekarang negara-negara penguasa iptek tengah gencar mempatenkan banyak plasma nutfah yang berasal dari negara-negara tropik semacam Indonesia, maka kini saatnya kita melakukan tindakan pencegahan. Tentunya dukungan dari pemerintah dan gairah penelitian khususnya tentang bahan alam sangat besar peranannya dalam hal ini.


sumber dari: inspirasikisahcintaku.blogspot.com

garam kunyit klate style






Garam kunyit ini adalah kewajipan di dapur surirumah orang Kelantan. Masa aku kecil-kecil, mak aku tak ada blender jadi kami tumbuk bahan-bahan.


Bahan-bahan diperlukan
Kunyit (hidup dan serbuk)
Halia
Bawang putih
Garam
Air
~Kuantiti bawang dan halia paling banyak, kunyit hidup biasanya kurang sedikit.
~Garam sama banyak dengan hasil tumbukan kunyit, halia dan bawang putih.

Cara-cara
  • Kupas kulit bawang, halia dan kunyit. Bersihkan.
  • Tumbuk halia, bawang putih dan kunyit atau blender. Aku suka tumbuk sebab lebih terasa bawang dan halia pada setiap gorengan makanan.
  • Selepas itu, di dalam satu bekas besar campurkan garam sama banyak dengan hasil tumbukan di atas, bersama sedikit kunyit serbuk (2 sudu besar)
  • Campurkan air sehingga agak cair sedikit dan lembap
  • Masukkan dalam balang
Kalau mak aku zaman dulu-dulu mesti letak garam kunyit kat dalam bekas axion. Tiap hari kalau nak buat ayam goreng, daging goreng, ikan goreng atau hati goreng, hanya ambil sahaja sesudu dua garam kunyit tersebut untuk marinate.
Sekarang pun sama. Aku simpan dalam peti ais dan aku jamin garam kunyit ni tahan sampai habis kita gunakannya, insyaallah. Bukan sahaja jimat masa untuk masa, bahkan sangat sedap!

budidaya tanaman kunyit






Budidaya tanaman kunyit tak akan pernah kehilangan pamor. Selain memiliki prospek usaha yang bagus, kunyit juga mudah dibudidayakan. Tak perlu teknologi penanaman yang rumit, tanaman kunyit bisa tumbuh asal pemberian baja dan air yang mencukupi.

Budidaya kunyit cukup mudah dibandingkan dengan tanaman lain. Zulkarnaen, pemilik CV Shinta Pratama menuturkan, penanaman kunyit sebaiknya dilakukan secara tumpang sari. Sebab, selain masa tuai(panen) cukup lama, dengan adanya tanaman jenis lain yang lebih cepat masa panennya, bisa menambah pendapatan petani.

Secara rata-rata, kata Zulkarnaen, tanaman herba ini dapat ditanam di berbagai daerah di seluruh Indonesia, bahkan sampai pada ketinggian 2.000 mdpl. "Namun, semakin tinggi daerah penanaman, maka umur panen juga makin lama," katanya. Karena, suhu optimal untuk budidaya tanaman kunyit antara 29 derajat hingga 300 C.

Sementara itu, M. Hadi, pemilik Yayasan Lintang Asri, menyarankan, penanaman kunyit dilakukan pada awal musim hujan. Sama seperti tanaman rimpang lainnya, tanaman kunyit juga memerlukan cukup air untuk tumbuh.

Meski begitu, volume air tetap harus diperhatikan. "Tidak boleh ada genangan air, supaya rimpang tidak cepat membusuk,"

Dalam budidaya kunyit ini, Petani seperti Hadi pun menerapkan sistem pertanian organik. Alasannya, biaya budidaya secara organik lebih murah karena tak perlu pestisida(racun kimia).

Tanaman kunyit ini siap dipanen pada umur enam bulan. Hadi bilang, ciri-ciri kunyit siap panen adalah berakhirnya pertumbuhan vegetatif, seperti terjadi perubahan warna daun dan batang yang semula hijau menjadi kuning.

Satu tanaman bisa menghasilkan panen rimpang sebanyak 1,5 kg hingga 3 kg. "Untuk 500 meter persegi, lahan budidaya kunyit bisa dipanen sekitar tiga tan rimpang kunyit," tutur Hadi.

Sebelum dijual, tentu saja kunyit harus dicuci terlebih dulu. Pencucian ini harus dilakukan secara hati-hati. Biasanya, rimpang kunyit itu disemprot dengan air bertekanan tinggi sehingga tak ada lagi kotoran tanah yang menempel. "Jika masih kotor, bilas lagi, tapi cukup dua kali tidak boleh lebih," jelas Hadi.

Ia menghindari pencucian yang terlalu lama agar kualitas dan zat-zat yang terkandung dalam rimpang tidak larut terbawa air. Setelah dicuci, kunyit dikeringkan selama dua hingga lima hari.

Hadi hampir tak menemui kendala dalam budidaya kunyit ini. Tanaman kunyit ini relatif bebas dari hama. "Hanya memang kendalanya adalah cuaca," kata Hadi.

Pemberian bahan organik dinilai sangat penting untuk pertumbuhan rimpang. Sebab, pemberian bahan organik akan membuat tekstur tanah cukup gembur dan rimpang menjadi banyak dan cepat besar.

Adapun kendala(halangan) yang dihadapi Zulkarnaen adalah saat proses pengeringan. Ia masih mengandalkan sinar matahari. Alhasil, bila tiba musim hujan, hasil panen kunyit berisiko terkena jamur(cendawan).

Padahal, untuk kunyit yang disuply ke industri jamu harus benar-benar dalam kondisi kering. Tujuannya, supaya rimpang kunyit bertahan lama. "Kalau dikeringkan, rimpang bisa tahan sekitar 6 bulan hingga 12 bulan. Tapi kalau kunyit segar hanya bertahan sebulan," kata dia.

Meski penanaman dilakukan pada musim hujan, Zulkarnaen tak mengandalkan air hujan untuk mengairi lahannya. Ia menggunakan air perigi untuk pengairan, yang disalurkan melalui paip-paip getah dan kolam penampung,



sumber dari: helmysyamza.blogspot.com

Ternyata Kunyit Cegah Kambuhnya Serangan Jantung





Kunyit yang selama ini dikenal sebagai rempah-rempah bumbu masakan ternyata memiliki manfaat kesehatan, khususnya bagi pasien jantung. Sebuah riset terbaru di Thailand menunjukkan, ekstrak dari bumbu kunyit, yang dikenal sebagai antioksidan dan anti-inflamasi, dapat membantu mencegah serangan jantung pada mereka yang telah menjalani operasi bypass.

Selama operasi bypass, otot jantung dapat rusak akibat kurangnya pasokan aliran darah sehingga meningkatkan risiko pasien mendapatkan serangan jantung. Namun, temuan baru yang dipublikasikan dalam American Journal of Cardiology,mengindikasikan bahwa kurkumin - pigmen kuning pada kunyit - dapat meringankan risiko tersebut ketika ditambahkan ke terapi pengobatan tradisional.

Wanwarang Wongcharoen, pemimpin studi dari Chiang Mai University, mengatakan, temuan yang dilakukannya masih dalam skala kecil dan harus dikonfirmasi dalam studi yang lebih besar.

Seperti diketahui, ekstrak kunyit telah lama digunakan dalam pengobatan China dan tradisional India. Penelitian menunjukkan peradangan memainkan peran penting dalam pengembangan berbagai penyakit, termasuk penyakit jantung.

"Dan kurkumin dapat menghambat proses peradangan tersebut," kata Bharat Aggarwal, yang mempelajari penggunaan kurkumin dalam terapi kanker di MD Anderson Cancer Center, Houston, Texas.

"Temuan ini sangat menggembirakan," tambahnya, yang tidak terlibat dalam riset tersebut.

Dalam kajiannya, peneliti mempelajari 121 pasien yang tidak dalam kondisi darurat pasca-menjalani operasi bypass di rumah sakit antara tahun 2009 dan 2011.

Setengah dari pasien diberi satu gram kapsul kurkumin sebanyak empat kali dalam sehari. Mereka mengonsumsi kapsul yang diperkaya kurkumin tiga hari sebelum operasi dan berlanjut selama lima hari sesudah operasi. Separuh lainnya mengonsumsi jumlah yang sama dalam bentuk kapsul plasebo.

Hasil penelitian menunjukkan, setelah operasi bypass, sebanyak 13 persen peserta yang tadi mengonsumsi kurkumin mengalami serangan jantung. Sementara peserta yang mengambil plasebo, 30 persen mendapatkan serangan jantung (jumlahnya jauh lebih besar).

Sebelum peserta menjalani operasi jantung, Wongcharoen dan rekan juga menemukan bahwa peserta yang mendapatkan kurkumin memiliki risiko 65 persen lebih rendah terkena serangan jantung. Wongcharoen berpendapat, antioksidan dan anti-peradangan yang terkandung di dalam kurkumin mungkin telah membantu menghambat kerusakan jantung pada pasien.

"Kurkumin sudah lama dipercaya memiliki kemampuan untuk mengurangi peradangan dan mengurangi toksisitas oksigen atau kerusakan yang disebabkan oleh radikal bebas di sejumlah penelitian," sambung Jawahar Mehta, seorang ahli jantung dari University of Arkansas for Medical Sciences di Little Rock, yang tidak terlibat pada studi ini.

"Tapi itu tidak berarti bahwa kunyit bisa menjadi pengganti pengobatan," tambahnya.

Menurut Mehta, beberapa jenis obat-obatan seperti aspirin, statin, dan beta blockers telah terbukti dapat membantu pasien jantung dan bahkan para peserta yang terlibat dalam penelitian ini juga telah menggunakannya.


sumber dari: i-tbi.org

burung kunyit





Saturday 1 December 2012

Manfaat Lada Untuk Kesehatan






Merica adalah sebutan lain dari lada yang sering diistilahkan oleh ibu rumah tangga. Negara Indonesia adalah Negara yang mempunyai komoditas dari merica. Karena kandungan alkolid piperin dari lada sehingga sering digunakan sebagai bumbu penyedap rasa. Manfaat lada untuk kesehatan, dapat melancarkan aliran darah di sekitar kepala dan melonggarkan saluran pernapasan. Sensasi rasa pedas merica pada bumbu masakan sangat cocok untuk penderita influenza, kepala pusing, mual akibat masuk angin dan perut kembung.

Makan-makanan yang dimasak menggunakan merica sangat baik untuk kesehatan, contohnya sup, rica-rica dan steak. Lada mempunyai dua jenis yaitu lada hitam dan lada putih. Lada putih yaitu lada yang dipetik pada saat sudah matang. Kemudian kulitnya dikupas dengan cara merendam dalam air mengalir selama dua minggu, lalu selama tiga hari dijemur. Sedangkan lada hitam adalah lada yang dipetik pada saat sudah matang tapi kulitnya masih hijau, dan tanpa direndam terlebih dahulu langsung dijemur.

Tidak banyak orang yang tahu kalau lada hitam memiliki sifat lebih yang sehat. Rempah-rempah yang satu ini sangat bermanfaat bila digunakan dalam berbagai resep dan sebagai bumbu dapur.

Times of Health, Selasa (7/2/2012) menyatakan bahwa, studi penelitian telah menunjukkan bahwa lada hitam memiliki cukup beberapa sifat sehat. Salah satu manfaat dari lada hitam untuk menstimulasi perut dalam meningkatkan pencernaan sendiri, yaitu asam klorida. Kandungan antioksidan juga terdapat dalam lada hitam.

Berikut adalah penjelasan lebih lanjut manfaat dari lada hitam:

Manfaat untuk perut: sangat membantu pencernaan karena sekresi asam klorida dalam lambung akan meningkat. Penting agar menghindari diare, kolik dan konstipasi untuk mencapai pencernaan yang tepat. Fungsi lainnya untuk mencegah pembentukan gas usus dan untuk diet karena membuat berkeringat dan buang air kecil.

Digunakan untuk menurunkan berat badan: lapisan luar lada membantu dalam pemecahan sel lemak. Oleh sebab itu, makanan yang pedas dapat membantu Anda melepaskan berat badan.

Bagi kulit: dapat menyembuhkan vitiligo, sedangkan vitiligo adalah penyakit kulit yang menyebabkan beberapa wilayah kulit kehilangan pigmen normal dan menjadi putih. Kandungan piperin yang ada pada lada sangat membantu untuk merangsang kulit untuk memproduksi pigmen, hal ini diungkapkan dari penelitian di London. Kombinasi dalam pengobatan topical piperin yaitu dengan mengkombinasikan terapi cahaya ultra violet jauh lebih baik dibandingkan untuk perlakuan lainnya untuk vitiligo. Kemungkinan lainnya yaitu mengurangi kemungkinan kanker kulit akibat radiasi ultraviolet berlebih.

Membantu meringankan dingin dan batuk: merica ditambahkan dalam tonik untuk dingin dan batuk. Rasa sakit yang timbul akibat sinusitis dan hidung tersumbat dapat dikurangi dengan lada hitam.
Membantu melawan infeksi, gigitan serangga karena lada hitam mempunyai sifat antibakteri. Lada juga bermanfaat pada proses diet membantu untuk menjaga arteri Anda bersih.

Merupakan antioksidan yang baik: akibat dari radikal bebas dapat dicegah dengan banyak mengkonsumsi makanan yang banyak mengandung antioksidan seperti lada dan dengan demikian sangat membantu dalam pencegahan kanker, masalah hati, penyakit jantung dan kanker.

Lada dapat digunakan untuk pengobatan pernapasan seperti asma, batuk berdahak dll. Pada zaman kuno, lada banyak digunakan untuk mengobati masalah mata.

Dengan demikian, disamping untuk memperbaiki rasa, ternyata dengan menambahkan lada dalam masakan sangat membantu kesehatan Anda terutama kesehatan pencernaan.

Perhatian: Lada dapat menyebabkan bersin. Pasien yang pernah menjalani operasi perut tidak harus mengambil diet merica yang ditambahkan dengan lada karena memiliki efek iritasi pada usus. Hal ini juga tidak baik bagi penderita bisul. Lada hitam tidak harus diambil dalam konsentrasi tinggi.



sumber dari: tipskesehatan.web.id

perkebunan lada hitam dan lada putih





pelbagai king of spice




1. Black Pepper (Lada Hitam)


Lada hitam dihasilkan dari buah berbiji mentah yang masih hijau dari tanaman lada. Buah berbiji ini akan dimasak sebentar dalam air panas, agar dapat dibersihkan dan dipersiapkan untuk pengeringan. Panas air akan memecah dinding sel di lada, mempercepat kerja enzim pencoklatan selama pengeringan. Buah berbiji yang dikeringkan di bawah sinar matahari atau dengan mesin selama beberapa hari, di sekitar biji lada menyusut dan gelap menjadi kurus, keriput lapisan hitam. Setelah kering, yang seperti inilah disebut lada hitam.

2. White Pepper (Lada Putih)


Lada putih merupakan biji yang berasal dari tanaman lada sendiri, dengan kulit berwarna lebih gelap. Hal ini biasanya dicapai dengan proses yang dikenal sebagai retting, di mana buah yangsudah matang direndam dalam air selama seminggu, daging lada akan lembut dan terurai. Menggosok kemudian menghilangkan apa yang tersisa pada buah, dan biji yang sudah telanjang segera dikeringkan. Alternatif proses digunakan untuk mengeluarkan biji lada dari luar, termasuk ‘decortication,’ pemindahan lapisan luar dari lada hitam dari lada kecil melalui mekanik, metode kimia atau biologis.
Lada Putih atau merica putih kadang-kadang digunakan dalam masakan seperti saos berwarna terang atau mashed potatoes, walaupun lada hitam yang lebih sering digunakan. Lada putih dan lada hitam memiliki rasa yang berbeda karena adanya senyawa tertentu pada lapisan luar buahnya yang tidak ditemukan dalam biji.

3. Green Pepper (Lada Hijau)

Lada hijau, seperti lada hitam, terbuat dari buah yang mentah. Lada hijau kering diperlakukan dengan cara mempertahankan warna hijau pada buahnya, dilakuan dengan belerang dioksida atau pembekuan-pengeringan. Buahnya yang mentah diawetkan dalam air garam atau cuka. Lada hijau, sebagian besar tidak dikenal di Barat, digunakan di beberapa masakan Asia, terutama masakan Thai. Lada hijau cepat membusuk jika tidak dikeringkan atau diawetkan.

4. Orange Pepper (Lada Oranye) dan Red Pepper (Lada Merah)


Produk yang disebut lada oranye atau lada merah merupakan buah lada merah matang yang diawetkan dalam air garam dan cuka. Lada merah yang sudah matang juga dapat dikeringkan dengan warna-menggunakan teknik yang sama digunakan untuk menghasilkan Lada hijau. Lada merah muda dari Piper nigrum berbeda dengan lebih-umum kering “merica merah muda”, yang merupakan buah dari tanaman dari keluarga yang berbeda, pohon lada Peru, Lissoclinum Schinus, dan relatifnya pohon lada Brasil, Schinus terebinthifolius. Dalam tahun terakhir ada perdebatan mengenai keamanan kesehatan lada merah muda, yang sebagian besar tidak lagi menjadi masalah.



sumber dari: unpad.ac.id

"King of Spice"






Pada artikel kali ini dimana awal debut saya nge-blog dengan tema pertanian , saya akan membahas dan mengupas kembali tentang tanaman yang produknya telah dikenal di seluruh dunia sebagai “Rajanya rempah-rempah” atau “King of Spice”, yaitu “Lada” atau nama genusnya Piper.

Mengapa saya memilih untuk membahas artikel tentang Lada, tentu saya memliki alasan yang mudah-mudahan bisa bermanfaat bagi para sahabat pembaca semua yang nyempetin mampir di blog saya ini. Setelah membaca artikel-artikel tentang lada dari berbagai sumber, saya menemukan hal-hal yang seharusnya kita ketahui dan ingat kembali bersama. Saya disini boleh dikatakan hanya sebagai reminder ingin mengingatkan kembali kepada para sahabat pembaca se-Indonesia tentang Lada. Bahwa ‘aroma’ rempah-rempah dari Lada telah mengharumkan nama bangsa Indonesia masa lalu sebagai penghasil dan pengekspor utama serta menyejahterakan petaninya, begitu juga dengan rempah-rempah lainnya seperti cengkeh, kayu manis, panili dan lain-lain. Melalui aromanya telah banyak petani yang mampu menunaikan ibadah Haji. Namun keberhasilan masa lalu telah semakin sirna. Kini kesejahteraan karena peranan cengkeh, kayu manis, panili dan rempah lainnya tidak seperti dulu lagi. Namun hanya satu dari segenap rempah-rempah lainnya yang masih bertahan hingga saat ini, yaitu Lada The King of Spice. Dengan unggulan yang kita miliki yaitu Muntok White Pepper dan Lampong Black Pepper.

Harapan saya dan kita semua : “Semoga status lada sebagai “King of Spice” yang produksi dan ekspornya terbesar di dunia dapat tetap terjaga.”



sumber dari: unpad.ac.id

merica atau lada






Merica atau biasa disebut lada merupakan salah satu rempah-rempah yang memiliki aroma pedas seperti cabai, tapi bagi sebagian orang rasa pedas dari merica ini tidak bisa menggantikan cabai itu sendiri. Merica memiliki banyak variasi yaitu hitam, putih dan hijau. Lada hitam dihasilkan dari buah yang masih hijau atau buah yang masih muda. Buah ini disiram air panas, dibersihkan dan disiapkan untuk pengeringan. Panas mempercepat pemecahan dinding sel lada dan mempermudah dalam pembersihannya. Pengeringan selanjutnya dilakukan dengan sinar matahari atau mesin dalam beberapa hari untuk menyiutkan biji. Pada saat itu lada berubah warna menjadi kehitaman yang sekarang disebut lada hitam. Sedangkan lada putih hanya terdiri dari biji saja setelah kulit lada dihilangkan. Tahap ini bisa dicapai jika lada direndam kurang lebih satu minggu . selama waktu tersebut daging buah akan melunak dan melepaskan diri.

Setelah mengetahui macam-macam lada, sekarang kita akan bahas khasiat lada ini terhadap kesehatan. Dalam pengobatan tradisional biji lada kering yang sudah dihaluskan banyak digunakan untuk pengobatan dan juga menjadi bahan peramu yang ditambahkan dalam masakan eropa. Daya tarik lada sebagai bahan masakan karena adanya zat piperin.

Lada diketahui berkhasiat dalam menambah nafsu makan, memperbaiki sistem pencernaan, menambah cita rasa makanan, meluruhkan keringat, meningkatkan sekresi lambung, meluruhkan flatus, mengurangi rasa mual, meningkatkan suhu tubuh, serta sebagai stimulan dan anti bakteri. Sementara itu, lada hitam dipercaya dapat digunakan untuk mengobati konstipasi, diare, sakit telinga, gangren, penyakit jantung, hernia, suara serak, gangguan pencernaan, gigitan serangga, kesulitan tidur, linu sendi, gangguan hati, paru, bisul dalam mulut, dan sakit gigi. Lada juga mengandung sedikit safrole, suatu senyama karsiogenik ringan. Tidak dianjurkan untuk dikonsumsi oleh pasien bedah usus atau tukak lambung karena sifatnya yang iritatif.

Woooww... ternyata banyak sekali penyakit yang bisa diobati dengan lada ini, apapun itu makanlah sesuai kadarnya dan jangan berlebihan.. semoga bermanfaat...



sumber dari: uin-malang.ac.id