khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 2 May 2014

Gula-gula plum Aenergy 10 Plus







Gula-gula plum Aenergy 10 Plus adalah diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang berintikan Vernonia Amygdalina dan Garcinia Cambogia, dengan menggunakan teknologi pengekstrakan yang maju dan paten formula bagi mengekalkan keaktifan bahan-bahan kandungan antioksidan. Oleh kerana ia memiliki fungsi penyelenggaraan hati yang sempurna, jadi, ia boleh membantu mengekalkan kesihatan hati secara berkesan, memperbaiki sel-sel hati, menghapuskan gejala hepatitis, meningkatkan penyahtoksikan dan kefungsian hati.

Tiga fungsi utama:

Melindungi hati : ia kaya dengan bahan antioksidan semulajadi untuk mengekalkan hati yang sihat Merawati sembelit : ia menghalang pengumpulan bahan-bahan toksin dalam sistem pencernaan kita dan tidak menjejaskan penyerapan zat-zat makanan yang berkhasiat
Mengekalkan peredaran darah yang lancar dan mengurangkan edema : ia membantu untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin melalui kulit (air peluh) dan buah pinggang (air kencing)

Ekstrak Vernonia Amygdalina: (nama saintifik : Vernonia Amygdalina) adalah jenis tumbuhan yang berasal dari genus Vernonia yang biasa dikenali sebagai daun pahit. Ia adalah pokok renek yang setinggi 2-5 meter dan tumbuh secara meluas di kawasan tropika Afrika. Ia biasanya dijadikan sebagai sayur-sayuran dan sumber protein bagi penduduk Afrika. Dalam rawatan tradisional, ia juga digunakan untuk merawat demam, malaria, penyakit kencing manis, disentri dan cirit-birit.

• Melindungi hati
• Mencegah penyakit diabetes (keberkesanan : 2 kali ganda daripada 6 kapsul esktrak peria)
• Menangani masalah sembelit
• Menurunkan paras lipoprotein (LDL) dan kolesterol
• Kandungan antioksida semulajadi yang tinggi (keberkesanan : 3 kali ganda daripada 10 pil Vitamin C )

Ekstrak Garcinia Cambogia: (nama saintifik: Garcinia Cambogia) adalah tumbuhan yang dikelaskan dalam dikotiledon Clusiaceae. Ia dinamai Asam Gelugor oleh pihak berkuasa tempatan dan berasal dari Asia Selatan yang tumbuh di dalam hutan lembab di kawasan lereng bukit. Sejak berabad-abad lamanya, ia telah ditanam secara berleluasa di selatan India dan Thailand untuk digunakan sebagai herba buah-buahan. Produk kesihatan biologi yang banyak menggunakan ekstrak Garcinia Cambogia telah menjadi semakin popular di seluruh dunia.

• mengawal metabolisme lipid, menghalang pembentukan lipid untuk menggalakkan pembakaran lemak
• melambatkan pembentukan asid lemak dan kolesterol
• mengurangkan penyerapan lemak
• kandungan antioksidan semulajadi yang tinggi (Vitamin C dan asid sitrik hydroxy)



sumber dari: yxinenergy.com/

Menghilangkan Ulser Mulut








Bekerja dalam ofis bertutup dengan air-cond dari 9 pagi sampai 6 petang , memang aku tak tahu macam mana keadaan suhu dekat luar. Enche Fendy ada merungut 2,3 hari ni panas membahang. Tapi bila dalam mulut ada ulser, ha baru aku mengaku panas betul sekarang kan..? Hehe..
Ulser mulut boleh terjadi bukan je disebabkan suhu luar dan suhu badan yang panas, tapi kalau sambil makan tergigit pun boleh jadi juga. Luka sikit pun cepat je bakteria dan kuman dalam mulut datang berkampung, maka jadilah ulser mulut.

Antara petua yang boleh dicuba;

  • Tempekkan asam jawa kat tempat ulser. Pedih sikit lah, tapi boleh kecutkan ulser dengan cepat. Boleh juga pakai asam keping @ asam gelugor. Ni petua mak aku yang bagi.
  • Letak garam halus sikit kat tempat ulser, tapi pedih yaaa amaaatt…aku takut nak try..haha
  • Boleh juga tenyehkan madu asli kat ulser tu. (tau tak tenyeh? Hehe..sapu la)
Selain tu boleh amalkan;
  • Kemam ais dalam mulut, terutamanya ditempat ulser tu.
  • Banyakkan makan betik yang disejukkan terlebih dahulu.
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Minum air barli suam.
  • Minum air gula batu.
  • Berus gigi pakai ubat gigi Oral B.
Kalau ulser tu degil juga lagi, pergi je lah klinik…biasa doktor akan suggest oral aid atau bonjela. Ok selamat mencuba!



sumber dari: froyoplus.com/

Tuesday, 29 April 2014

Minyak Essential Lada Putih






Minyak Essential Lada Putih adalah terkenal dengan berapi-api dan pedas, aroma tajam , dan undertones timur. Aroma ini penuh dengan misteri dan tipu daya. Ia juga dipercayai untuk mengukuhkan, merangsang dan mengukuhkan.



sumber dari: kedai.bf-1.com/

Sambal Goreng Jawa







Bahan-bahan :
2 keping tempe
250 gm paru - direbus
250 gm daging - direbus
2 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
6 biji ciliapi - dihiris
1/2 cawan cili kisar
6 biji bawang merah*
4 ulas putih*
3 biji buah keras*
3 batang serai*
2 in halia*
1 1/2 in lengkuas*
3 sudu besar udang kering* - semua bahan* dikisar
1 sudu makan pes asam jawa ADABI
2 cawan santan
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
Tempe, paru dan daging dipotong dadu.
Panaskan minyak dan goreng dahulu tempe kemudian  paru dan daging. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang besar dan bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak. Masukkan pes asam jawa dan garam.
Masukkan daging dan paru diikuti santan. kacau sebati dan masak hingga mendidih.
Masukkan tempe yang digoreng dan semua cili yang dihiris.
Kacau hingga rata dan pekat.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.



sumber dari: zalinah.blogspot.com/

Sunday, 27 April 2014

Nasi Limau Purut




Resepi dari Chef yang cukup popular dan juga adalah antara Chef yang menjadi kesayangan ita. Orangnya cantik manis dan ada tahi lalat pemanis di tepi hidungnya yang mancung bak seludang..
Sangat lemah lembut sekali tuan punya diri baik dari segi tutur kata dan perbuatan dan memang menjadi idola ita..

Chef yang ita maksudkan ialah Chef Zaidah Mohd Noor. Resepi, ita ambil dari buku masakan beliau Citarasa Malaysia 1000 Resepi Unggul. Buku ini merupakan koleksi terbaik dari beliau dan menghimpunkan 1000 resepi yang perlu di cuba dan dirasa. Insyaallah ita akan cuba satu persatu kerana semuanya nampak sedap dan semestinya sedap sebagaimana resepi yang akan ita kongsikan ini.
Kepada yang suka masak2 tu bolehlah dapatkan senaskah buku ni sebagai koleksi kesayangan. Tak rugi beli buku masakan ni kerana ia adalah koleksi yang boleh di simpan turun temurun..

2 sudu besar margerin
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stock ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau

Panaskan Margerin di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.





sumber dari: azlitamasammanis.com/