Garam kunyit ini adalah kewajipan di dapur surirumah orang Kelantan. Masa aku kecil-kecil, mak aku tak ada blender jadi kami tumbuk bahan-bahan.
Bahan-bahan diperlukan
Kunyit (hidup dan serbuk)
Halia
Bawang putih
Garam
Air
~Kuantiti bawang dan halia paling banyak, kunyit hidup biasanya kurang sedikit.
~Garam sama banyak dengan hasil tumbukan kunyit, halia dan bawang putih.
Cara-cara
Sekarang pun sama. Aku simpan dalam peti ais dan aku jamin garam kunyit ni tahan sampai habis kita gunakannya, insyaallah. Bukan sahaja jimat masa untuk masa, bahkan sangat sedap!

- Kupas kulit bawang, halia dan kunyit. Bersihkan.
- Tumbuk halia, bawang putih dan kunyit atau blender. Aku suka tumbuk sebab lebih terasa bawang dan halia pada setiap gorengan makanan.
- Selepas itu, di dalam satu bekas besar campurkan garam sama banyak dengan hasil tumbukan di atas, bersama sedikit kunyit serbuk (2 sudu besar)
- Campurkan air sehingga agak cair sedikit dan lembap
- Masukkan dalam balang
Sekarang pun sama. Aku simpan dalam peti ais dan aku jamin garam kunyit ni tahan sampai habis kita gunakannya, insyaallah. Bukan sahaja jimat masa untuk masa, bahkan sangat sedap!