khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Sunday, 9 December 2012

Saffron @ Zafaran





Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali(k.w) menyatakan:

"sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen danSu'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'Asal(madu) diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"

Za’faran atau Safron adalah sejenis tumbuhan berbunga yang mana stigma bunga ini diambil dan dikeringkan.

Dalam kitab-kitab perubatan Islam, terlalu banyak memperkatakan tentang khasiat Za’faran begitu juga dari peubatan moden Barat. Ia kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Tiamin). 

Dapat membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bias-bisa sendi, penenang & juga peransang tenaga batin. Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperrti asma dan demam biasa.

Za'faran kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan tiamin).
Di antara khasiat za'faran adalah:
  • Membantu menyempurnakan proses penghadaman
  • Menguatkan ingatan
  • Merawat anemia
  • Mengawal tekanan darah dan kolestrol
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Merawat penyakit saraf
  • Mengurangkan keletihan
  • Mengurangkan sembelit, bisa-bisa sendi
  • Penenang diri
  • Perangsang tenaga batin
  • banyak lagi (di buat kajian oleh saintis barat)
Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.

CARA MAKAN


6 stigma(filament) za'faran untuk 500ml air. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung



sumber dari: stokisqurba.blogspot.com