sumber dari: resipidiana.blogspot.com
khazanah alam
dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....
Friday, 2 November 2012
pecal ayam......harum memikat
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam bersaiz sederhana, kerat 2, buang kulit, cuci bersih dan cucuk dengan garfu
1 1/2 inci halia, ditumbuk lumat
1 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
3/4 camca teh garam
3 helai daun cekur, mayang halus
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1 1/2 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 inci isi cekur
1 inci belacan, dibakar
15 biji cili padi kampung
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam dilumur dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk halus, 3/4 camca teh garam hingga rata. Perap 30 minit. Kemudian panggang hingga masak, kurang lebih 20 minit untuk setiap bahagian. Biar sejuk, kemudian potong pada saiz sederhana dan susun dalam mangkuk. Ketepikan.
- Dalam periuk satukan santan, bahan tumbuk halus, kacau rata dan masak atas api kecil hingga panas, tak perlu mendidih. Masukkan garam secukup rasa, sedikit gula, 1/2 bahagian hirisan daun cekur dan jus limau katuri. Kacau rata, rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Tuang kuah tadi atas ayam, hias dengan baki hirisan daun cekur dan kalau suka boleh juga hias dengan cili padi. Hidangkan bersama nasi hangat.
sumber dari: tiffinbiru.com
Labels:
cekur
petua menambahkan seri wajah
Giling hingga lumat 7 mata kunyit, segenggam pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis. Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tersebut pada seluruh muka dan badan anda secara perlahan-lahan hingga daki keluar.
sumber dari: epetua.com
Labels:
cekur
ayam masak pecal lemak cili api
1 ekor Ayam ( Belah 2 atau 4 kemudian dibersihkan )
2 inci halia
1 labu bawang besar
1 inci belacan bakar
3-4 biji ubi cekur atau kencur
6-10 helai daun cekur ( dihiris nipis-nipis )
10 – 20 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini )
1 mangkuk santan pekat ( 1/2 biji kelapa di kisar dengan 1 mangkuk air suam- ambil santannya)
Garam secukupnya
gula secukupnya
jus limau secukupnya
serbuk perasa
Cara Penyediaan
1. Tumbuk halia bersama garam kemudian lumur pada ayam tadi.
2. Kukus ayam hingga empuk.
3. Sementara ayam empuk buat sos pecal.
4. Tumbuk cili padi, belacan, biji cekur, bawang besar hingga lumat.
5. Kemudian satukan bahan tumbuk, santan, gula, garam, perasa, jus limau serta daun cekur yang telah dihiris.
6. Kacau sebati dan sesuaikan rasanya.
7. Bila ayam empuk potong2kan ayam tadi dan susun atas pinggan.
8. Kemudian curahkan sos pecal lemak tadi atas ayam.
9. Bolehlah dihidangkan.
*** Kalau santan tu diperah menggunakan air yang tak masak boleh panaskan santan tersebut atas api…. kacau selalu jangan sampai pecah!!! kemudian baru satukan dengan bahan2 lain.
sumber dari: potretkasih.com
Labels:
cekur
Subscribe to:
Posts (Atom)