Pokok kantan merupakan sejenis pokok saka herba jenis tinggi yang boleh tumbuh membaik dan merimbun berkelompok. Pokoknya boleh mencapai ketinggian sederhana kira-kira empat hingga lima meter. Pokok kantan memerlukan tanah yang lembap dan subur iaitu yang mengandungi banyak humus. Ia hidup subur di kawasan-kawasan teduh. Oleh itu ia memerlukan sedikit lindungan, biasanya daripada pokok-pokok yang berhampiran.

Batangnya bulat, manakala daunnya panjang sederhana besar dan berwarna kehijauan. Terdapat dua jenis sulur yang akan mengeluarkan bunga dan satu lagi akan mengeluarkan daun. Di pangkal tumbuhan ini, pucuk-pucuk kecil dihasilkan yang pada mulanya kelihatan seperti daun biasa tetapi lama-kelamaan berubah warna menjadi merah jambu di bahagian hujungnya. Pucuk-pucuk ini, yang hanya tumbuh sepanjang satu kaki perlahan-lahan mendedahkan kelopak berwarna merah jambu yang berisi dan tebal seakan-akan sekuntum bunga.