khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 13 July 2012

cucur udang kucai








Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
10 ekor udang
20gm kucai
Segenggam tauge
2 cawan air suam
1 biji telur
1 sudu besar yis mauripan
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
Bancuh tepung gandum, garam, serbuk kunyit, yis dan telur dengan air suam.
Masukkan kucai dan tauge dan gaul sebati.
Perap sebentar sehingga adunan naik (saya perap 1 jam).
Panaskan minyak dan rendam senduk bulat di dalamnya.
Masukkan sedikit adunan ke dalam senduk dan bubuh udang di atasnya.
Goreng hingga cucur udang masak.
Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama sambal kacang atau sos cili.




sumber dari: rohaisha.blogspot.com