khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 23 December 2011

kantan silk

buah kantan





Merupakan buah daripada pokok kantan. Umum kenal akan bunga kantan, tapi tak ramai yang kenal buah kantan. Juga boleh dicampur dalam masakan spt gulai, sup, asam pedas dsb. Bezanya bau kurang kuat berbanding bunga. Tahan lama dan susah ditemui di kws bandar selain di kampung2 yang byk terdapat pokok kantan.

sekuntum kantan pink

pucuk kantan

tongkol berlada n kantan










Resepi Ikan Tongkol Goreng Berlada Bunga Kantan

1 ekor ikan tongkol – di buang perut, potong2 dan dibersihkan.
3 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
3/4 inci halia-dikisar
1 kuntum bunga kantan- dihiris
3 sudu makan sos cili
sedikit garam dan serbuk kunyit


Cara penyediaan

1. Ikan di gaul dengan garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng hingga masak. angkat dan ketepikan
2. Buat sos nya dengan tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan sos cili dan sedikit air, masak hingga mendidih.
4. Masukkan bunga kantan hiris… sesuaikan rasa dan bolehlah dimasukkan ikan tadi!
5. Masak seketika dan bolehlah diangkat…

asam pedas pari n kantan





Bhn:
1 potong ikan pari, belah kecil2
2 btg bunga kantan, belah empat

bhn2 tumbuk:
3-5 bj lada kering, rendam supaya ia lembut then gunting kecik2 (bley gantikan dgn serbuk cili tp rasa mgkn ada sket beza bg yg tekak sensitip lar)
3-5 ulas bwg kecil
3 ulas bwg putih
1/2 (setengah) inci halia

1 btg serai, dititik
3-5 kpg asam keping (ikut saiz, kalau besar, kurangkan)
air secukupnya (agak2 le ye ndak kuah byk mana...)
garam dan gula secukup rasa
sedikit myk utk menumis (mommy tak suka boh byk sgt myk...1sdb pun dh ok)

Cara:
1. Panaskan myk dlm pot. Tumiskan sambil kacau2 bhn2 tumbuk hgga naik bau then masukkan serai & asam keping. Kacau2 lagi sblm dimasukkan air. Tmbh garam & gula secukupnya.
2. Dh menggelegak kuahnye tu bley la boh ikan dan bunga kantan. Sesekali kacau sket, hgga masak. Siap utk dihidang mmm.......



pokok kantan pak tam

















sungai kantan




Kampung Sungai Kantan terletak di kawasan berhampiran dengan Masjid Jamek Kajang. Menurut sumber cerita, Kampung Sungai Kantan ini dibuka oleh seorang lelaki berketurunan Jawa pada sekitar tahun 1920-an. Pada ketika itu, kawasan tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok resam kantan dan terdapat juga anak sungai di kawasan itu. Sehubungan dengan itu, kawasan yang baru dibuka ini telah dinamakan sebagai Kampung Sungai Kantan.

bunga vs buah kantan

bungakantan



Tentu semua orang kenal bunga apa di atas ni.. Buat laksa kalau tak letak bunga kantan memang kurang enaknya.. Tetapi siapa tahu mana yang keluar dahulu.. bunga kantan dahulu ke.. atau buah kantan dahulu…



bungakantan2

sambal udang kantan

Sambal Udang Kantan



BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang galah sederhana besar, buang kotoran dan cuci bersih
1 kuntum bunga kantan, mayang halus
1 biji bawang besar, hiris kasar
5 - 6 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang tadi digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga udang berubah warna, angkat dan toskan. Dengan minyak yang sama tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan garam secukup rasa dan gula. Kacau dan masukkan udang, bunga kantan dan jus limau kasturi, kacau rata
  3. Tambah hirisan bawang dan masak hingga bawang layu, jika suka sedikit berkuah tambah air. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman.

sambal bunga kantan





Bahan-bahan secukupnya:

Cili Api*
Bawang merah*
Bawang putih*
Ikan bilis*
Bunga kantan dihiris halus
Sedikit minyak untuk menumis

Tumbuk lumat bahan bertanda * dan tumis sampai garing.
Masukkan sedikit air, garam dan perisa(ajinomoto kalau suka)
Masukkan bunga kantan yang dihiris halus, kemudian masukkan asam keping.
Sedia dihidang.

kantan herba wajib





Pokok Kantan adalah tumbuhan wajib tanam :) akhir-akhir ini pokok kantan mendapat sambutan dalam pilihan tanaman landskap selain dari menjadi perencah masakan tradisional, bunganya juga popular dijadikan seni susunan bunga (Ikebana).Bunganya sangat cantik berwarna merah jambu kemerahan lebih cantik bila bunganya mekar







Jarak disyorkan ialah 2 m x 1 m dalam lubang penanaman. Letakkan rizom bersusun dan pada peringkat awal tutup dengan sungkupan dari rumput/ daun untuk melindungi tunas baru. Sistem tanaman disesuaikan dengan tanaman selingan atau tanaman tunggal. Bagi kaedah tanaman selingan dengan getah ditanam dalam jarak getah 6m x 3m (555 pokok/ha) dan jarak kantan ( 2m x 1 m sebanyak 333 pokok/ha). Jika selingan di kawasan dusun buah2an sebanyak 3,333 pokok/ha dan jika di tanam secara tunggal sebanyak 4,200 pokok/ ha.







Bunga kantan digunakan dalam kuah laksa*like* , masak asam pedas dan kerabu.
selain itu:

  • Batang - mengubati penyakit bengkak-bengkak
  • Buah - menambah selera makan
  • Ubi - perisa dalam makanan
  • Bunga - bahan gubahan jambak-jambak bunga
  • Biji - mengubati sakit telinga

kantan kuatkan tenaga batin






Bagi mereka yang mengalami masalah sakit telinga, bunga kantan dikatakan boleh digunakan untuk menghilangkan masalah ini. Caranya ialah dengan merebus buah kantan selama beberapa minit. Selepas airnya disejukkan, titikkan air tersebut ke dalam telinga.
Dikatakan jika diamalkan selalu, bukan sahaja setakat melegakan kesakitan akibat bengkak, malah mampu mengatasi masalah telinga berair. Buah kantan juga dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi menghilangkan lendir dan kahak pada tekak.
Selain itu, buah kantan juga dikatakan mampu digunakan untuk menguatkan tenaga batin bagi lelaki. Dikatakan buahnya yang masak boleh digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin dengan cara merebus buahnya yang masak dan meminum air rebusannya dan pastikan bertanya kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu sebelum meminumnya kerana tanpa sukatan yang betul badan anda akan terasa kepanasan dan mungkin menimbulkan masalah lain.
Daun pokok kantan turut mempunyai khasiatnya tersendiri. Bagi mereka yang mengalami luka di badan, bolehlah merebus daun kantan. Air rebusan daun yang masih suam dikatakan boleh digunakan sebagai air pencuci luka dengan cara melumurkannya ke seluruh bahagian luka.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan pokok dan bunga kantan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat khidmat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

kantan untuk wanita bersalin





Bunga kantan mengandungi khasiat yang agak sederhana. Dalam setiap 100g (gram) bahagian yang boleh dimakan mengandung air 89.2g, protein 1.6g, lemak 1.3g, karbohidrat 5.5g, serat 1.4g, kalsium 55mg, fosforus 11mg, ferum 3.4mg, natrium 11mg, kalium 453mg, vitamin B1 0.02mg, niasin 0.2mg dan vitamin C 14mg. Tumbuhan ini juga banyak mengandungi bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan.
Sungguhpun bunga kantan banyak digunakan untuk tujuan masakan, namun ia dikatakan turut mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Bunga pokok kantan ini boleh digunakan untuk tujuan mengawet muda. Pokoknya juga dikatakan boleh menghilangkan bau badan terutama bagi wanita yang baru lepas bersalin. Caranya ialah dengan mengambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih dan apabila air ini telah sejuk, gunakan sebagai air mandian.
Biji pokok kantan pula dikatakan boleh digunakan sebagai penambah selera makan serta menghilangkan rasa kurang bermaya. Caranya ialah dengan menumbuk biji pokok kantan ini sehingga lumat. Tos biji untuk mendapatkan airnya. Kemudian campurkan dengan segelas air suam. Minumlah air ini pada waktu pagi dan sebelum tidur. Amalkannya untuk beberapa kali.

kantan subur di bawah teduhan




Pokok kantan merupakan sejenis pokok saka herba jenis tinggi yang boleh tumbuh membaik dan merimbun berkelompok. Pokoknya boleh mencapai ketinggian sederhana kira-kira empat hingga lima meter. Pokok kantan memerlukan tanah yang lembap dan subur iaitu yang mengandungi banyak humus. Ia hidup subur di kawasan-kawasan teduh. Oleh itu ia memerlukan sedikit lindungan, biasanya daripada pokok-pokok yang berhampiran.




Batangnya bulat, manakala daunnya panjang sederhana besar dan berwarna kehijauan. Terdapat dua jenis sulur yang akan mengeluarkan bunga dan satu lagi akan mengeluarkan daun. Di pangkal tumbuhan ini, pucuk-pucuk kecil dihasilkan yang pada mulanya kelihatan seperti daun biasa tetapi lama-kelamaan berubah warna menjadi merah jambu di bahagian hujungnya. Pucuk-pucuk ini, yang hanya tumbuh sepanjang satu kaki perlahan-lahan mendedahkan kelopak berwarna merah jambu yang berisi dan tebal seakan-akan sekuntum bunga.

kantan penyedap masakan




Bunga kantan adalah antara salah satu bahan penyedap dalam masakan terutamanya untuk hidangan laksa, asam pedas dan nasi kerabu. Tujuan utama bunga kantan dimasukkan ke dalam masakan ialah untuk membangkitkan bau dan rasa masakan tersebut. Bagi suku kaum Mandailing, bunga kantan menjadi ramuan terpenting untuk masakan pucuk ubi tumbuk yang digoreng bersama serai racik, ikan bilis dan terung rembang.





Selain sebagai penyedap rasa masakan, bunganya juga popular sebagai bungaan keratin, terutamanya hybrid yang mempunyai bunga merah, putih dan merah jingga untuk seni susunan bunga atau ikebana yang berasal dari Jepun.

Diklasifikasikan sebagai rempah atau perasa dalam masakan, kantan atau nama saintifiknya phaecomeria speciosa boleh didapati tumbuh meliar atau ditanam di kawasan-kawasan beriklim tropika. Nama botani yang sinonim bagi kantan termasuklah nicolia speciosa, alpinia elatior dan alpinia magnifica. Bunga kantan juga dikenal sebagai Torch Ginger, Ginger Flower, Red Ginger Lily, Torch Lily, Wild Ginger, Combrang, Kecombrang atau honje (Indonesia), Bunga Siantan, Philippine Wax Flower, Xiang Bao Jiaing, Indonesian Tall Ginger, Boca de Dragรณn, Rose de Porcelaine, Porcelain Rose.

kantan sahabat di shah alam













kantan herba semusim





Herba hidup semusim. Pokok herba monokot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah untuk jambak bunganya dengan menggunakan rizomnya untuk pembiakan.
Daun yang agak panjang dan juga rizom di dalam tanah manakala jambak bunganya besar dan mempunyai involuker braktea berwarna steril. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun menyebabkan ia kelihatan cantik dan unik.
Selalunya jambak bunga kantan yang masih muda dan belum mengembang merupakan perencah utama untuk membuat kuah laksa utara. Laksa dan kantan sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Bagi suku kaum Mandailing, bunga kantan menjadi ramuan terpenting untuk masakan pucuk ubi tumbuk yang digoreng bersama serai racik, ikan bilis dan terung rembang.
Ramuan untuk lauk asam pedas dan tomyam. Bau bunga kantan yang harum dan unik menjadikan masakan lebih menyelerakan. Selain bunga kantan, buahnya juga boleh digunakan sebagai perasa makanan, malah di sesetengah tempat buah kantan yang telah ranum juga dimakan begitu saja.
Kantan juga berkhasiat untuk mengubati sakit telinga dan membersihkan luka.






Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan.
Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga.
Jika diamalkan selalu, ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair. Bagi mencuci luka di badan, air rebusan daun kantan yang masih suam digunakan dengan melumurkannya ke seluruh bahagian luka.

kantan tanaman ulaman










Kantan merupakan sejenis tanaman ulaman tradisional orang Melayu dan ia tumbuh meliar di kawasan tanah yang agak lembab. Kantan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah tetapi elakkan menanam pokok ini di kawasan yang menakung air. Pokok kantan ialah pokok herba yang tumbuh membiak dan merimbun secara berkelompok-kelompok. Pokok yang matang boleh mencapai ketinggian 4 - 6 meter. Bahagian utama pokok kantan yang digunakan sebagai ulaman dan perasa di dalam masakan adalah bunganya. Pokok kantan boleh ditanam dengan menggunakan rizom atau biji benih. Penanaman menggunakan rizom adalah lebih popular, kerana ia boleh mengeluarkan hasil dengan lebih cepat berbanding dengan penggunaan biji benih.
Bunga kantan adalah antara bahan utama dalam penyediaan kuah laksa asam, masak asam pedas dan sebagai ulam nasi kerabu. Bunga kantan yang dicelur boleh sebagai ulaman. Batang pokok kantan boleh digunakan untuk mengubati penyakit bengkak-bengkak. Buah kantan yang rasanya masam manis boleh dimakan untuk menambah selera makan.Rizom muda digunakan sebagai perisa dalam masakan laksa utara. Biji buah kantan boleh mengubati sakit telinga.

bunga kantan -awet muda





Bunga kantan biasanya digunakan untuk masakan terutamanya asam pedas dan laksa. Adakah anda tahu bahawa dengan memakan bunga kantan juga boleh membuat kita awet muda. Jadi sesiapa yang ingin kelihatan muda selalu bolehlah mengamalkan makan bunga kantan ni. Pokoknya pula boleh menghilangkan bau badan. Ia bagus untuk diamalkan oleh wanita lepas bersalin. Caranya adalah, ambil beberapa batang pokok kantan segar, potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih dan biarkannya sejuk. Air rebusan tersebut bolehlah digunakan untuk mandi. Insyaallah ia akan dapat menghilangkan bau badan yang kurang enak.

Sunday, 18 December 2011

kantan keluarga halia

 


 
Nama Saintifik: Phaeomoria speciosa
Nama Inggeris: Ginger bud


Bunga kantan adalah dari keluarga halia, dan mengeluarkan pucuk hijau dari rizom besar seperti halia. Di pangkal tumbuhan ini, pucuk-pucuk kecil dihasilkan yang pada mulanya kelihatan seperti daun biasa tetapi lama-kelamaan berubah bewarna merah jambu di bahagian hujungnya. Pucuk-pucuk ini yang hanya tumbuh sepanjang satu kaki, perlahan-lahan mendedahkan kelopak berwarna merah jambu yang berisi dan tebal yang seakan-akan sekuntum bunga.

Bunga kantan mempunyai rasa segar dan pedas. Ia mempunyai rupa yang menarik hingga menimbulkan rasa sayang untuk dimakan, tetapi rasanya yang unik menjadikan ia bahan perasa yang penting dalam sesetengah masakan. Warna merah jambunya kekal walaupun dimasak. Ia menambahkan warna yang menarik ke dalam masakan.

Sesetengah laksa menggunakan bunga kantan ini yang dicincang halus dalam resipinya manakala ada yang menggunakan daun laksa. Walau bagaimanapun, ia merupakan bahan penting di dalam masakan Laksa Penang yang mempunyai ikan dan rasa masam.

pokok bunga kantan

bunga-kantan.jpg




Pokok Bunga Kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok saka herba.

Bunga pokok ini yang berwarna merah muda banyak digunakan sebagai gubahan hiasan manakala tunas bunga ini dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu. Dibungkus seperti sayuran dan tak sesuai diletakkan dalam plastik.

tumbuhan ini mengandungi banyak bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan.

kumbang n bunga selasih

daging goreng selasih





Bahan:-

500 gm daging lembu batang pinang atau ayam
2 camca besar cili kisar

5 biji bawang putih - cincang

1 cawan daun selasih (basil)

1 camca besar sos ikan (nampla)

1/2 camca teh belacan

sedikit gula (optional)

minyak untuk menggoreng dan menumis

sedikit lada sulah


Cara Memasak:-
  1. Hiris daging nipis, cuci dan gaul dengan sedikit lada sulah dan garam. Goreng hingga daging empuk dan sedikit garing. (jika bukan daging batang pinang, elok direbus dahulu hingga lembut baru digoreng). Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar. Tumis lada kisar dan belacan hingga wangi. Masukkan bawang putih, gula dan sos ikan. Gaul rata.
  3. Akhir sekali masukkan daging goreng tadi dan daun selasih. Kacau mesra. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat...memang best!!

selasih -biji

 




jelly sirap selasih

Rose Syrup - Biji Selasih Konnyaku Cones

puding mangga selasih







Bahan cake :
5 butir kuning telur
2 butir putih telur
½ sdm cake emulsifier
75 gr gula pasir
50 gr tepung terigu
5 gr tepung maizena
5 gr susu bubuk
70 gr margarin cair

Lapisan busa :
50 ml sirop Sunkist
250 ml air
1 bks agar-agar warna orange
100 gr gula pasir
1 sdt essence jeruk
2 butir putih telur
1 gr cream of tar-tar
25 gr selasih kering, rendam dengan sedikit air



Cara membuat :

Cake : kocok semua bahan cake kecuali margarine selama 25 menit hinga putih dan mengembang. Masukkan margarine cair, aduk rata. Tuang dalam loyang bulat diameter 20 cm, panggang dalam oven dengan suhu 180 ยบ C selama 45 menit, angkat dan dinginkan.

Lapisan busa : aduk rata sirup, air, agar-agar, gula pasir dan essence jeruk. Masak hingga mendidih.
Kocok putih telur dan cream of tar-tar hingga naik dan beku. Masukkan sedikit demi sedikit adonan agar-agar sambil terus dikocok, aduk rata.
Masukkan selasih, aduk rata.


Penyelesaian : Rapihkan bagian pinggiran cake, tuang perlahan-lahan adonan agar-agar di atas cake, kemudian tuang lapisan agar-agar tipis diatasnya. Diamkan sebentar dalam lemari pendingin hingga agar-agar mengeras.
Potong-potong pudding dan sajikan dingin.

Untuk : 12 potong.

selasih ku berbunga

suria selasih

 


Waktu bersekolah dahulu ada seorang rakan yang memiliki nama yang agak klasik dan unik. Namanya SURIA SELASIH. Nak tanya kalian ada ke mempunyai rakan-rakan mahupun kenalan atau ahli keluarga yang memiliki nama yang klasik dan unik. Bolehlah sama-sama berkongsi di sini.

P/s : Di mana agaknya SURIA SELASIH sekarang ....

Saturday, 17 December 2011

sirap selasih

 



 
 
Sirap Selasih.... Have you tried this before? Well, it's my first, and definitely not the last! =)

Sirap Selasih (RM3.90) at Belanga, Empire Shopping Gallery.

air serai selasih

 

 

Dalam bulan ramadhan ni, bermacam-macam makanan dan minuman yg muncul difikiran untuk dimakan dan minum. Terkenang minum air serai selasih di restoran 'SERAI' berhampiran dgn rumah di Enstek, lalu saya cuba pula untuk membuatnya sendiri..Selasih ni saya bawa dari M'sia..di Abu Dhabi ni rasanya tak ada jual..

Bahan-bahan:

1 batang serai ~ dihiris
1 sudu makan selasih ~ direndam sehingga kembang
1 liter air
Sedikit pewarna hijau
Gula ~ sesedap rasa.

Cara penyediaan:

1. Masak air sehingga mendidih, kemudian masukkan serai dan rendam selama 2-3minit.
2. Perisakan dgn gula secukupnya.
3. Masukkan pula sedikit pewarna hijau dan selasih yg sudah dikembangkan tadi, kacau.
4. Boleh diminum semasa panas dan juga sejuk dgn ditambah ais.