khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Wednesday, 26 December 2012

rebusan daun kari sebagai tonik





"Gunakan daun kari (curry leaf) untuk mencegah rambut beruban. Rebusan daun kari dalam minyak kelapa maka minyak ini akan menjadi tonik rambut yang bagus untuk merangsang pertumbuhan rambut dan mengembalikan pigmentasi rambut. "


sumber dari: health.detik.com

penggunaan pokok kari






  1. Ulam-ulaman. Amalkan makan 10 helai daun kari selama 3 bulan berturut-turut bagi mencegah penyakit diabetes.
  2. Air rebusan kulit batang yang kering dapat digunakan oleh pesakit diabetes.
  3. Kisar daunnya untuk dijadikan jus, kemudian campurkan dengan jus limau untuk atasi pening dan loya.
  4. Jus daun kari yang diicampur madu dapat mengatasi cirit-birit dan sembelit.


sumber dari: rafidahsalleh.blogspot.com

pucuk daun kari boleh mewangikan....






Ada kawan dulu syorkan agar rajin2 amalkan makan pucuk daun kari. "Boleh mewangikan...", katanya. Kira sama fungsi cam makan buah limau kasturi la lebih kurang... limau kasturi tu pun kalau makan bersekali dengan kulit2nya, Insyaallah dapat mengelakkan masalah bau badan.

Alhamdulillah, dapat selalu petik2 pucuk daun kari ni sebab pokoknya yang makin meninggi sentiasa keluar cabang2 baru. Memang best rasa daun kari yang muda tuh. Jadi selalu tak lupa pegi petik pucuk kari untuk wat saing makan ngan ulam-ulam lain.


sumber dari: impiana-iman.blogspot.com

daun kari hilangkan hanyir ikan sungai






Harini Suri nak kongsikan satu petua pada sahabat-sahabat semua terutama pada kaum hawa yang selalu keluar masuk dapur yang selalu menyediakan hidangan buat keluarga yang tersayang hee.. Terlebih dahulu apa kata kita kenali dahulu asal usul daun kari ini. Kemudian barulah Suri berikan petua tersebut seperti biasa.

Tahukah anda pokok kari atau nama saintifiknya dikenali sebagai Murraya Koenigii ia tergolong dalam keluarga Rutaceae. Pokok daun kari ini berasal dari negara India dan Sri Lanka dan ia biasanya akan tumbuhan subur dalam zon tropika.

Pokok kari merupakan sejenis tumbuhan yang renek dalam paras ketinggiannya diantara 0.9 sehingga ke 6 meter. Pada kebiasaannya pokok kari ini ditanam di kawasan sekitar rumah dan juga kadangkala ia membiak di semak ataupun kawasan yang terbiar.


Pokok kari ini selalunya digunakan dalam pelbagai masakan terutama dari masakan berempah terutamanya dalam masakan kari. Daun kari ini juga turut mengeluarkan bau yang kuat disamping itu ia juga mempunyai rasa yang agak pahit.

Tahukah kawan-kawan daun kari ini kebanyakannya banyak digunakan oleh masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah juga dalam masakan lain seperti masakan rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi.

Bunganya pokok kari biasanya berbentuk kecil dan berwarna putih kekuningan manakala buahnya pula bersaiz kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Pokok kari ini mudah membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.

100076_fish_450

Cara untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai adalah:-

Dengan menyediakan 7 tangkai daun kari (dibasuh dahulu)
Kemudian anda ramaslah daun kari tersebut supaya ia mesra dengan ikan sungai.
Setelah itu anda perapkan daun kari tersebut dengan ikan sungai selama satu jam.
Selepas itu anda bolehlah mencuci ikan sungai seperti biasa.

Opss! selawat jangan di lupa ya :)
Harini admin cahaya cinta kurang sihat take a break jaP :( .
Ikan tu sekadar gambar hiasan yek..hihi. ;)



sumber dari: cahayacinta.com