khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Sunday, 2 June 2013

Minyak buah keras untuk lebatkan rambut






Cara nak menyediakannya tak susah kata mak aku .. Masak santan sampai keluar minyaknya .
Pastu asingkan minyak tu dan kemudian tumbuk buah keras hingga hancur ..
Pastu campurkan kedua duanya .. Jumlah santan yang digunakan , banyak yer .. Kasi sejuk ,
baru letak skit kat kepala baby .. Rambut Qhaliff yang kasar selama ni , dah lembut ..


sumber dari: benashaari.com

Miliki Kening Yang Cantik






Miliki kening yang cantik menjadi keinginan kepada setiap wanita namun ada sesetengah wanita yang tidak tahan untuk mencabut atau mencukur bulu kening mereka. 


Berita baik kepada mereka yang inginkan kening terbentuk dengan lebih semula jadi tanpa sebarang sakit iaitu dengan mneggunakan minyak buah keras atau candlenut.

Bakar buah keras dan tumbuk sehingga halus dan keluar minyaknya. Sapu minyak buah keras tadi ke kening dan biarkan seketika. Jadikan amalan dan InsyaAllah ia akan membentuk kening yang cantik.


sumber dari: dalamcantik.com

Candle Nuts



Kemiri Nuts are originally from Malaysia and Indonesia. 
The latin name of the tree is Aleurites Moluccana.
Because of their high oil content, Kemiri Nuts are also named Candle Nuts.
In Malaysia they are named Buah Keras.


Photo of Kemiri Nuts or Candle Nuts - by Hot Smoke BBQ

Because of their high fat content, Kemiri Nuts are also named Candle Nuts.


sumber dari: hotsmokebbq.com


tuam untuk merawat sakit kepala



Banyak bahagian Pokok Buah Keras telah digunakan sebagai ubat tradisional di kebanyakan kawasan yang ia merupakan pokok asli.

Minyaknya merupakan perengsa dan pencahar, dan kekadangnya digunakan seperti minyak jarak. Ia juga dipergunakan sebagai peransang rambut atau penambah kepada sistem-sistem rawatan rambut. Isirungnya boleh digunakan sebagai ubat julap manakala di Jepun, kulit batangnya telah dipergunakan untuk merawat tumor.




 Di Sumatera, biji-bijinya ditumbuk lalu dibakar dengan arang untuk disapu pada bahagian pusat badan supaya dapat merawat cirit-birit manakala di Pulau Jawa pula, kulit batangnya dipergunakan untuk merawat cirit-birit dan disentri. Isirung yang dijadikan pulpa atau daun-daun yang direbus digunakan
di Malaysia  sebagai tuam untuk merawat sakit kepala, demam, ulser, sendi bengkak, dan gonorea. 


sumber dari: mikohiro.blogspot.com

buah keras dibakar untuk dijadikan lampu



Di Hawaii, buah keras juga dipanggang dan dicampurkan dengan pes bergaram untuk menjadi perasa yang dikenali sebagai inamona. Inamona ialah ramuan utama dalam poke, makanan tradisional Hawaii. Pokok ini juga merupakan pokok rasmi Hawaii

Di Tonga  sehingga hari ini, buah keras yang masak yang dipanggil oleh mereka sebagai tuitui dipukul sehingga menjadi pes tukilamulamu  dan dipergunakan sebagai sabun atau syampu.




Pada zaman kuno di Hawaii, buah keras dibakar untuk dijadikan lampu. Buah-buah keras dicucuk pada tulang daun kelapa, dan dibakar satu persatu pada setiap lebih kurang 15 minit. Ini menyebabkannya digunakan untuk mengukur masa. Seseorang boleh mengarahkan orang lain supaya kembali sebelum buah keras kedua habis dibakar.

sumber dari: mikohiro.blogspot.com