khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Sunday, 6 November 2011

nasi goreng daun kesum












Resepi Nasi Goreng Daun kesum
  • 4 mangkuk nasi sejuk ( anggaran 4 org makan )
  • 100 g daging ( potong kecil2 )
  • 4 ulas bawang putih- ditumbuk
  • 2-3 biji bawang merah ( ikut saiz ) – ditumbuk
  • 6 biji cili api -ditumbuk
  • 1/2 inci belacan – ditumbuk
  • 2 biji telur
  • sos tiram secukupnya
  • 10-15 helai daun kesum – di hiris nipis2
  • garam secukupnya
Cara Penyediaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi, kemudian masukkan daging dan sos tiram.
2. Masak seketika hingga daging empuk kemudian masukkan nasi sejuk.
3. Kacau rata nasi tadi kemudian sesuiakan rasanya.
4. Last sekali baru masukkan daun kesum, kacau seketuka dan tutup api…

gambar kesum di Nagoya

lagi seorang teman mengirimkan gambar pokok kesum yang ditanam seorang kenalan di Nagoya..
musim salji pun hidup lagi beb....
thanks for sharing all photos.....

















kesum subur dan berbunga

seorang blogger menceritakan pengalaman menanam pokok kesum di Jepun...
jangan marah eekkkk....
sekadar dijadikan panduan.......







Entah tahun lepas atau dua tahun lepas, saya tak ingat lagi, ada seorang blogawan menunjukkan gambar daun kesum yang tumbuh melebat dan hijau di dalam pasu tandas yang mereka tidak guna lagi. Kalau blogawan itu membaca entri ini, silalah beri salam (jahrera dah lupa namanya, hanya teringat entri yang ada gambar kesum itu saja). Tak rugi memberi salam sebab selepas melihat kesumnya, jahrera membuat doa inginkan kesum selebat itu.
Masa itu sudah membuat berbagai percubaan menanam kesum tapi gagal. Tanam dalam pasu berisi air, gagal. Tanam di pasu tanpa air juga gagal.
Jahrera bawa balik dari Msia segenggam akar kesum yang dibalut dalam kapas. Sembunyikan ke dalam bagasi baju supaya tidak dikesan kastam Jepun.
Semuanya layu, mungkin waktu menanamnya bukan musim yang serasi untuk anak kesum itu.
Yang tinggal hanya sebatang, hidup malu, mati tak mau.

Jahrera minta otto tanamkan ke tanah dan kencingkan kesum yang sebatang terakhir itu.
Dalam air kencing manusia ada berbagai bahan seperti urea, sulphur dll yang boleh dijadikan baja.

Tengoklah selepas setahun, kesum yang sebatang itu subur dan berbunga. Alhamdulillah, sungguh gembira tak terhingga bila melihat bunga kesum ini.


info kesum dari pak lang










biasanya daun kesum ditanam di kawasan berair..seperti di kawasan berpaya, ada juga di tanam di dalam kolam. daun kesum banyak digunakan ketika memasak terutamanya ikan air tawar.. seperti ikan haruan,keli dan patin. antara masakan itu adalah seperti asam pedas tempoyak ikan patin. antara sebab daun kesum digunakan untuk hilangkan bau hanyir ikan air tawar di samping daun kesum sendiri baunya agak kuat serta rasanya agak pedas..cara untuk menanam daun kesum agak mudah..ambil rantingnya yang agak tua dan pacak saja di dalam tanah..yang penting tanah itu mesti berair..daun kesum membiak dengan cara ia akan merebahkan diri bila ianya tinggi dan ranting tu akan terkena tanah..lalu ia akan keluar akar dan tunas baru...

antara khasiat kesum






Daun kesum memang tidak asing dikalangan masyarakat Melayu. Ia sering dicampurkan kedalam laksa dan masakan asam pedas. Selain mengenakkan makanan, adakah anda tahu bahawa ia mengandungi banyak khasiat. Diantara khasiatnya adalah :

1. Air rebusan daun kesum jika diminum dengan teratur, mampu mambantu memulihkan masalah makanan tidak hadam di dalam perut. Ia juga baik diamalkan oleh wanita yang baru melahirkan anak.


2. Air dari daun kesum yang ditumbuk jika disapukan di kepala, mampu mengatasi masalah kelemumur.

3. Daun kesum kaya dengan beta kerotina, vitamin A, vitamin C dan bahan galian seperti kalsium, kalium dna fosforus.

4. Sifat semulajadinya yang beraroma boleh digunakan untuk menghasilkan pati minyak yang dipercayai berpotensi tinggi dalam industri wangian dan perisa.