khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Tuesday, 18 March 2014

Kencing Manis




Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Kencing manis adalah penyakit yang disebabkan oleh wujudnya masalah dalam pengeluaran insulin oleh organ pankreas samaada ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin.
Seminggu lepas raya aidilfitri bulan lapan aritu, ayah cik tom buat monthly checkup dan doktor bagitau kadar bacaan kandungan gula dalam darah ayah tinggi - 8.9 mmol/L. Masa tue, ayah fikir maybe sebab beria sangat makan tak pantang time raya kot.

Lepas seminggu check kat hospital (HSNZ) tue, ayah cek lagi kat klinik naik tinggi giler sampai 13.9 mmol/ L dan terus doktor cakap ayah ada penyakit kencing manis aka diabetes dan dapat banyak ubat kencing untuk stok sebulan kot.

Kalau nak tau berapa paras normal boleh baca artikel >>Dr. Zubaidi.

Tapi ayah cik tom ni jenis liat nak makan ubat hospital. Dia lebih prefer cara tradisional, ubat darah tinggi pun ayah cik tom buat sendiri je- jemur, blend & masukkan dalam capsule. hehe…

So, ayah cik tom try petua pertama minum air rebusan asam gelugor keping. Tapi sebulan ayah cik tom try petua ni bila check kadar gula dalam darah still atas >10 mmol/L. Petua ni jiran belakang umah yang bagi dan memang berkesan je dengan mak cik ni.


Asam Gelugor Keping



sumber dari: http://www.ciktom.com/cara-turunkan-kadar-bacaan-kencing-manis/