khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 23 June 2012

ayam serai pedas ala faa





Bahan-bahan:

3 keping dada ayam
1 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut
2 biji cili besar (ditumbuk)
6 biji cili padi (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
1/2 biji bawang besar kuning (dihiris bulat-bulat)
1 /2 biji tomato (dipotong 2)
1 sudu sos ikan
1 sudu sos tiram
Secubit gula
Secubit ajinomoto
Garam secukup rasa
Air
Minyak masak

Bahan hiasan:

Daun Sup

Cara memasak:

Masukkan minyak untuk menumis.
Tumiskan serai berserta kesemua bahan tumbuk sehingga naik bau.
Masukkan potongan ayam dan sedikit air.
Tambahkan bawang besar kuning dan daun limau.
Apabila ayam separuh masak, tambahkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto.
Kacau sehingga sebati.
Tambahkan garam secukup rasa dan buah tomato.
Kacau.
Biarkan sehingga masak.
Tutup api.
Sedia dihidangkan.
Taburkan daun sup.


sumber dari: faakiut.wordpress.com

ayam masak serai ala mamawandiha





Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:

6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.




sumber dari: mamawandiha.fotopages.com

minuman serai HPA



minuman-serai-hpa



Minuman Serai HPA dalam bentuk uncang telah dipasarkan dalam MLM HPA. Setiap uncang mengandungi 2 gm serbuk serai kampung yang telah dirawat.

SERAI merupakan sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat seperti lalang dan suri rumah sering menanamnya di belakang rumah berhampiran dapur. Batangnya yang berwarna putih keunguan atau kemerahan dengan daunnya tirus, melampai dan berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan.

Abu dari daun serai yang dibakar pula boleh dijadikan ubat senggugut. Caranya ambil satu sudu besar abu serai masukkan ke dalam segelas air panas dan dikacau hingga terlarut. Kemudian biarkan airnya menjadi hening dan minum sewaktu diserang kesakitan. InsyaAllah sembuh.
Kini orang ramai mempunyai alternatif untuk mendapatkan khasiat serai apabila HPA telah mengeluarkan dalam bentuk uncang teh, ia mudah disediakan di mana-mana sahaja dan mudah dibawa. Campuran teh serai ini dengan kapur makan juga boleh menghilangkan senggugut dalam tempoh tidak sampai 5 minit.
Beberapa kaji selidik yang dijalankan mendapati sitral dari pati minyak serai mengandungi anti-fungal dan tidak bertoksik serta berpotensi merawat masalah intim wanita.
Uncang serai keluaran HPA ini dihasilkan daripada proses serai jenis makan atau serai kampung ini juga sangat baik untuk mereka yang menghadapi masalah selalu kembung perut dan bertindak sebagai peluruh kahak.

Minuman serai HPA mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan dikeluarkan oleh kilang HPA yang bertaraf GMP di Jejawi Perlis ini dirawat dengan Inovasi Bioteknologi untuk mengekalkan keaslian rasanya yang semulajadi. Sebab itu rasa air minuman daripada uncang yang direndam dalam air panas selama beberapa minit itu enak kerana berjaya mengekalkan keaslian rasanya yang semulajadi.

Sekotak mengandungi 35 uncang. Setiap uncang mengandungi 2.00 gm serai kampung atau nama botaninya Strobilanthus Crispus.



sumber dari: duniaherbahpa.com

serai -khasiat ubatan







Akar:
Dekoksi atau infusi diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil, merangsang peluh, dan merawat selesema.

Daun:
Dekoksi digunakan pada bekas calar dan luka; digunakan sebagai air mandian untuk membaiki edaran darah, merawat badan berbau, bengkak, kayap, masalah berkaitan pembuangan air kecil dan pundi air kecil. Infusi diminum untuk tujuan mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, sebagai diuretik, pencuci mulut, perangsang sistem saraf, perangsang peluh, tonik umum, dan tonik perut, merawat asma, demam panas, masalah buah pinggang, masalah penghadaman, radang paru-paru, sakit gigi dan gusi, sakit otok, selesema, dan ibu lepas bersalin.

Rizom:
Infusi digunakan sebagai pencuci mulut untuk merawat masalah gusi.

Seluruh bahagian:
Dekoksi diminum untuk merawat batuk, batuk darah, sakit kerongkong, dan selesema.

Kandungan:
Batang dan daun serai – minyak esen (mengandungi aldehid isovalerik, bĂȘte-kariofilen, dipenten, furfural, geraniol, limonen, linalool, mircen, metilheptenon, neral, nerol, sitral, dan sitronelal).



sumber dari: dutaherbs.com.my

air rebusan serai


Jika anda seorang yang tidak suka membazir wang. Kaedah serupa ini amat berguna untuk menjimatkan wang dan juga berkhasiat lagi bermutu tinggi.

Sekarang ramai orang ingin mengamalkan gaya hidup sehat. Seperti mengunakan bahan-bahan organik dan pemakanan sehat yang tiada berunsur kimia dan pengawetan. Amalan yang baik kita kongsi bersama.




Minum Air Rebusan Serai.

Ini adalah amalan orang dedulu dari nenek dan ibu saya. Senang sahaja air rebusan masukan beberapa batang serai yang telah di titik dan masak di api kecil agak lama sedikit dalam 30 minute atau lebih. Apabila air rebusan dan siap tunggu sehingga suam. Bancuhkan bersama madu dan limau nipis atau lemon. Selalunya saya buat lebih sedikit dan di simpan di dalam peti ais yakni keperluan seminggu.

Khasiatnya:

Adalah satu minuman yang sangat baik untuk wanita selepas bersalin, pembuangan lemak, pembuangan toxic dan menghindarkan sakit kepala. TERKINI ada fakta menunjukan bawahsahnya minuman air serai atau lemon grass ini dapat menangkis pertumbuhan kanser.



sumber dari: kualiburuk.blogspot.com