khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Wednesday, 9 November 2011

lagi khasiat cekur
















KHASIAT CEKUR-..

-Sering dijadikan ulam oleh kaum wanita, terutamanya selepas bersalin.

-Selain dimakan begitu saja, amalan merebus pokok dan akarnya juga dilakukan di mana air rebusan ini diminum oleh penggemar herba tradisi ini.

 
-Khasiatnya dikatakan boleh mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya.

-Kepada mereka yang mengamalkannya secara berterusan, ulam ini dikatakan boleh mengekalkan keremajaan.

-Satu lagi khasiatnya ialah ia boleh mencegah keguguran bagi wanita-wanita yang bermasalah.

-Ia juga boleh menghilangkan gatal tekak dengan mengunyah umbisinya.

kegunaan cekur

 




Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.

 

kegunaan:

 
 
Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang. Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal. Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.

antara khasiat cekur





Kali ini saya ingin berkongsi tentang rahsia cekur dengan pembaca sekalian. Cekur berbentuk seperti kunyit tetapi berwarna coklat kekuning-kuningan. Sering kali dijadikan perencah dalam hidangan masakan Melayu seperti ayam masak pecal. Bagi mereka yang sering menghidapi sakit perut, rebus beberapa biji cekur, dan minum airnya. Kalau malas nak rebus, kunyah saja cekur yang muda.
Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin, cekur yang dicampur dengan air asam dan diminum selama dalam pantang, berkhasiat untuk mengempiskan perut. Manakala bagi ibu-ibu yang mengalami kekurangan susu badan, bolehlah mengamalkan pemakanan cekur yang dicampur dengan kunyit dan pucuk betik untuk menambah susu badan. Tapi awas...! Rasanya amat pahit bagi yang tak suka makan herba.

Selamat mencuba...

kerabu cekur





Sesiapa yang berminat...nak awet muda..bak kata umie.."bagi muda..jadi muda..lihat muda.".macam iklan la...mesti try punya..



cekur -agrofarm

Cekur - sand ginger - Kaempferia galanga Linn









Cekur
(Kaempferia galanga L.)
ZINGIBERACEAE
  • Juga dikenali sebagai kencur (Indonesia), proh horm/ horm waan (Thailand), Fingerroot.
  • Herba yang hidup melebar di atas tanah.
  • Daunnya mempunyai aroma, tersusun dalam pasangan yang bertentangan dan tumbuh padat.
  • Tidak mempunyai batang.
  • Bunga tumbuh secara sendirian berwarna putih ungu di tengah-tengah pokok.
  • Rizomnya bercabang-cabang berbentuk seperti jari, beraroma dan isinya berwarna kuning oren.
  • Ubi akar yang keluar daripada rizom adalah panjang , berisi, beraroma tetapi tidak bercabang.
  • Daunnya dimakan segar sebagai ulam bersama nasi.
  • Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid.
  • Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dijadikan bedak untuk merawat masalah jerawat.
  • Sangat berkhasiat dan dijadikan amalan terutama bagi wanita berkahwin.
  • Cekur turut digunakan untuk merawat masalah kelemumur.