khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 27 July 2013

Tuesday, 23 July 2013

Kunyit Keringkan Pusat Bayi




kunyit

Bayi baru lahir kerap mengalami masalah pusat lambat kering. Ini membuatkan ramai ibu bapa terutama yang baru pertama kali mendapat anak, berasa bimbang untuk memandikan bayi mereka.
 
Selain daripada menggunakan ubat yang disediakan oleh pihak hospital untuk membersihkan kawasan pusat bayi bagi mengelakkan jangkitan, anda juga boleh mencuba petua tradisional.
 
Menurut petua orang tua, masalah ini dapat diatasi dengan memarut sedikit kunyit hidup. Kemudian diletakkan pada pusat bayi dengan menggunakan ibu jari. Insha  Allah keesokan hari pusat bayi akan kering.


sumber dari: pama.karangkraf.com

Delima Menjaga Dinding Arteri Dari Tumpukan/Simpanan Lemak






Salah satu penyelidikan yang dibuatpada tikus yang diberi JUS DELIMA,ternyata boleh mengurangkan pembentukan plak sehingga lebih dari 30%. Delima merupakan tanaman perdu berbatang kayu yang bernama latin Punika granatum L(dalam Inggeris disebut Pomegranate).

Delima merah berwarna kemerahan,begitu cantiknya sehingga bibir gadis diibaratkan bak delima merekah.Manakala delima putih berwarna putih,begitu pula jenis ungu.Isi buah inilah yang mengandungi banyak air.Rasanya masam-masam manis amay menyegarkan.

Delima yang digunakan banyak dalam masakan Mediteranian kini mendadak muncul di mana-mana.

Di Negara Barat,delima biasanya muncul pada musim gugur.Kini,pengeluar makanan menambahkan buah ini ke dalam coklat,gula-gula getah dan juga jadi JUS.Pada tahun 2005,di Amerika tercatat 215 makanan dan minuman baru yang mengandungi delima.

Delima mengandungi banyak khasiat kesihatan.Selain kaya antioksidan,delima membantu mencegah penyakit jantung dan strok.Manakala BIJI di dalam setiap butiran mengandungi SERAT.Delima disyorkan makan dengan biji-biji kerana biji-bijian kaya dengan vitamin dan serat.

Buah delima atau yang sering disebut sebagai pomegranate,dalam bahasa Perancis yang bermaksud epal berbiji banyak.Bagi masyarakat di Malaysia buah delima memang kurang popular dan kurang dijual di pasar.Biasanya orang menanam sebagai tanaman hiasan sahaja.                                                      

Jus Delima Baik Untuk Melindungi Jantung Dan Diabetes:

-Cubalah minum segelas jus delima setiap hari untuk melambatkan akumulasi plak di dalam arteri sehingga separuhnya dan menurunkan kadar kolesterol jahat.
-Jus delima efektif dalam memerangi sel-sel kanser.
-Delima dapat digunakan sebagai ubat anti diabetes melitus atau kencing manis.

Walaupun minum jus delima tidak mempengaruhi kadar kolesterol secara keseluruhan tetapi para penyelidik menemukan, jus delima mencegah pengoksidaan kolesterol jahat LDL oleh sel-sel imun faktor penyebab utama atherosclerosis.Walaupun mempunyai kadar gula yang sama jus lain,jus delima memperburuk kadar gula dalam darah.

Kajian-kajian menunjukkan,pengambilan jus delima setiap hari dapat menjaga kadar tekanan darah normal dan menurunkan risiko serangan jantung.Selain enak dimakan delima juga dapat menyihatkan jantung.


sumber dari: kurmamehr.com

Kurma Mariami




Kurma Mariami


Ciri-Ciri : Berwarna coklat gelap,buahnya panjang ,kering dan lembut. Ketahanan : Boleh tahan lebih kurang 18 bulan dalam suhu bilik. Waktu menuai : Pertengahan September. Negara Asal : Mariami berasal dari Iran. Nama lain : Mariami juga dikenali sebagai Kurma PIAROM


sumber dari: kurmamehr.com

Kurma Berkhasiat Untuk Si Manja




kurma


Menurut kajian yang telah dijalankan oleh saintis Mesir, jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak.

Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C & E. Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam kurma ialah sebanyak 50 hingga 57 peratus. Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. Kandungan vitamin C dalam kurma pula dapat membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Mengambil sebiji kurma setiap hari sudah cukup memberikan tenaga kepada kanak-kanak sedang membesar.


sumber dari: pama.karangkraf.com