khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 14 July 2012

khasiat daun kucai



Tahukah kawan-kawan nama saintifik bagi pokok kucai adalah allium schoenoprasum. Pokok daun kucai ini merupakan sejenis pokok sayuran yang hampir menyerupai pokok bawang dan ianya pula berasal dari lingkungan keluarga lili.


dis09 141 


Di dalam masyarakat melayu kita amnya menggunakan daun kucai ini sebagai salah satu menu yang wajib ada bagi menyediakan menu hidangan bergoreng. Biasanya antara masakan yang sering kali digunakan didalam masakan daun kucai ini adalah kueh tiew goreng, cucur udang, jemput-jemput dan sebagainya.

Daun kucai memiliki pelbagai khasiat seperti mempunyai vitamin B, vitamin C dan karotin. Bukan itu sahaja malahan ia juga mampu untuk mengubati pelbagai jenis penyakit wanita terutama dari segi penyakit keputihan dan sakit senggugut. Bukan itu sahaja malahan ia juga dikatakan berupaya merawat darah tinggi dan membantu melancarkan sistem pembuangan najis dalam tubuh.


thumb_5647


Daun kucai mempunyai antisepetik yang tersendiri kerana ia mampu untuk membunuh kuman bakteria dalam usus di samping menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta proses pengembangan usus. Bukan itu sahaja malahan ia juga akan melancarkan darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah dalam badan.

Cara rawatannya adalah dengan menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian di kacau bersama dengan air panas. Di minum pada setiap pagi. Apa pun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor dahulu sebelum melakukannya sendiri :) 



sumber dari: cahayacinta.com