khazanah alam
dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....
Friday, 3 February 2012
perbezaan lada putih n hitam
Piper P. nigrum (lada) menghasilkan lada hitam dan lada putih. Lada hitam yaitu buah lada yang belum masak dikeringkan bersama kulitnya hingga kulit keriput dan berwarna hitam. Lada putih yang berasal dari buah lada yang masak yang setelah diberssihkan dari kulitnya lalu dikeringkan, hingga berwarna putih.
Labels:
lada putih
penanaman lada putih di Malaysia
Kita menyedari bahawa keperluan rempah ratus dibawa dari negara india, tetapi di kepulauan melayu juga kemudiannya telah ditanam dengan tanaman lada yang juga merupakan antara bahan untuk rempah.
Jika berpandukan rekod daripada kerajaan negeri johor, sebanyak 69,000 pikul lada telah dieksport pada tahun 1912. Ini menunjukkan bahawa ketika itu, bertapa pentingnya lada ketika itu untuk dihantar ke negara-negara beriklim sejuk bagi digunakan dalam masakan dan juga sebagai antara salah satu bahan pengawet bagi hasilan daging dan sebagainya. tanaman lada di Malaysia amat terkenal dengan penanaman komoditi ini di negeri Sarawak, bumi kenyalang. namun, selain sarawak, tanaman ini juga pernah ditanam di negeri johor.
Tanaman ini mula diberi perhatian sejak tahun 1970-an. Pada ketika itu, Malaysia merupakan pengeksport utama dunia. Walau bagaimanapun, pada lewat 10 tahun kebelakangan ini ranking itu telah menurun akibat daripada pengeluar-pengeluar daripada negara-negara asing telah menyaingi pengeluaran Malaysia kerana mereka juga nampak akan potensi tanaman ini dipasaran dunia. Kini negara vietnam menduduki tangga teratas dalam pengeksportan lada dunia apabila antara tahun 2008-2010 negara berkenaan mengeksport sebanyak 95,000 tan lada diikuti Brazil sebanyak 32,000 tan, India 25,000 tan, Indonesia 27,764 (kedudukan india dan indonesia dibandingkan juga dengan jumlah pengeluaran hasil ) dan Malaysia menduduki peneksport dunia di tangga yang ke-5 dengan jumlah eksport komoditi ini sebanyak 14,500 tan.
Potensi besar dalam pasaran dunia ke atas permintaan lada ini telah membuka mata banyak negara-negara lain untuk turut melabur dalam industri tanaman lada. Antara negara yang mula meningkat naik adalah China yang berada ditangga ke-6 dunia dengan jumlah eksportnya kini sebanyak 7,000 tan metrik. angka ini pastinya berubah dari tahun ke tahun dan Malaysia perlu dilihat sebagai kuasa besar dan memainkan peranan selaku penentu harga dunia apabila melakukan sesuatu untuk menggandakan jumlah penegluaran dan eksport dunia sekaligus menjadi dominasi kepada negara-negara pengeluar yang lain.
Labels:
lada putih
lada putih -data dari teman
Famili : Piperaccae
NAMA SIMPLISIA Piperis nigri Fructus; Buah Lada hitam. Piperis albae Fructus; Buah Lada putih.
Daerah : Sahang, Merica,
Sifat Kimiawi :
Mengandung minyak lada (berbau phellandren), alkaloida (piperine), minyak lemak, chavisin dan pati.
Efek Farmakologis :
Dalam pengobatan China memiliki rasa pedas, hangat, sedikit pahit dan anti piretik. Penyegar dan penghangat badan, merangsang semangat, merangsang keluarnya keringat dan obat sesak napas.
Zat Aktif – Kamfeina : merangsang timbulnya kejang; Boron : merangsang keluarnya hormon, androgen dan estrogen, mencegah keroposnya tulang; Calamene : Merangsang semangat; Carvacrol : menghambat prostagladin, penyegar, relaksasi otot, menghilangkan kelelahan; Chavicine : merangsang semangat.
Wilayah :
Tanaman ini biasa ditanam di halaman dan di kebun yang bertanah gambur dan subur. Biasanya sering dijumpai di daerah Bangka, Lampung, Kalimantan dan Aceh. Tanaman ini merupakan tanaman untuk bumbu ataupun obat-obatan.
Uraian tanaman :
Tanaman herba tahunan, memanjat. Batang bulat, beruas, bercabang, mempunyai akar pelekat, warna hijau kotor. Daun tunggal, bulat telur, pangkal bentuk jantung, ujung runcing, tepi rata, panjang 5-8 cm, lebar 2-5 cm, pertulangan menyirip, warna hijau. Bunga majemuk, bentuk bulir, menggantung, panjang 3,5-22 cm, warna hijau. Buah buni, bulat, buah muda berwarna hijau dan setelah tua berwarna merah.
Kandungan kimia :
Buah pada tanaman ini mengandung zat-zat : Piperin, piperidin, pati, protein, lemak, asam-piperat, chavisin dan minyak terbang (felanden, kariofilen, terpen-terpen)
Bagian tanaman yang digunakan :
Akar dan Biji.
Cara Budidaya : Menggunakan biji dan setek, cukup sinar matahari dan agak terlindung.
Penyakit Yang Dapat Diobati :
SIFAT KHAS Pedas, menghangatkan, dan melancarkan peredaran darah.
KHASIAT Karminatif, diaforetik, diuretik, dan analgesik.
PENELITIAN Nurendah P. Subanu, Bambang Wahjoedi, Oswald T. Tampubolon, dkk. Pusat Penelitian Farmasi, Badan LITBANGKES DEPKES. Telah melakukan penelitian pengaruh buah Lada dan buah Cabai Jawa, terhadap kehamilan mencit. Dari hasil penelitian tersebut, ternyata buah Lada dan buah Cabai Jawa pada takaran yang cukup besar, dapat menyebabkan resorpsi janin mencit. Errasmus S., Sasmitadimedja, Adjad S., dkk. Bagian Farmakologi, FK UNPAD. Telah melakukan penelitian infus buah Lada terhadap efek menghilangkan rasa nyeri pada mencit. Dari hasil penelitian tersebut, ternyata pemberian per oral infus dengan takaran 500 mg/kg bb, menyebabkan perpanjangan waktu reaksi (PWR), sama dengan PWR untuk parasetamol den gan takaran 250 mg/kg bb, dan lebih pendek dari PWR untuk metamizol dengan takaran 250 mg/kg bb. Sunaryo Sarwono,1988. Fakultas Farmasi, UGM. Pembimbing: Drh. Daryono, M.Sc. Ph.D., dan Dr. C.J. Soegihardjo, Apt. Telah melakukan penelitian pengaruh pemberian seduhan serbuk buah Lada hitam terhadap hepatotoksisitas parasetamol pada mencit jantan. Dari hasil penelitian tersebut, ternyata seduhan serbuk Lada hitam pada dosis 305,76 mg/kg bb yang diberikan secara bersama-sama dengan pemberian parasetamol dosis 250 mg/kg bb dapat menghambat proses hepatotoksis pada mencit.
Penyakit yang dapat disembuhkan dan cara penggunaannya.
Asam urat : Digunakan bersama sambiloto, temulawak, komprey
Sakit kepala : Digunakan bersama Jahe dan bahan lain.
Sebagai karminatif : Dosis 300 – 600 mg, disedu dan diminum
Campuran Obat
Mengusir serangga dari ruang tertutup : Daun lada kering ditaruh dilemari
Labels:
lada putih
lada putih ubat penyakit angin
Orang yang menghidapi penyakit angin dan sering merasa sejuk perlu minuman campuran berikut tiap-tiap hari. Campuran tersebut ialah cengkih dan lada putih atau lada hitam .
Bahan – bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus. Campuran tersebut hendakalah diayak terlebih dahulu . Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus. Sebuk tersebut kemudian dicampur dengan setengah cawan air suam diminum tiap-tiap pagi atau malam sebelum atau selepas makan.
Ubat ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam badan dan memanaskan badan yang sejuk.
Labels:
lada putih
Subscribe to:
Posts (Atom)