khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 27 September 2013

Menurut tokoh perubatan Islam






CUKA KURMA mengandungi pelbagai vitamin seperti: 
Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).

Ibnu Sina dalam kitab beliau 'Al-Qanun Fi Al-Tib' menyatakan bahawa "Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakkan di dalam badan seperti bisul dan kanser, memperbaiki masalah pencernaan di dalam perut, masalah usus, menyucikan darah, kerongkong, kahak, batuk berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolestrol), menstabilkan asid dan garam di dalam badan, membuang keracunan badan (menyingkir toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan" - Darul Fikri, Bairut Tahun 1414, m.s 908-909.

Ibnu Qayyim dalam kitab beliau 'Al-Tib Al-Nabawi' menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu(membersih hempedu dari lemak yang berbentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yg pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul di dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus(membuang toksik dalam perut), menguatkan sistem perut (buasir), menghilangkan masalah dahaga (kepanasan padan), mencegah sebarang pembengkakkan yang akan terjadi di dalam badan manusia (seperti bisul, kanser dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun) - Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410H, m.s 233.


sumber dari: timurtengahfood.blogspot.com