khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Sunday, 30 October 2011

khasiat dan kegunaan lengkuas

Lengkuas atau galanga. Tidak banyak diketahui mengenai khasiat makanan rizom lengkuas. Dalam setiap 100 g bahagian rizom lengkuas mengandungi: Air 89.9 g, protein 0.9 g, lemak 0.7 g, karbohidrat 6.5 g, serat 1.6 g, kalsium 18 mg, fosforus 26 mg, ferum 1.2 mg, natrium 2 mg, kalium 81 mg, vitamin B1 0.02 mg, vitamin B2 0.04 mg, niasin 0.4 mg, vitamin 0.0 mg.



Rizom lengkuas sering digunakan sebagai penyedap rasa dalam pelbagai resipi masakan tradisional terutama rendang daging dan kari. Rizom ini juga digunakan dalam ramuan sambal seperti sambal daging, ikan kering dan sos. Selain penyedap rasa, rizom ini dapat menghilangkan bau hanyir daging atau ikan. Bunganya juga dibuat ulam atau dijadikan penyedap rasa dalam kerabu sayuran. Rizom dan daunnya juga digunakan sebagai ramuan dalam mandi daun selepas bersalin. Rizomnya ditumbuk dan disental di seluruh badan bagi mengawal jangkitan penyakit kulit seperti kurap dan panau. Rizomnya dikatakan dapat mengubati sakit perut dan dapat mengeluarkan angin serta gas dalam usus perut. Rizom juga dijadikan ramuan mandi selepas bersalin.

Lengkuas biasanya digunakan dalam masakan untuk menambah aroma seperti masakan pedas, laksa penang, sup singgang dan boleh digunakan untuk masakan goreng. Dalam bidang perubatan, lengkuas boleh melegakan sakit perut, selsema dan agen antibakteria.