khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 18 May 2013

solok lada merah ala kak jie





Bahan-bahannya

20 biji lada hijau kelantan/cili hijau/cili merah
4 ekor ikan kembung~dibakar dan diambil isinya
2 biji kelapa ~ 1 biji kelapa untuk inti solok, 1 biji untuk santan pekat( 2 cawan )
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sejemput lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula

Cara membuatnya

1. Cili merah dibelah tengah dan dibuang bijinya ( hati2 supaya tidak terkopek di pangkal dan di hujung cili)
2. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
3. Kemudian dalam lesung yang sama, tumbuk isi ikan, kelapa, garam dan gula sehingga lumat dan sebati semua bahan~ sudah jadi inti solok
4. Sumbatkan inti solok ke dalam cili yang dibelah sehingga penuh. Buat sampai habis.
5. susun cili solok itu di dalam periuk. Pastikan inti solok di bahagian atas (jangan kasi tumbang. Kalau tumbang isinya akan hancur).
5. Tuang santan pekat ke dalam periuk secara perlahan-perlahan. Pastikan tidak mengenai isi solok tersebut.
6. Tutupkan periuk dan dimasak di atas api yang sederhana.
7. Bila dah kering santannya bolehlah diangkat dan dihidangkan.



sumber dari: juariahhjyunus.fotopages.com