khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Tuesday, 25 December 2012

Tips Elak Lalat ketika anda memasak





Tips ni bagus untuk perempuan yang rajin memasak dan ada masalah dengan lalat. Biasalah lalat mesti ada lagi-lagi bila kita siang ikan ke ayam ke. Mesti anda risau kalau-kalau ada telur lalat ke kan nanti sakit perut. Jadi saya nak bagi tips sikit anda semua nak tahu tak? Tak nak sudah tak payah baca, sapa nak meh teruskan.



Anda kenal daun kari? Mestila kenal kan dah memasak, siapa yang tak tahu pergi tanya mak. Ala daun yang buat masak kari tu, tak ada tak sedapla. Daun kari ni senang je nak dapat kalau duduk kat kawasan kampung sebab orang suka tanam. Jadi jiran yang ada tu minta la sikit dan sambil tu share tips ni kat dia. Kelas gitu memasak tanpa lalat.
1. Ambil dua atau tiga tangkai daun kari *kalau boleh yang tua sikit bau dia kuat.
2.Lepas tu taburkan la di kawasan yang anda ingin memasak tu.
Contoh: sinki, dapur, lantai dekat dengan dapur dan lain-lain.



sumber dari: rosaisa06.blogspot.com