khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Tuesday, 18 March 2014

diminum wanita selepas bersalin






Daun muda dan bunganya boleh dijadikan perasa dalam masakan atau dijadikan ulam, kerabu atau sebagai pembuka selera. Setiap kepingan asam yang telah dikeringkan biasanya akan dicampurkan dalam masakan Melayu seperti masak kari, masak asam, sup, tomyam dan banyak lagi. Ia juga boleh digunakan dalam proses mewarnakan kain, selain dijadikan sebagai pokok hiasan.

Pokok asam gelugor biasanya akan membesar sehingga 20 meter dan ini menyebabkan orang biasanya menanamnya di ladang sahaja. Buahnya boleh ditumbuk lumat dan direndam dalam cuka lalu dilumur kepada tubuh wanita. la sebenarnya boleh mengembalikan bentuk tubuh asal wanita dan menjadikannya ramping seperti sedia kala. Biasanya hanya wanita yang baru lepas bersalin menggunakan bahan-bahan ini.

Kepingan buahnya pula jika dimakan, dapat mengurangkan berat badan, mengatasi masalah obesiti dan menurunkan tahap kolesterol. Daun asam gelugor yang tua berwarna hijau pekat manakala daun yang muda sedikit kemerahan sebelum hijau. Pada masa dahulu orang menggunakan daun asam gelugor dibuat jus untuk diminum wanita selepas bersalin. la berupaya membantu mencuci bahagian peranakan dan mengembalikan bentuk asal tubuh badan. Daun dan akar pokok boleh dijadikan ubat atau dijadikan losyen untuk merawat sakit telinga.



sumber dari: http://www.epetua.com/khasiat-asam-gelugor/