Bunga lawang telah diambil selama berabad-abad untuk melegakan ketidakselesaan perut. Dalam perubatan tradisional cina, bunga lawang digunakan untuk pencernaan, menggalakkan kesihatan organ pembiakan wanita dan meningkat pengeluaran susu ibu. Herba ini tidak boleh digunakan semasa mengandung. Bunga lawang merangsang penghasilan telur dan meningkatkan libido.
Bunga lawang bersifat anti bakteria, anti septik dan anti kulat. Ia berguna untuk rawatan asma, bronkitis, batuk selsema, batuk kering dan tonik perut.
Minyak bunga lawang digunakan untuk melegakan ketidakselesaan abdomen, sakit sendi dan sakit belakang pinggang.

1 titik minyak bunga lawang dicampur dengan 1 sudu teh madu, diambil dapat melegakan kekejangan perut, senak, gas, kembung dan loya. Dalam dos yang kecil boleh meningkat peredaran darah, penafasan dan menguatkan jantung. Ia juga digunakan untuk merawat kudis dan jangkitan kutu. Walaupun minyak bunga lawang boleh membantu merawat keadaan kulit tertentu tetapi ia perlu dicairkan dengan losyen untuk mengurangkan risiko iritasi.
Jangan menggunakan minyak bunga lawang lebih daripada yang diarahkan, untuk mencegah kesan sampingan yang serius kerana minyak ini berpotensi toksik. Ia boleh menyebabkan takungan cecair dalam otak, sawan, mabuk dan menggeletar. Jadi bila nak guna minyak bunga lawang perlulah berhati-hati.
Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk.

sumber dari: kasihilmar.com