khazanah alam
dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....
Wednesday, 9 November 2011
cekur merah
Dah lama pokok ni ada kat laman. Tapi saya tak pernah tahu yang rupa2nya ia adalah sejenis cekur. Selama ini saya ingat ianya tak lebih dari sejenis pokok hiasan yang keluarkan bunga kaler purple yang cantik.
Namanya Cekur Merah dan termasuk dalam famili Zingiberaceae. Ohh takde la nak sebut nama famili dia tu kalu ada memember tanya, pakai sebut cekur merah je la... hehe
Jom tengok fakta mengenainya:
"Isi cekur merah boleh dibuat ubat untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit kulit. Caranya adalah dengan mengambil isi cekur merah yang segar sebesar jari manis dan sepanjang 0.5 cm lalu dibersihkan dan dimakan. Selain berkhasiat ubatan, cekur merah ditanam sebagai pokok hiasan. Isinya boleh digunakan dalam masakan."
Labels:
cekur
urap pegaga daun cekur
Orang2 jawa memang suka makan urap2 macam ni, kira salah satu benda penting untuk nasi "ambeng"...alah nasi yang makan dalam dulang beralas daun pisang tu..dan di letak pelbagai variasi lauk, tapi semua lauk-pauk jenis kering2..tak boleh yang berkuah....Resipi urap ni biasa2 saja, macam orang lain buat juga...tapi mat letak juga lah resipi senang ni, kot2 ada sesiapa nak try buat nanti.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g pegaga yang telah siap di bersihkan, cuci dan tosk kering
10 helai daun cekur yang muda, cuci, tos dan dimayang halus
1 cawan kelapa parut putih
1 1/2 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit, toskan*
3 biji cili merah*
3 cm isi cekur*
1 cm kunyit hidup*
1 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah*
1/2 inci belacan*
1 camca teh gula*
Sedikit garam*(*ditumbuk lumat)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Pegaga tadi dibuang akarnya, hiris kasar. Daun cekur dimayang halus. Ketepikan. Kelapa parut tadi disatukan bersama bahan tumbuk lumat dan gaul rata2, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam.
- Gaul kelapa tadi bersama pegaga dan daun cekur, rata2. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit. Angkat dan hidangkan bersama nasi.
Labels:
cekur
ayam masak lemak cekur
Resepi:
1 ekor ayam -nk guna ikan pn boleh gak...
(dipanggang..ttp ibu nie tramat rajin so goreng jelh...)
3 keping Tempe
(pn sama dipanggang...ibu goreng gak...rajinkan menantu Mak!!!)
santan pekat.
Minyak untuk menumis
Asam keping
sedikit garam dan gula....
daun cekur dihiris nipis2....
daun cekur dihiris nipis2....
Bahan A (Kisar)
4 ulas bwg merah
2 bawang putih
4 biji cili padi (lagi best colour hijau tu...)
sedikit ubi cekur
sedikit belacan ( ibu xguna cz alah dgn belacan)
*semua bahan A digoreng dlm minyak n pastu toskan dan baru dikisar....
Cara:
Guna minyak yang digunakan menggoreng bahan A tadi.
Tumis bahan A yg telah dikisar sampai naik bau.
Masukkan santan dan kacau hingga sebati.
Masukkan asam keping.
Masukkan ayam dan tempe yang siap dipanggang/goreng.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tutup apa dan hiris daun cekur dan tabur di atas.
Siap utk dimakan........
Labels:
cekur
Subscribe to:
Posts (Atom)