khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 22 November 2013

masalah bekas garam tersumbat





Elakkan-Bekas-Garam-Tersumb


Adakah anda sering berhadapan dengan masalah bekas garam tersumbat? Untuk mengatasinya, masukkan sedikit beras ke dalam bekas penyimpanan terlebih dahulu. Kemudian setiap kali hendak menggunakan bahan itu, anda hanya perlu menggoncang bekas berkenaan sebelum membuka penutupnya.

Selepas ini anda akan mendapati masalah tersumbat tiada lagi. Selain beras, anda juga boleh guna cebisan biskut.



sumber dari: anjungseri.my

Garam pengubat darah tinggi







 Rasanya semua orang tahu, untuk meneutralkan bisa ular, bisa ular itu juga digunakan. Manakala untuk meneutralkan sesuatu virus, virus juga digunakan dan virus ini seterusnya dijadikan vaksin. Dalam erti kata lain jika doctor menyuntik vaksin dekat korang, ketahuilah dia sebenarnya menyuntik virus dalam badan korang. Tetapi virus yang sudah di neutralkan lah. Apa yang relax tau macam 2 la.
Berdasarkan apa yang di katakan di atas, boleh di simpulkan di sini bawasanya ubat untuk menyembuhkan virus/penyakit akan di cari menggunakan virus or penyakit tersebut (ayat pening sikit, sory la ye).
Seperti yang kita tahu, penyakit strok bermula dari darah tinggi dan salah satu punca darah tinggi adalah di sebabkan oleh pengambilan garam yang berlebihan.
Persoalan yang relax nak tanya sekarang ni dekat korang, bolehkah kita menggunakan garam untuk mengubati darah tinggi?
Jawapan ku boleh. Tetapi haruslah dengan cara yang betul. Banyak orang sekarang memasukkan garam ke dalam gulai dan sebagainya semasa sedang masak. Sebenarnya ini satu kaedah yang salah. Kaedah yang betul ialah membiarkan gulai tersebut selama 10 minit selepas di angkat dari api dan baru garam di bubuh di dalam gulai tersebut.
Ini kerana pantang garam adalah suhu panas, kerana apabila garam di panas kan maka sifat ion negative akan rosak. Ini bermakna yang hilang adalah klorida (Cl) berion –ve, yang tinggal hanyalah natrium ion +ve yang bersifat asid. Yang di perlukan dalam garam adalah klorida, ion –ve kerana klorida inilah yang memegang zat besi dan oksigen.
Jika klorida di dalam garam berkurangan ini bermakna oksigen di dalam garam akan berkurangan. Apabila oksigen di dalam garam berkurangan ini akan menyebabkan darah tidak boleh bergerak sendiri. Seterusnya jantung terpaksa pam darah dengan kuat. Pengurangan oksigen akan menambah carbon dioxide di dalam darah. Inilah yang di panggil darah tinggi.
Sebenarnya tugas jantung bukan mengepam darah dengan kuat, sebaliknya mengagihkan darah ke seluruh badan. Orang yang mengalami darah tinggi mempunyai degupan jantung yang kuat kerana kurang oksigen di dalam darah.
Berdasarkan ayat di atas dapat di ketahui disini, darah tinggi terhasil apabila element dalam garam di ganggu apabila kita memanaskannya.
Selain bersenam, cara lain untuk meningkatkan oksigen dalam darah ataupun mengelakkan darah tinggi ialah dengan mengambil garam. Cara mengambilnya pula hendaklah dengan air sejuk di waktu pagi terutamanya waktu sahur. Bila di gabungkan dengan air sejuk maka klorida lagi aktif. Oleh sebab itu, oxygen semakin tinggi dan seterusnya meningkatkan oxygen di dalam darah.
Ketahuilah, sebenarnya kita penyebab kepada penyakit darah tinggi dan bukannya garam.
Padahal dari satu hadis dari Abdullah bin Umar r.a., dari Nabi s.a.w., “Sesungguhnya Allah s.w.t menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan ) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.” (HR al-Baghawiy)
Sudah jelas di sini garam mempunyai banyak kebaikan sebenarnya dan bukan pembawa penyakit.
Sedangkan Nabi s.a.w sendiri turut mengamalkan pengambilan garam dalam kehidupan baginda seharian. Setiap kali keluar mengembara, baginda akan mengambil secubit garam sebelum mengambil makanan atau minuman.Tujuannya untuk menstabilkan fungsi badan supaya serasi dengan persekitaran baru, dan meningkatkan daya imun tubuh.
Kesimpulannya di sini garam mempunyai banyak kelebihan sebenarnya. Selain itu, garam juga boleh digunakan untuk menghilangkan marah, halau jin dan sebagainya.
Kalau nak tau lebih lanjut pasal garam cari la sendiri ye hehe.
Secara ringkasnya,
- Garam menjadi bahaya apabila kita memanaskannya.
- Darah tinggi terjadi apabila darah kurang oksigen dan menyebabkan jantung mengepam darah dengan kuat.
- Minum air sejuk bersama garam di waktu pagi sebaiknya waktu sahur jika mahu meningkatkan oksigen di dalam darah.
Info tambahan tapi tak pasti:
Pengambilan garam di waktu pagi adalah sunah.
Penambahan
Dari sudut kimianya, syaitan takut kepada orang yang bersabar kerana kandungan oksigen di dalam darah. Apabila kita marah, kandungan oksigen di dalam darah akan berkurangan dan ketika inilah bisikan demi bisikan datang. So, lepas ni kalau korang marah pastikan korang buat lah apa pun yang boleh meningkatkan oksigen dalam darah korang. Senang-senang makan je secubit garam kalau korang marah. Hehe.
Manakala dari sudut kimianya, jin takut kepada garam adalah disebabkan garam mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Oksigen adalah tertakluk di dalam sifat Nur. Jadi, inilah penyebab kenapa jin or sewaktu dengan nya takut dengan garam. Ini juga lah penyebab kenapa orang selalu guna garam untuk menghalau jin or sewaktu dengannya.
Tetapi hendaklah niat segala yang di buat hanyalah iktiar semata-mata dan Allah s.w.t lah penentu segalanya. Jangan pula beranggapan garam tersebut yang menghalau jin pulak ye.
Warning:

Memang garam itu banyak kelebihanya tetapi garam sekarang sudah di campur dengan bahan pencuci untuk memutihkan garam tersebut. So, faham-faham la ye.



sumber dari: relaxncool.blogspot.com

produksi garam Kab. Jeneponto





produksi garam Kab. Jeneponto



sumber dari: panoramio.com

Sodium Chloride







1 – Garam atau nama saintifiknya Sodium Chloride, terdiri daripada 2 komponen, iaitu 40% Sodium dan 60% Chloride.
2 – Dalam diet manusia, garam tergolong dalam kelompok mikronutrien – yakni nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang kecil saja. Kalau kurang akan mendapat penyakit, lebih pun akan mendapat penyakit. Ia bertanggungjawab membekalkan mineral “sodium” kepada manusia.
3 – Sodium sudahpun wujud secara semulajadi dalam semua makanan, maka pengambilan garam haruslah terkawal agar kuota pengambilan sodium anda tidak terlebih.
4 – Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sodium agak sukar berlaku kerana diet kita sendiri amat kaya dengan sodium. Makanan di sekeliling kita mengandungi sodium, meskipun makanan tu tak lah rasa masin mana pun.
5 – Sodium bertindak dalam mengawal jumlah air dalam badan (elektrolit), mengekalkan pH darah, membantu dalam transmisi isyarat saraf (neurotrasmitter) dan kontraksi otot.
6 – Sama seperti di UK, seorang dewasa di Malaysia harus mengambil garam tidak lebih 6g sehari (dalam satu sudu teh), manakala kanak-kanak pula haruslah kurang daripada itu.
7 – Secara purata, seorang dewasa di Malaysia mengambil garam sekitar 9g sehari, lebih banyak dari yang sepatutnya, dan kebanyakannya dari sumber makanan yang tidak sihat seperti makanan dalam tin, kerepek-kerepek, makanan segera dan beberapa jenis lagi makanan proses. Tidak mustahil juga akan ada dewasa yang mengambil sehingga lebih dari ini memandangkan 9g ini adalah sekadar nilai purata (9g adalah nilai tengah-tengah, ada yang ambil kurang dari itu, ada yang ambil lebih).
8 – Antara kesan ketara jangka masa panjang pengambilan garam berlebihan adalah masalah jantung dan juga penyakit darah tinggi (hypertension).
9 – Antara kaedah utama dalam mengurangkan pengambilan garam dalam sehari adalah kurangkan/berhenti makan kerepek jajan, kurangkan/berhenti makan makanan segera di luar (restoran makanan segera), sebaliknya lebihkan memasak sendiri makanan di rumah. Sudah pasti, kurangkan penggunaan garam dan tak perlu menggunakan penambah perisa (seperti Ajinomoto) ketika memasak.
10 – Jika ingin makan makanan dalam tin, pastikan tos dahulu makanan dalam tin sebelum menggunakannya. Peringatan juga buat abang-abang bina badan di luar sana yang sering menggunakan tuna dalam tin dalam kadar yang kerap.
11 – Baca dahulu label sebelum membeli kerana kebanyakan produk yang ada di pasaran sekarang ini rata-ratanya tinggi kandungan sodium. Kadang-kadang roti wholemeal yang menyihatkan pun mengandungi kandungan sodium yang tinggi, maka berjaga-jagalah.
12 – Selain roti, bijirin sarapan, biskut dan kek juga mengandungi sodium yang tinggi. Patutlah orang zaman sekarang ni mudah kena serangan jantung, ye tak? (tambah-tambah lagi kalau malas bersenam, just doubling the risk)
13 – Sekiranya anda gemar makan daging (lembu misalannya), maka lebih dari 1/4 kuota pengambilan sodium harian anda datang dari makanan ini.
14 – Sodium pada label makanan disukat dalam unit “miligram” (mg).

15 – Berapakah had maksima jumlah sodium yang anda perlu ambil dalam sehari? Mudah sahaja. Dalam (6) tadi aku memberitahu seorang dewasa tak boleh ambil lebih dari 6g garam sehari, atau bersamaan dengan 6000mg sehari, manakala garam terdiri daripada 40% sodium, maka dengan itu, 6000mg x 40% = 2400mg sodium sehari.



sumber dari: sususejat.com

Garam Buluh





image


Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.

Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.


Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.



sumber dari: mohamedazlan.wordpress.com