khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 27 September 2013

Menurut tokoh perubatan Islam






CUKA KURMA mengandungi pelbagai vitamin seperti: 
Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).

Ibnu Sina dalam kitab beliau 'Al-Qanun Fi Al-Tib' menyatakan bahawa "Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakkan di dalam badan seperti bisul dan kanser, memperbaiki masalah pencernaan di dalam perut, masalah usus, menyucikan darah, kerongkong, kahak, batuk berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolestrol), menstabilkan asid dan garam di dalam badan, membuang keracunan badan (menyingkir toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan" - Darul Fikri, Bairut Tahun 1414, m.s 908-909.

Ibnu Qayyim dalam kitab beliau 'Al-Tib Al-Nabawi' menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu(membersih hempedu dari lemak yang berbentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yg pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul di dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus(membuang toksik dalam perut), menguatkan sistem perut (buasir), menghilangkan masalah dahaga (kepanasan padan), mencegah sebarang pembengkakkan yang akan terjadi di dalam badan manusia (seperti bisul, kanser dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun) - Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410H, m.s 233.


sumber dari: timurtengahfood.blogspot.com

Manfaat dan Faedah Khal






Khal (cairan cuka dari buah-buahan) mempunyai sejarah amalan penggunaan yang unik. Khal merupakan minuman kesihatan yang benar-benar tulen. Apa sahaja minuman beralkohol, jika dibiarkan terdedah kepada udara secukupnya akan bertukar kembali secara semula jadi menjadi Khal. Bakteria terkawal sedia ada dalam udara memungkinkan proses ini berlaku, menukarkan apa sahaja cairan buah-buahan menjadi asid asetat seterusnya menjadi khal, memberikan khal rasa masam tajam. Jadi adalah tepat dikatakan manusia telah mengenali khal semenjak sebelum sejarah cuka dan arak mula-mula ditulis dan dicatat pengkaji.

Manfaat Khal Dalam Peradaban Silam Dunia

Penemuan bertulis khal dicatat sekitar 5000 sebelum Masihi, apabila Babylon mula-mula menggunakan tamar (kurma) untuk dijadikan wine dan cuka. Khal ketika itu digunakan sebagai makanan dan pengawet organik. Kesan khal ditemui pada serpihan bekas tinggalan kota Mesir purba sekitar 3000 sebelum masihi. Begitu juga sejarah amalan khal di China sekitar 1200 sebelum masihi.
Pada era peradaban kristian, khal diguna sebagai perasa tambahan dalam makanan, minuman penambah tenaga, dan sebagai ubat-ubatan, seperti tercatat dalam bible perjanjian lama.
Di zaman Greek kuno, sekitar 400 sebelum Masihi, Hippocrates, bapa perubatan moden menggunakan khal bercampur madu untuk mengubati pelbagai penyakit, termasuk demam selesema dan batuk.

Khal dan Faedah Ketenteraan

Sejarah amalan khal menyediakan pelbagai contoh penggunaan kepada para pahlawan dan tentera. Khal yang dicairkan telah digunakan sebagai minuman pemberi tenaga (tonik tenaga) kepada tentera berkurun lamanya. Tentera Roman menamakan khal minuman pemulih tenaga sebagai ‘posca’, dan mengamalkan khal secara berterusan seperti juga samurai Jepun. Tambahan khal dalam air minuman membantu dalam membunuh sebarang bakteria infeksi (jangkitan) kemungkinan wujud dalam badan.
Sepanjang sejarah, sifat antiseptik khal secara semulajadi menyebabkan khal digunakan sebagai pembersih dan disinfektan pada bahagian luka seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. Khal
juga diguna dalam Perang Sivil Amerika dan hingga akhir era Perang Dunia Pertama.

Penggunaan Luarbiasa Khal

Sekitar 40 sebelum Masihi, permaisuri Cleopatra semasa perayaan menyambut jeneral Rom, Mark Anthony, baginda melarutkan mutiara kedalam cairan khal, sebelum meminum khal tersebut. Sebagai tanda baginda mampu mengadakan pesta mahal hanya untuk mereka berdua.
Pada 1721, wabak Bobonic (Bubonic Plague) menular di Perancis, begitu tragik sehinggakan banyak mayat dibiarkan sahaja di mana-mana tidak dikebumikan. Untuk menyelesaikan masalah ini, penguasa Perancis mengarahkan pesalah yang sedang menunggu hukuman mati untuk menguruskan mayat yang dijangkiti. Ramai banduan mati kecuali satu pasukan pencuri empat orang, mereka terselamat dengan meminum khal bersama bawang putih dalam kuantiti yang banyak dalam sehari.
Dengan merendam span ke dalam khal dan diletakkan di depan hidung semasa berjalan, aristokrat Eropah abad ke-17 dan ke-18 berjaya menghindari bau busuk sampah dan air longkang di jalanan kota.


sumber dari: bazarsuccessmall.wordpress.com

Madu & Cuka Kurma




Pakej Madu & Cuka Kurma


Cuka kurma sangat bagus untuk membuang toksin dan merendahkan kolesterol badan. Juga sesuai diambil oleh pesakit kencing manis.

Cara pengambilan harian:

1 sudu madu (pagi)
  • Ambil pada waktu pagi mengikut saranan Rasulullah
  • Meningkatkan kecergasan
1 sudu cuka kurma dan segelas air (malam)
  • Boleh diambil pada sebelah malam untuk memperbaiki kadar gula pada waktu pagi, meningkatkan metabolisme dan membersihkan usus


sumber dari: resepimudahhq.com

Sebaik-baik hidangan makanan




IMG_0776


Al- Hadis

Daripada Ibnu Majah 3318: 
Terdapat dalam sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (rd) Nabi SAW bersabda:
“Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL, Ya Allah berkatilah KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum Aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.”


sumber dari: cukadelima.com

Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam






Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-

**- Dapat mencegah berlakunya pembengkakan pada badan seperti bisul dan kanser.
**- Membuang darah kotor dan melancarkan aliran darah.
**- Mengatasi proses pencernaan makanan dalam perut.
**- Melancarkan pergerakan usus.
**- Merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan.
**- Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari.
**- Menurunkan tahap kolestrol.
**- Mengimbang tahap asid alkali dalam badan & mengeluarkan lebihan garam.
**- Membakar kalori dengan cepat.
**- Membuang toksin.
**- Merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga.
**- Penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang.
**- Mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dalam perut.
**- Merawat masalah hempedu.
**- Mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai.
**- Melancarkan pengeluaran susu ibu.
**- Melancarkan perjalanan darah seperti masalah gangguan haid.
**- Mempelbaiki fungsi limpa.
**- Menghilangkan masalah dahaga & mengurangkan panas badan.


sumber dari: mdsb.com.my