khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Monday, 2 September 2013

melegakan ketidakselesaan perut



Bunga lawang telah diambil selama berabad-abad untuk melegakan ketidakselesaan perut. Dalam perubatan tradisional cina, bunga lawang digunakan untuk pencernaan, menggalakkan kesihatan organ pembiakan wanita dan meningkat pengeluaran susu ibu. Herba ini tidak boleh digunakan semasa mengandung. Bunga lawang merangsang penghasilan telur dan meningkatkan libido.

Bunga lawang bersifat anti bakteria, anti septik dan anti kulat. Ia berguna untuk rawatan asma, bronkitis, batuk selsema, batuk kering dan tonik perut.

Minyak bunga lawang digunakan untuk melegakan ketidakselesaan abdomen, sakit sendi dan sakit belakang pinggang.

image

1 titik minyak bunga lawang dicampur dengan 1 sudu teh madu, diambil dapat melegakan kekejangan perut, senak, gas, kembung dan loya. Dalam dos yang kecil boleh meningkat peredaran darah, penafasan dan menguatkan jantung. Ia juga digunakan untuk merawat kudis dan jangkitan kutu. Walaupun minyak bunga lawang boleh membantu merawat keadaan kulit tertentu tetapi ia perlu dicairkan dengan losyen untuk mengurangkan risiko iritasi.

Jangan menggunakan minyak bunga lawang lebih daripada yang diarahkan, untuk mencegah kesan sampingan yang serius kerana minyak ini berpotensi toksik. Ia boleh menyebabkan takungan cecair dalam otak, sawan, mabuk dan menggeletar. Jadi bila nak guna minyak bunga lawang perlulah berhati-hati.
Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk. ;)


sumber dari: kasihilmar.com

merawat batu karang



Pokok kesum adalah sejenis herba biasa yang mudah tumbuh dan cepat membiak hanya dengan keratan batang. Ia memiliki aroma dan rasa yang unik dan sering dijadikan perencah dalam masakan atau dimakan sebagai pembuka selera.

image

Khasiatnya:
1) Air rebusan kesum diminum untuk merawat sakit reumatisme, membantu menghadamkan makanan dan menghapuskan cacing dalam perut dan usus.
2) Air rendaman diminum untuk merangsang kencing, merawat batu karang dan sakit perut.
3) Daun ditumbuk dan diambil jus, dicampur dengan sedikit air dan digosok pada kulit kepala dan rambut untuk merawat kelemumur.

Kelebihan yang ada pada setiap tumbuhan herba sebaiknya digunakan dan dimanfaatkan kerana sumber alam semulajadi mempunyai banyak khasiatnya yang sangat baik untuk kesihatan badan…


sumber dari: kasihilmar.com

cilantro dan coriander



Herba dan rempah yang turut dikenali sebagai cilantro dan coriander ini mempunyai banyak manfaat kesihatan. Sebelum ini saya pernah tulis tentang khasiat daun ketumbar (Cilantro). Mari kita tengok apakah kelebihan biji ketumbar (Coriander) …

Air biji ketumbar atau pun coriander ‘tea’ boleh membantu mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang mengeluarkan kahak, menaikkan selera, merendahkan gula dalam darah, merendahkan paras kolesterol, melegakan rasa loya, melindungi daripada jangkitan saluran kencing dan membantu penghadaman. Ia juga boleh merawat kembung perut, batuk, sakit tekak, insomnia, reumatisme, gout, ruam dan migrain.

Coriander and Cilantro are from the same plant.

image

Cilantro herb

image

Coriander Spice

image

Coriander ‘tea’. I like it, the taste is ok and the smell is nice :)

image

Cara mengambil:
1) Rebus 1 tsp biji ketumbar dengan 1 cawan air selama 10 minit. Tapis dan minum 1 cawan selepas makan
2) Rendam 2 tsp biji ketumbar dalam 1 cawan air panas selama 20 minit, tapis dan minum 1 cawan sehari.

Pengambilan berlebihan biji ketumbar boleh menyebabkan masalah kepada sistem saraf.

Jangan overdose ya!


sumber dari: kasihilmar.com

menurun tekanan darah tinggi



Pokok ketumbar jawa ini saya beli pada 3 bulan lepas. Tak sangka pula pokok ini hidup, sebabnya beberapa hari selepas saya pindahkan ia ke dalam pasu, pokok ini jadi kering, kekuningan dan macam dah tak nak hidup lagi, hehehe…

Alhamdulillah, sekarang nampaknya pokok ketumbar jawa saya ini, hidup dengan segar bugar sekali. ;)
Pokok ketumbar jawa boleh ditanam dengan biji atau keratan batang. Walaupun ia lebih dikenali sebagai herba masakan yang digunakan sebagai pengganti ketumbar, ketumbar jawa juga digunakan untuk tujuan perubatan. Namun begitu ia tidak sesuai digunakan sebagai ubat bagi wanita yang hamil atau yang ingin hamil.

Seluruh bahagian pokok ini digunakan untuk merangsang dan melawaskan haid, merangsang peluh, merawat demam panas, sakit perut, mengeluarkan angin dari perut dan usus dan menurun tekanan darah tinggi.


image


image

Daun muda ketumbar jawa berbau seperti daun ketumbar biasa dan ia boleh dibuat ulam atau pun di masukkan ke dalam masakan bagi menambah perisa…


sumber dari: kasihilmar.com

khasiat halba menakjubkan



Halba adalah rempah ratus yang sering digunakan untuk masakan. Bila saya terbaca sebuah hadis, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud ” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas”(books of sufi healing)


image


Ambil dalam bentuk kapsul yang paling mudah


image

Rasullullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud “Gunakanlah halba sebagai ubat” (qamus Al-Tibb)
Banyak khasiat yang didapati apabila kita mengambilnya dalam makanan atau dalam bentuk minuman cuma bila minum tahu ajelah rasanya taklah sedap, tapi yang pasti, InsyaAllah memang bagus untuk tubuh badan. Saya ambil dalam bentuk kapsul, mahal le sikit tapi senang, telan aje.

image

Buku untuk rujukan….

image

Dalam Bartram’s encyclopedia of herbal medicine:
1-2 sudu teh halba(tumbuk bagi pecah) dengan 1 cawan air dan rebus di atas api yang kecil selama 15 minit. minum air dengan halba.
Cubalah amal mengambilnya selama 3 bulan. InsyaAllah akan ada rasa kelainan pada tubuh badan….
Wanita arab suka mengambil halba ni untuk cantikkan buah dada. Bagi ibu yang menyusu, halba menambahkan susu badan.

Baik untuk orang yang menghidap kencing manis, menurun paras gula tapi kena hati2 juga janganlah biarkan paras gula terlalu rendah, bahaya nanti(Bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis), Ia juga merendahkan kolesterol, membantu melegakan batuk yang kronik, bengkak gusi, pembuka selera, sakit dalam perut, hernia dan banyak lagi manfaatnya.

Halba senang didapati di kedai2 runcit dan di supermarket. Murah pulak tu. Selamat dimakan sebab tu halba sering dimasukkan dalam masakan. Selain berkhasiat halba juga mengharumkan masakan.
Kita tidak akan dapat merasakan kebaikan satu2 herba itu pada tubuh badan melainkan mengambilnya untuk satu jangka masa, cubalah selama dua tiga bulan.


sumber dari: kasihilmar.com