khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Sunday, 6 November 2011

kesum -gambar kat rumah kawan















tak jaga pun.....
tapi, nampak subur kan....

kesum -ubat kelemumur

dikatakan daun kesum boleh mengurangkan masalah kelemumur...
betul ke?
sebelum mencuba, pastikan rujukan anda...jangan lakukan kalau tak pasti...












Daun kesum ditumbuk lumat hingga keluar lendir. Lendir tersebut dicampurkan dengan sedikit air lalu disapukan pada kulit kepala. InsyaAllah masalah kelemumur tidak lagi membelenggu.. :)

kesum -sumber seorang sahabat




Nama Botani

Polygonum minus Huds

Nama lain

Phak phai (Thailand), Knotweed (Inggeris)

Famili

Polygonaceae

Pengenalan

Tanaman kesum (Polygonum minus) berasal dari kawasan Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia. Ia didapati tumbuh liar, terutama di kawasan lembap seperti di tepi parit atau dekat dengan sungai dan tasik. Ia juga didapati hidup dengan subur di kawasan sejuk di tanah tinggi seperti di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Kesum merupakan tanaman herba yang renik, lampai, menjalar dan boleh tumbuh mencapai ketinggian 1.0 m di dataran rendah dan sehingga 1.5 m di tanah tinggi. Daunnya panjang dan runcing berbentuk anak panah, 5−7 cm panjang dan 0.5–2.0 cm lebar. Ia tersusun secara berselang pada batang, berwarna hijau tua dan sangat aromatik. Batangnya berbentuk silinder, berwarna hijau dengan sedikit kemerah-merahan, dan mempunyai buku dan ruas yang pendek yang mudah berakar. Bunganya pula terdapat di hujung pucuk, berbentuk kecil dan berwarna putih keungu-unguan. Pada amnya terdapat dua jenis kesum, iaitu yang lebih merayap/menjalar dan yang tumbuh agak menegak.

Khasiat dan Kegunaan

Tanaman kesum sangat popular di kalangan penduduk Malaysia sebagai bahan perencah/perisa di dalam banyak jenis makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas. Ia juga boleh dimakan terus sebagai ulam ataupun dibuat kerabu. Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin. Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.

Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia `aliphatic aldehyde’ yang tinggi (60%), dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal. Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ini disebabkan tidak banyak terdapat bahan semula jadi ini di pasaran.

kesum -sumber mardi










Nama Saintifik: Polygonum minus Huds
Penanaman: Bahan tanaman boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan batang. Kesum boleh ditanam pada jarak tanaman 25 cm antara pokok dalam baris dan 55 cm antara baris. Pengutipan hasil hendaklah dijalankan pada minggu 16-18 selepas menanam dengan memotong pokok 10-15 cm pada aras tanah. Kadar pembajaan yang diperlukan ialah 80–100 kg N/ha, 50 kg P2O5/ha dan 70 kg K2O/ha. Baja dibahagikan kepada 3 bahagian dan diberikan pada minggu ke-4, ke-8 dan ke-12. Potensi hasil adalah dalam lingkungan 80-100 t/ha setahun.
Kegunaan: Rawatan untuk penyakit karang batu, masalah penghadaman selepas bersalin, masalah kelemumur dan sebagai perasa dalam masakan.
Rujukan: Indu, Bala Jaganath., Lean, Ng Teik., 2000. Herbs The Green Pharmacy of Malaysia. Vinpress Sdn Bhd in collaboration with Malaysiaan Agricultural Research and Development Institute (MARDI). 126 pp.

Musa Yaacob, Muhammad Ghawas Maarof and Mansor Puteh., ed. (2005). Teknologi Penanaman Tumbuhan Ubatan & Beraroma.Serdang: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

kesum -pengenalan





Kesum
(Polygonum minus)
POLYGONACEAE
  • Turut dikenali dengan nama Daun Senahun, Rumput Tubuh, Tuba Seluang, Water-pepper.
  • Kini dikenali sebagai Persicaria hydropiper (L.) Spach. selepas penamaan semula tumbuhan dari keluarga Polygonaceae.
  • Hidup dengan baik di kawasan yang lembab, terbiar dan becak.
  • Biasanya tumbuh bersama dengan Persicaria minor Huds. (Small water-Pepper) yang mempunyai daun lebih kecil, rendah, berbatang lembut.
  • Persicaria hydropiper juga boleh dibezakan berdasarkan bau dan rasanya yang lebih tajam berbanding Persicaria minor.
  • Mempunyai bunga berwarna putih kehijauan sehingga merah jambu.
  • Mudah dibiakkan dengan keratan batang.
  • Boleh ditanam dalam keadaan naungan atau cahaya matahari penuh asalkan diberi bekalan air yang mencukupi.
  • Daun muda dan batang digunakan sebagai perisa makanan seperti kari ikan, laksa, asam pedas dan pelbagai lauk lain.
  • Sebagai herba, daun kesum berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar, membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, sebagai stimulan, merangsang haid.
  • Ia digunakan untuk merawat reumatisme, gout, radang sendi dan batu karang. Namun pengambilan terlalu kerap adalah dilarang kerana kandungan asid oksalik di dalamnya menghalang pemyerapan mineral ke dalam tubuh.
  • Jus perahan daun kesum digunakan untuk merawat masalah kelemumur dan menghitamkan rambut, ubat pupuk di tempat berkudis dan sakit bagi manusia dan haiwan ternakan.
  • Ia juga merupakan sebahagian daripada ramuan campuran untuk wanita lepas bersalin.
  • Biji kesum jenis ‘Water-pepper’ digunakan dalam pembuatan wasabi.
  • Kesum mengandungi minyak pati (essential oil) dan berpotensi dikomersialkan sebagai pewangi untuk industri kosmetik dan penjagaan diri (toiletries).
  • Kesum telah mula digunakan sebagai lapisan pembalut kapsul di pasaran atau dikenali sebagai ‘ulam protective coating’ (Biotropics).