khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 14 January 2012

pokok bunga lawang





Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok. Pokok ni mula berbuah pada usia 6 tahun dan boleh menjangkau sehingga 100 tahun. Buah-buah bunga lawang ni dikutip guna tangan dengan memanjat pokok tersebut selain mengutipnya dibawah pokok. Buah yang hijau tu bukannya keras tapi lembut malah boleh dikunyah. bunga lawang perlu dijemur dibawah sinar matahari, sebab tu yang sampai ditangan kita tu warnanya dah tak hijau. nama pun rempah, memang kena kering la kan :) .


Pokok ni dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Bila tengok cara proses menjemur bunga lawang ni, harus wajib la basuh elok2. Semua main pijak je. Maklum la bila pengeluaran besar-besaran ni. Kalau gred 3, harga dalam ringgit Malaysia untuk segenggam bunga lawang tu RM3. dan untuk gred 1, harganya 5 kali ganda gred 3 tu. yang sampai di pasaran kita gred berapa la agaknya ye..

bunga lawang -id.wikipedia

Buah Pekak (Illicium verum)



Bunga lawang atau Kembang Lawang atau pekak adalah rempah yang memiliki rasa yang mirip dengan Adas manis. Rempah ini banyak digunakan di dalam masakan negara-negara Asia. Bunga lawang adalah salah satu bumbu tradisional masakan Cina yaitu ngo hiong yang terdiri dari lima jenis rempah. Nama Bunga Lawang dalam Bahasa Cina adalah ba jiao atau bat gok yang memiliki arti "delapan tanduk", sesuai dengan bentuknya yang memiliki delapan kelopak.

Bunga Lawang mempunyai bau khas yang kuat. Dari asalnya di Cina, rempah ini mulai diperkenalkan di Eropa pada awal abad ke-17 dan sejak saat itu mulai meraih popularitas. Minyak yang dihasilkan dijadikan bahan perisa dalam minuman. Bunga Lawang sebenarnya bukannya bunga, ia adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pohon kecil. Tinggi pohonnya bisa mencapai 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Bunga lawang berkembang-biak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan dengan bantuan cahaya matahari.



Bunga lawang dijadikan rempah untuk menjadi penyedap rasa untuk makanan, sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkeh. Bunga lawang juga banyak dipakai dalam masakan India yang kaya rempah misalnya untuk kari. Bangsa Thailand, Vietnam, dan Indonesia juga banyak memakai bunga lawang untuk penyedap masakan. Di Indonesia, bumbu ini digunakan di beberapa daerah yang memiliki ciri khas masakan berbumbu tajam. Misalnya saja gulai Aceh, Rendang Padang, masakan Jawa, dan Bali.
Selain menyedapkan masakan, bunga lawang juga memiliki khasiat kesehatan. Bumbu ini baik untuk mengatasi gangguan pencernaan dan memiliki fungsi diuretik atau melancarkan saluran kencing. Selain itu digunakan juga untuk pengobatan tradisional di Asia, contohnya untuk sakit sendi. Bunga lawang juga sering dimanfaatkan untuk minuman tradisional seperti jamu dan campuran minum teh. Salah satunya adalah minuman teh khas Thailand yang merupakan campuran teh hitam dan bubuk bunga lawang. Teh dari bunga lawang juga bisa dijadikan obat batuk. Minyaknya juga bisa mengurangi gejala mual-mual bagi ibu yang sedang mengandung.

Kandungan asam shikimat (shikimic acid) dalam bunga lawang membuat rempah ini dimanfaatkan sebagai bahan utama pembuat obat antiflu burung, tamiflu. Hal ini menyebabkan stoknya sempat menghilang dari pasaran dan harganya melambung.

khasiat ubatan bunga cengkih



Buah: Dibuat ubat dalaman bersifat afrodisiak,mengetatkan vagina,meningkatkan selera,merawat mulas perut,dan kembung angin.

Kudup Bunga: Sebagai antiemetik, antimual, antispasma, tonik, tonik perut, mengeluarkan angin daripada perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, menurunkan panas badan, merangsang penghadaman; membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, untuk merawat cirit, kolera, mulas perut, nafas berbau busuk, penyakit saluran darah, sakit kepala, sakit gigi, dan wanita selepas bersalin, ubat pupuk digunakan pada gigitan serangga, kurap, dan luka. Dekokasi cengkih dan kayu manis diminum untuk merawat demam panas. Infusi diminum untuk merawat gout, masalah usus, dan pembuangan air besar.

Kandungan: Semua bahagian pokok –minyak esen, (paling biasa diekstrak daripada kudup cengkih kering).

Kudup Bunga Kering: 15-17% minyak esen, dan 18-22% oleoresin. Tangkai bunga mengandungi lebih kurang 6% minyak esen.

khasiat ubatan bunga lawang





Buah:

Mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, merangsang dan melawaskan penghasilan susu, stimulant, tonik perut, membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, merawat batuk kokol, cirit, demam panas, gastrik, gelisah, hernia, insomnia, konstipasi, kulit berminyak, lumbago, mual, mulas perut, muntah, penyakit kanak-kanak bengkak leher dan sukar bernafas, dan spasma. Buah dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk.


Daun, Kulit Kayu, dan Kayu:

Merawat lumbago dan reumatisme.


Kandungan:

Buah-asid anisik, kolesterin, minyak esen, minyak tetap, protein, asid protokatecuik, asid sikiminik, dan tannin. Minyak lawang mengandungi lebih kurang 20 sebatian (antaranya alfa-pinen, anetol, anisaldehid, beta-felandaren, karen, foenikulin, limonene, linolool, metilcavikol, nerolido, 1-felandren, dan 1- pinen).

bunga lawang penyembuh H1N1

Bunga Lawang : Ubat Penyembuh Influenza A H1N1



dikatakan bunga lawang boleh menyembuhkan influenza H1N1......
saya masih mencari fakta......