khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 29 October 2011

losyen pati halia





Losyen Mustajab Pati Halia adalah produk perintis keluaran dari Dunia Herbs yang mana ianya menggunakan 100% ekstrak pati halia dan campuran ramuan herba yang dirumus khas untuk membantu dan mempercepatkan proses pembuangan lemak dan selulit di bahagian pinggang dan perut agar kembali ramping seperti sediakala tidak kira lelaki, perempuan mahupun tua atau muda.

Kajian yang telah dilaporkan dalam The New England Journal of Medicine 1981, mencadangkan halia digunakan sebagai diet untuk permasalahan berkaitan koronari. Mengikut perubatan melayu tradisional halia juga dapat membantu masalah senggugut oleh kaum wanita dan baik untuk demam selsema. Losyen halia merupakan rumusan botani yang unik di mana ianya menggunakan ekstrak pati halia berkualiti tinggi bagi menghasilkan kesan yang optimum.

Losyen pati halia amat berkesan untuk melangsingkan badan kerana ianya dapat membakar lemak dengan berkesan tanpa memberikan kerosakan pada kulit malah dapat menghaluskan tekstur kulit. Ianya amat sesuai untuk ibu lepas bersalin terutamanya bagi menanggalkan selulit dan mengempiskan perut. Selain itu juga ianya baik untuk kegunaan seisi keluarga.