khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 14 September 2013

Kelebihan Halba






Rasulullah saw bersabda :

" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.

Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

"Gunakanlah Halba sebagai ubat"

Memang Halba itu baik!! mak saya amalkan masuk sedikit dalam beras masa menanak so that kanji nye akan berkurangan (utk pesakit diabetics) dan wangi pun iya jugak!! Petua ni didapati dari pengamal perubatan alternatif semasa mak saya berubat dulu!!

Kalau orang Johor... selalunya masak nasi lemak letak halba nih...
Untuk naikkan wangi nasi lemak tuh...

Kalau tak tahu gak... tanya lah parent, pasti dia org tahu apa itu halba...

KEGUNAAN HALBA

1. Diminum sebagai teh untuk

- Melancarkan haid

- Menghilangkan kembung,sebu dan senak

- Pencuci perut

- Menguatkan jantung

- Menghilangkan lendir tekak

- Melegakan sakit kepala/migraine

- Membuang angin

- Menyembuhkan buasir

- Senggugut

- Merangsang rahim

- Kegemukan

- Kurang berat badan

- Mengawal kencing manis

- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu

- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah

- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh

- kecergasan

- kekuatan badan

- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu

- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.


sumber dari: insanmusafir.blogspot.com