khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Tuesday 16 July 2013

ubat untuk menurunkan darah tinggi




Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, disamping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Cukup untuk minum sekali sehari.

Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat dan letakkannya pada tempat luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molikul-molikul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi. Air rebusan daun ini yang pahit juga merangsang pemecahan molikul lemak. Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah mengambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu.




sumber dari: negaraku.my