Bagi masyarakat India, daun kari mempunyai banyak kegunaannya. Hal ini kerana, hampir semua masakkan kaum tersebut menggunakannya seperti rasam, chutney, muruku, kari dan sebagainya.
Selain itu, pokok ini juga diestrak untuk dijadikan sebagai rempah.
Pokok kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae. Ia adalah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga enam meter (m) yang sering ditanam di kawasan sekitar rumah.
Pohon ini dikatakan berasal dari India dan Sri Lanka, tumbuh subur dalam zon tropika. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.
Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang.
Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.
Daun kari mempunyai khasiat tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman.
Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi 66.3 peratus kelembapan, 6.1 peratus protein, satu peratus lemak, 16 peratus karbohidrat, 6.4 peratus fiber, mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.
Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.
Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.
Selain itu, amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama tiga bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
sumber dari: sinarharian.com.my