khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Tuesday 16 July 2013

khasiat Daun Hempedu bumi




Hempedu bumi merupakan sejenis herba pelbagai khasiat. Herba ini juga dikenali sebagai akar cerita, sambilata, nivalembu, king of bitter atau maha tita. Nama saintifiknya pula Andrographis Paniculata.
Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.
Berikut antara khasiat Daun Hempedu bumi:
a. Daunnya boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi dan merawat kencing manis. (Caranya:
rebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum).
b. Daunnya boleh merawat luka. (Caranya: tumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut).
c. Merawat demam. (Caranya: ambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam).
d. Pokok ini dikatakan mempunyai ciri meningkatkan pertahanan badan melawan penyakit serta mempunyai ciri melawan virus. Dikatakan juga boleh melawan beberapa strain virus HIV.
e. Bahan aktif pada herba ini, andrografolid melindungi hati, pankreas dan sistem pencernaan.
f. Kajian makmal dan klinikal membuktikan bahawa ia berkesan untuk kes kerosakan hati kerana bahan toksik, fungsi hati yang kurang baik dan hepatitis.
g. Andrografis juga terbukti boleh mengelak pengumpulan kolesterol teroksida pada salur darah pada tahap yang lebih berkesan berbanding minyak ikan omega 3.
h. Hempedu bumi memang sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai kolesterol tinggi.
i. Andrografolid juga melindungi sel yang mengeluarkan insulin pada pankreas dan memperbaik metabolisma glukos serta retinopati diabetis.
j. Di China herba ini digunakan untuk mengubat sakit tekak dan selsema.
k. Hempedu Bumi mempunyai kuasa mencegah selsema.
l. Andrografis boleh melindungi daripada gastrik dan ulser duodenum.





sumber dari: negaraku.my