khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Sunday 12 May 2013

kopi ranggi berperisa pelaga



Picture


Sebagai wakil Yamal Worldwide Sdn Bhd, kami juga sebagai pusat jualan negeri untuk mempromosikan dan memasarkan produk Kopi Ranggi. Kopi Ranggi berperisa pelaga adalah yang agak laku sekarang ini.

Buah pelaga antara rempah ratus paling tua di dunia. Buah pelaga juga dikenali dengan nama botaninya elettaria cardamomum. Ia merupakan tumbuhan semulajadi di timur dan berasal dari dalam hutan di selatan India. Ia tumbuh secara meliar. Kini, buah pelaga turut ditemui di Sri Lanka, Guatemala, Indo China dan Tanzania.

Ðikenali juga dengan nama kapulaga (Indonesia), chhoti elachi (India), ts’ao-k ou (Cina), elam (Tamil), dan grawahn (Thai), buah pelaga memang banyak kegunaannya sejak daripada zaman dahulu.

Orang Mesir kuno dikatakan telah mengunyah biji buah pelaga sebagai pencuci gigi, manakala orang Greek dan Roman menggunakannya sebagai minyak wangi. Orang Viking pula dikatakan telah berjumpa dengan buah pelaga ini kira-kira seribu tahun lalu di Constantinople, kemudian telah memperkenalkannya ke Scandinavia, tempat di mana buah pelaga kekal popular sehingga kini.

Buah pelaga merupakan rempah yang kedua mahal selepas saffron. Terdapat banyak jenis buah pelaga tetapi hanya spesies Elettaria cardamomum dikatakan sebagai buah pelaga sebenar.

Buah pelaga bukan sekadar rempah biasa. Digunakan untuk mengeluarkan angin dari perut dan usus,merangsang dan melawaskan haid dan air kecil, tonik jantung, laksatif, stimulant, tonik perut, merawat bengkak dan sakit, cirit, jangkitan pada kerongkong, masalah di dalam rahim, mulas perut, pancutan mani pramasa, penyakit hati, perut dan usus kembung angin, sakit dada, sakit gigi, sakit kepala, sakit perut, sakit telinga dan merangsang penghadaman.

Aromanya yang enak mampu menyegarkan nafas individu sekaligus mengatasi masalah halitosis atau nafas berbau. Ianya boleh juga dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk.

Tidak sukar untuk menggunakan biji buah pelaga, terutamanya dalam menyedapkan masakan. Anda boleh menghancurkannya menjadi serbuk atau gunakan sebiji-sebiji. Untuk mendapatkan rasanya, patah-patahkan buah pelaga sebelum dimasukkan ke dalam masakan. Selalunya buah pelaga digunakan untuk menyedapkan lagi rasa puding dan kek. Ðalam masakan India, buah pelaga turut digunakan sebagai bahan membuat garam masala, tandoori atau ayam vindaloo. Masyarakat Timur Tengah pula menggunakan serbuk buah pelaga dalam kopi.


sumber dari: selangortimnas.weebly.com