khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 18 May 2013

kerang berapi ala kak jie





BAHAN-BAHANNYA (cukup simple)

1 kilo kerang
5 ulas bawang merah>diblend
4 ulas bawang putih>diblend
1 labu bawang besar>diblend
7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut-biasalah org kelantan) >diblend
3 tangkai cili merah>diblend
8 biji cili api ( kalau nak lebih berapi masukkan lebih sikit- anak aye tak tahan pedas )>>diblend
3 batang serai (kasi lebih pun boleh)>dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit>diracik halus
1 biji telur >dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung>untuk pekatkan kuah
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng.

Cara membuatnya:

1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing
3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi
4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak
5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau
6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi
7. Masukkan tepung jagung dan kacau
8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.



sumber dari: juariahhjyunus.fotopages.com