
Bawang putih biasanya digunakan untuk menambah perisa masakan. Bagi sesetengah orang, adalah tidak sah jika tidak mancampurkan bawang putih ke dalam masakan kerana ia akan mengurangkan keenakan dan aroma masakan tersebut terutamanya nasi goreng dan mi goreng. bawang putih juga dipercayai mempunyai banyak khasiat. Walaupun begitu anda tidak boleh mengambilnya terlalu banyak dalam sehari kerana apapun yang diambil terlalu banyak akan mengakibatkan kemudaratan.
Adakah anda tahu bahawa jumlah pengambilan yang sesuai diambil dalam sehari adalah tidak lebih dari 5 gram. Jika bawang putih diambil berlebihan, ia akan mengakibatkan nafas berbau, cirit-birit, muntah, asma, pengurangan kadar protein dan kalsium, dan akan menjejaskan kadar protein dan kalsium dalam darah.
Bagi lelaki pula, pengambilan bawang putih yeng berlebihan akan mengurangkan kualiti dan penghasilan sperma.