khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Thursday, 22 November 2012

kas-kas dalam masakan nasi kandar





Masih lagi di dalam mood masakan nasi kandar. Beberapa hari yang lepas saya mencuba satu lagi resepi istimewa dari resepi Mamak Haji, kari ayam nasi kandar. Rasanya tersangatlah sedapnya. Seingat saya, saya tak pernah masukkan daun pandan ke dalam kari ayam yang pernah saya buat sebelum ini, tetapi setelah mencuba dua tiga resepi yang menggunakan daun pandan, ternyata baunya sungguh harum memikat. Jadi, sekarang ni bila masak kari ayam tak letak daun pandan rasa macam kekurangan sesuatu bahan pulak.

Resepi Mamak Haji ni kaya dengan rempah ratus termasuk la kas kas. Pernah suatu ketika dulu isu penggunaan kas kas untuk menyedapkan makanan agak panas kerana boleh mengakibatkan khayal dan ketagih. Kadangkala saya kecualikan bahan ini di dalam masakan saya, kalau dimasukkan pun dalam kuantiti yang terlalu sedikit seperti penggunaan ajinomoto. Jadi, terpulangla kepada selera memasing. Pada pendapat saya, sekalipun tiada kas kas di dalam masakan ini rasanya tetap sedap kerana terdapat banyak bahan bahan lain yang dimasukkan utk memekat dan melazatkannya.

sumber dari: wattieshomemadecakes.blogspot.com

kek pisang poppyseed





BAHAN-BAHANNYA :-)

45 gram mentega, cair dan sejukkan
2 biji telur gred A (berat 60 gram sebiji)
50 gram soft brown sugar @ gula perang
65 gram tepung beserbuk penaik (self-raising flour)
1/2 camca teh ovallate
70 gram pisang, dilecek
3/4 camca besar kas-kas (poppy seeds)
2-3 titik esen pisang atau esen vanilla
1/4 cawan isi pisang yang didadu (optional)
Sedikit lagi kas-kas untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bersaiz 7inci x 3inci x 3inci. Lenser dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar gula perang dengan ovallate, hingga sebati. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingg adunan pekat dan gebu macam adunan baulu. Perlahankan kelajuan, masukkan pisang dan tepung sedikit demi sedikit, hingga habis, putar rata. Tuang mentega cair dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan esen pisang @ esen vanilla dan biji kaskas tadi. Gaul rata.Tuang dalam tin tadi dan tabur dengan pisang. Tabur juga biji kas-kas sebagai hiasan. Bakar 30 - 35 minit atau hingga masak. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan atas jaringan. Potong dan boleh hidangkan.


sumber dari: tiffinbiru.blogspot.com

kas-kas dan penggemar kari





Inilah kas-kas yang dicampurkan ke dalam kari oleh penggemar - penggemar kari. Terutamanya kedai-kedai nasi kandar. Selain boleh memekatkan kari, ianya menjadi perasa yang setengah orang kata akan menjadi ketagih kalau terlalu banyak. Katanya.......


Friday, 16 November 2012

madu lebah asli dari negeri sabah



foto madu lebah sabah


Madu Lebah Asli merupakan salah satu produk bermutu tinggi keluaran khas Negeri Sabah yang 100% tulen, tanpa bahan pengawet atau perasa tiruan. Sumber nektarnya pula adalah daripada pelbagai jenis bunga yang ada di sekitar hutan khatulistiwa dan juga pokok-pokok tanaman seperti pokok kelapa, acacia mangium, getah, bunga-bungaan dan sebagainya.

Pada peringkat ladang, hanya madu yang matang sahaja akan dituai untuk menjaga dan mengekal keasliannya. Madu yang sudah dituai akan diproses dan dibotolkan dalam pelbagai saiz dan rekabentuk produk madu di dalam kilang pemprosesan yang khusus.

Madu lebah adalah suatu produk yang stabil dan tidak mudah rosak oleh bakteria perosak makanan. Untuk menjaga kesegarannya dan keasliannya, adalah disyorkan supaya madu disimpan di tempat yang dingin dan kering pada suhu 27°C serta haruslah tidak terdedah kepada sinaran cahaya matahari ataupun suhu yang tinggi. Madu lebah asli juga tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk mengelakkan daripada berlakunya proses pembekuan ke atas madu tersebut seterusnya mengubah koposisi fizikal dan kimia madu tersebut.


sumber dari: madulebahku.blogspot.com

madu dapat menyembuhkan 77 penyakit



Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasulullallah SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran".

Rasulullallah SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Rasulullallah SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Rasulullallah SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Rasulullallah SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".



sumber dari: protozoa99.blogspot.com