khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 9 November 2012

bunga jintan manis






rawatan alternatif H1N1





Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.

Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.

Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.

Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.


sumber dari: pastiadammakchili-pastiadammakchili.blogspot.com

melegakan kesakitan






Jintan manis merupakan sejenis rempah yang selalu digunakna didalam masakan seprti kari, rendang dan lain lain. Nama sains jintan manis adalah Pimpinella anisum.

Jintan manis banyak khasiatnya. Ia dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.Selain itu juga,jintan manis ini dapat membuang lemak di pangkal peha dengan cara rebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga mendidih,selepas itu biarkan sejuk.Amalkan meminum air rebusan jintan manis ini pagi dan petang selama empat minggu.



sumber dari: inaikurung.blogspot.com

Saturday, 3 November 2012

kas-kas - koca kaci




Kuliner nusantara, khusunya masakan daerah Sumatra dan Aceh sangat kaya akan pengunaan bumbu dan rempah. Salah satunya adalah kas-kas atau white poppy seed (Papaver somniferum). Bumbu ini adalah adalah biji dari tanaman Poppy. Masarakat Timur Tengah mengenalnya dengan sebutan kashakish, karena susah mengejanya maka masarakat kita menyebutnya dengan kas-kas.


Rasa bumbu ini sedikit pedas, hampir menyerupai rasa lada namun tidak beraroma lada. Bumbu yang oleh masarakat Aceh disebut koca-kaci ini biasanya ditambahkan dalam masakan kari, gulai, mi aceh, soto banjar, taburan kue basbousa, taburan roti maupun bumbu nasi kebuli.

Bumbu ini akan meningkatkan rasa gurih, memberi efek rasa kental dan gurih seperti kemiri pada hidangan berkuah seperti soto dan kari. Kas-kas juga memberikan sedikit sentuhan rasa pedas. Selain varietas putih, kas-kas juga ada yang berwarna hitam. Bumbu dijual di gerai bumbu kering pada swalayan terkemuka.


sumber dari: budiboga.blogspot.com

kas-kas memudaratkan orang ramai





MELAKA 3 Julai – Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof berkata, beliau mendedahkan isu penggunaan `kas-kas’ atau biji popi dalam masakan di restoran mamak pada sidang Parlimen baru-baru ini atas dasar tanggungjawabnya kerana percaya bahan perangsang itu boleh memudaratkan orang ramai.

Katanya, beliau tidak mempunyai niat buruk di sebalik pendedahan itu tetapi kerana bimbang ia boleh memberi kesan jangka panjang kepada orang ramai tanpa disedari. Ini kerana menurutnya, bahan perangsang itu boleh menyebabkan rasa mengantuk serta memberi kesan seperti ganja dengan membuatkan mereka yang memakan makanan itu ketagih.

“Saya tak ada niat yang tidak baik, saya juga wakil rakyat kedai kopi dan salah seorang pelanggan tetap restoran mamak, saya cuma bimbang kesan `kas-kas’ itu boleh menyebabkan berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya. “Saya harap tidak timbul salah faham mengenai perkara ini di kalangan pengusaha restoran mamak kerana pada saya jika bahan itu memudaratkan tak perlulah kita gunakan sebagai penyedap dalam masakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Pada 23 Jun lepas, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2005 bagi bacaan kali kedua, Mohd. Said mendedahkan terdapat pengusaha restoran mamak yang menggunakan `kas-kas’ sebagai resipi untuk menyedapkan makanan sehingga membuat orang ramai ketagih makanan di restoran itu.

Pendedahannya menimbulkan kemarahan dan kecaman Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim Malaysia (Presma) terhadapnya. Sejak pendedahan beliau itu, penggunaan biji `kas-kas’ mula diperkatakan secara terbuka di kalangan masyarakat apabila dimaklumkan bahawa biji itu adalah biji pokok popi dan getah daripada bunganya boleh menghasilkan candu. Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad mengesahkan bahawa penggunaan `kas-kas’ dalam makanan adalah diharamkan kerana menyalahi Akta Makanan 1982 dan bahan itu tidak pernah dibenarkan dijual kepada orang ramai.
Mohd. Said menarik perhatian, beliau mengetahui mengenai kesan buruk `kas-kas’ melalui rakannya yang makan nasi di restoran mamak di Melaka sebelum menaiki bas untuk ke Singapura telah didapati positif dadah apabila diperiksa oleh pihak berkuasa negara itu. “Saya dapat tahu perkara ini daripada kawan saya, dia makan nasi kira-kira pukul 10 pagi dan naik bas pukul 11 pagi. Semasa tiba di Singapura pihak berkuasa di sana membuat pemeriksaan rambang air kencing dan dia didapati positif dadah gara-gara makan nasi di restoran mamak,” jelasnya. Malah tambah beliau, untuk membuktikan kesan `kas-kas’ ini seorang rakan di Parlimen pernah meletakkan biji bahan perangsang itu dalam tembakau rokok sebelum menghisapnya. “Tidak sampai lima minit selepas itu beliau tertidur kerana terlalu mengantuk. Mohd. Said memberitahu, biji kas-kas mudah didapati di kedai-kedai runcit yang menjual rempah. Sehubungan itu, pihak berkuasa perlu meningkatkan penguatkuasaan terhadap bahan yang diharamkan itu.


sumber dari: utusanmalaysia4julai2005