khazanah alam
dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....
Saturday, 29 October 2011
ayam masak halia
Resepi
Ayam separuh
2 inci halia muda/tua-dihiris
2 labu bawang besar-dihiris
5 ulas bawang putih-dihiris
2 biji cili merah-belah dua
Sos Tiram-untuk perap ayam
Maggie Seasoning-untuk perap ayam
Minyak untuk menumis
2 sb tepung Jagung-dibancuh dengan air
Cara-cara:
1.Perapkan ayam bersama sos tiram dan maggie seasoning(agak-agak la sukatannya)selama 15minit.
2.Panaskan minyak dalam kuali,masukkan ayam yang telah diperap tadi,goreng sehingga separuh masak.
3.Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan lada merah tadi kacau sehingga nampak layu.
4.Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak likat,siap untuk dihidangkan.
*kalau tak cukup masin tambah la garam atau sos tiram.
Labels:
halia