khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 18 May 2013

lada merah kerabu herba






    Bahan-bahan:
  • Lada merah
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Kubis
  • Sos ikan atau sos soya
  • Gula
  • Garam
  • Nenas

Cara-cara memasak:
  • Lada merah dibuang bijinya. Guna satu hirisan sahaja agar bentuknya tak terjejas. Kemudian direbus hingga empuk letak tepi.
  • Bawang merah yang dihiris digoreng sehingga garing dan sedikit pahit bagi membangkitkan aroma seakan-akan herba.
  • Kepala udang yang disapu garam digoreng sehingga garing.
  • Bawang dan udang yang garing dihancurkan dan dicampurkan.
  • Masukkan hirisan-hirisan kubis kedalam campuran bawang dan udang tadi sehingga sebati.
  • Hirisan cili padi dimasukkan tetapi jangan terlalu banyak.
  • Kemudian masukkan hirisan-hirisan kecil nenas.
  • Kemudian sumbatkan ke dalam lada merah yang direbus tadi.
  • Buburkan gula pasir di atasnya.
  • Hias di atas sayur atau salad.



sumber dari: