khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 16 November 2012

madu pembunuh bakteria jahat





Kajian Universiti Ottawa menunjukkan Madu Yaman Sidr berkesan untuk membunuh tiga jenis bakteria jahat:
1. MSSA (Methicillin-susceptible Staphylococcus Aureus), boleh dibunuh sehingga 63%.
2. MRSA (Methicillin-resistant Staphylococcus Aureus), sehingga 73%.
3. PA (Pseudomonas aeriginosa), sehingga 91%.


sumber dari: webmd.com

madu untuk bayi yang baru lahir





- Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.

- Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.

- Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.

- Mengelak dari kembung perut bayi.


sumber dari: madulebahku.blogspot.com

fakta tentang madu yang kita telah lupa






Keistimewaan madu lebah telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud 
“Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia”, (An-Nahl:69).
World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China mengakui bahawa madu lebah mengandungi GLUKOSA dan FRUKTOSA yang mudah dihadam. Apabila dicampur dengan air, ia meresap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.
Madu lebah juga mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5 dan Vitamin C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi. Pakar dari Poland memberitahu persidangan bahawa madu lebah berkesan dalam merawat Penyakit Buasir, Penyakit Kulit dan Penyakit Puan.
Ibn Qayyim al-Jawziyah (691-751) menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal “Zad al’ Mi’ad fi Huda Khayri al Ibad”: 
Jika Habbatus Sawda’ dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu. Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak Habbatus Sawda’ ke atas anggota badan. InsyaAllah akan sembuh dari lumpuh.
sumber dari: mypustaka.wordpress.com


madu adalah makanan terbaik






Madu mempunyai pelbagai khasiat terutama dari dalam janin sehinggalah lanjut usia,madu dikatakan mampu memperkuatkan janin yang lemah dalam kandungan ( rahim ).Ibu Hamil yang mengamalkan madu dapat membantu menjaga stamina dan kesihatan semasa mengandungkan bayi serta membantu pertumbuhan janin yang sihat selama sembilan bulan dalam kandungan.

Bagi membantu perkembangan otak bayi, amalan memakan madu adalah bagus untuk perkembangan kanak-kanak berusia 5 tahun. Pertumbuhan dan perkembangan otak sangat berkait rapat dengan kecerdasan pikiran (IQ ) dan kecerdasan mental ( EQ ) .

Anak-anak digalakkan memakan madu bagi membantu nafsu makan meningkat kerana terdapat vitamin B dalam madu, anak menjadi semakin sihat , lincah dan riang serta tahan penyakit. Bagi remaja yang mengamalkan madu pada akil baligh mampu mempercepatkan pertumbuhan tubuh menjadi lebih sihat dan sempurna.

Apabila meningkat dewasa pula dengan pelbagai tugas dipejabat yang menyebabkan seseorang itu mudah mengalami stress sehingga tubuh menjadi lemah dan mudah diserang penyakit , madu adalah makanan tambahan terbaik.

Madu adalah makanan terbaik yang sangat diperlukan bagi orang yang lanjut usia, kerana madu adalah sumber energi dan gizi yang dapat diserap oleh tubuh , dimana pada usia tersebut organ pencernaan sudah mulai kurang.



sumber dari: drrozmey.wordpress.com

gunakanlah dua penawar, iaitu Al-Quran dan madu





































Mengandungi vitamin A,B, C dan E. Dikenali sebagai Makanan Bidadari di Syurga.


Rasulullah S.A.W bersabda:-

“Barang siapa yang menjilat madu 3 kali di dalam sebulan, maka di hindari dari penyakit berat” 

(Abu Hurairah)

“Gunakanlah dua penawar, ia itu Al-Quran dan Madu”. 

(Abdullah Bin Ma’ud)

Riwayat dari Saidina Ali r.a. :- 

“Sebaik-baik (semulia) minuman adalah Madu”.


“Kebenaran wahyu ILLAHI telah terbukti apabila saintis dari beberapa negara termasuk dari Amerika yang berkumpul di World Apiculture Conference yang di adakan pada 20-26 September 1993 di China mengakui bahawa Madu Lebah mengandungi GLUKOSA dan FRAKTOSA yang menghadhamkan. Apabila di campur dengan air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa 7 MINIT dan dapat di manfaatkan sepenuhnya oleh otak. Di persidangan yang sama para saintis telah memberi penerangan kepada perwakilan bahawa madu lebah juga mengandungi : Vtamin B1, B2, B3, B5 dan C. Di samping Magnesium, Photaasium, Kalsium, Sodium, Klorin, Belerang dan Zat Besi. Selain itu madu lebah juga boleh merawat penyakit buasir, penyakit kulit dan penyakit puan.”
 



sumber dari: kedaibestari.com