Terdapat dua jenis utama madu iaitu madu yang di perolehi melalui lebah yang dipelihara dan madu yang diperolehi dari lebah liar.
Madu lebah tualang merupakan madu yang diperolehi daripada lebah liar yang membina sarangnya di pokok-pokok tinggi di dalam hutan (kadangkala setinggi bangunan 10 tingkat!).
Kelebihan madu tualang berbanding madu yang terdapat di pasaraya adalah kualiti dan khasiatnya yang jauh lebih tinggi. Mengikut kajian yang dilakukan oleh UPM, madu tualang mempunyai khasiat 5 kali ganda lebih tinggi berbanding madu lebah yang dipelihara.
Berbeza dengan madu lebah pelihara yang mendapatkan nektar daripada bunga yang ditanam, lebah tualang memperolehi nektar daripada pelbagai spesis bunga-bunga hutan liar yang mengandungi pelbagai khasiat dan tidak dicemari racun tumbuhan.
Keistimewaan yang paling unik pada madu tualang adalah dari kepelbagaian sumber nektar yang diperolehi di dalam hutan berbanding dengan lebah pelihara yang hanya mendapatkan nektar pada sumber yang terhad. Ini membuatkan madu tualang lebih tinggi khasiatnya dan mempunyai aroma yang sangat unik.
Salah satu sebab lagi mengapa madu tualang mempunyai khasiat yang tinggi adalah disebabkan oleh lebah yang memungut madu tersebut.
Lebah gergasi yang menghasilkan madu tualang berbeza dengan lebah ternak. Kita dapat melihat perbezaan yang ketara pada saiz dan tingkahlakunya yang agresif. Lebah tualang (apis dorsata) tidak boleh diternak dan ia hanya hidup liar.
Lebah tualang ini mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi berbanding lebah ternak . Ia juga mampu terbang dan membiak dengan pantas.
Madu tualang merupakan antara madu yang diperakui terbaik di dunia. Berikut merupakan kelebihan madu tualang berbanding madu dari lebah yang di pelihara:
- Mempunyai antioksida yang jauh lebih tinggi dari madu lebah ternak
- 5 kali lebih banyak khasiat dari madu lebah yang dipelihara (kajian UPM 1995)
- Mempunyai campuran propolis dan polen lebah (bee pollen)
- Sumber nektar dari pelbagai bunga hutan organik dan tidak mengandungi racun
- Sesuai diamalkan sebagai suplement yang memberikan nutrien lengkap.
sumber dari: madutualang.com