khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Tuesday, 18 March 2014

Petua Sakit Tekak





batuk-dan-sakit-tekak


Petua pertama yang saya dapat dari Google. Guna asam jawa. Perah dalam air .. kemudian minum. Nak taruk gula atau bahan manis .. ikut suka hati korang la. Janji .. jangan manis sangat. Nanti sakit lain pula yang datang.

Yang kedua .. guna asam keping. Ambil beberapa keping asam gelugur, kemudian bakar hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya Allah .. sakit tekak anda akan cepat sembuh. Emm .. yang nie, saya susah sikit nak ikut. Kalau setakat asam keping tu .. boleh la cari kat dapur. Tapi yang bab air sirih tu .. mana la nak cari malam² buta nie. Kalau kat kampung .. lain la.

Petua No3 .. kena guna buah kembang semangkuk. Kena rendamkan sebiji .. dalam sebuah mangkuk dan minum airnya. Kalau nak dua tiga biji tu (kasi extra power) .. terpulang kepada anda. Saya tak kisah. Tapi syarat utamanya .. mesti kena rendam dalam mangkuk. Kalau guna cawan ke .. pinggan ke .. tak mujarab. Sebab dah tak sama perkataan 'mangkuk'. Nie bukan saya yang cakap ekk! Ahli nujum yang cakap! Hehehe ..

No 4 pula .. kira first time bagi saya. Bahannya .. Sundae cone McDonalds a.k.a McD. Murah dan mudah dicari. Kalau nak .. pergi je McD .. beli Sundae cone satu. Kemudian makan. Harga pun murah .. dalam RM 1.05 macam tu. Kemujarabannya .. saya tak berapa pasti sebab tak pernah try lagi. Esok .. mungkin boleh kot. Tapi yang tertulis kat sini .. katanya .. doktor pun suggest macam tu. Huhuhu! Senang betul doktor tu kan! Suruh makan McD je dari ubat.

Anastasyea : Asam jawa dah habis .. asam boi ada la. Boleh kot!




sumber dari: http://www.anastasyea.com/2011/02/petua-sakit-tekak