khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 22 June 2012

tips buang angin dengan halia






Mungkin ramai dah tahu yang halia ni merupakan satu tumbuhan yang sangat berguna. Bagi yang masih tak tahu lagi, kebaikkan halia (selain daripada membuang angin kus-kus) ialah dapat mengawal penyakit seperti demam, migrain, batuk, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sebagainya. Selain itu halia juga dipercayai dapat membantu menghadamkan makanan, menambah air mani dan menguatkan tenaga batin. (Laki mesti suka ni.hihi).Orang perempuan juga suka menggunakan produk halia kerana diyakini dapat memecahkan lemak-lemak kental bawah kulit.
 
Disebabkan manfaat halia ni yang pelbagai, aku suka untuk menggunakan halia dalam kehidupan seharian. Tambahan pulak, aku ni memang jenis banyak angin (macam makcik-makcik), dan juga mengalami masalah lemak tepu berlebihan terutama di perut dan peha. Oleh itu, aku cuba nak kongsikan cara aku mengadaptasi halia dalam kehidupan aku :)
 
1 - Krim Pati Halia
 
Bagi yang malas nak menyediakan potion-potion halia, bolehlah ambil kunci kereta, start enjin dan pergi ke kiosk-kios atau kedai-kedai yang menjual pati halia. Kalau dilihat zaman sekarang ni memang terdapat banyak sangat produk-produk pati halia ni. Macam-macam jenama dan jenis bungkusan. Tepuk dada tanya selera nak pilih produk apa. Macam aku, aku gunakan Pati Halia 3-in-1 (bukan Milo yer) bersama kolagen dan Limau Nipis. Setiap hari lepas mandi dan sebelum tido, aku akan sapukan krim ni ke bahagian-bahagian lemak tepu berkumpul seperti di peha, betis, bawah lengan dan perut. Sambil sapu, aku urut-urut manja sedikit bahagian-bahagian tersebut sehingga krim meresap sepenuhnya di bawah kulit. Diingatkan supaya jangan sapu banyak-banyak sebab 10 minit kemudian, korang akan jadi seperti cacing kepanasan.Setakat ni, aku rasa agak berkesan. Kerana berjaya mengecilkan sedikit peha tak berapa nak gebu aku ni.

 
2 - Minuman halia
 
Yang ini paling aku suka. Disebabkan perut aku seringkali kembung dan berangin, aku selalu minum air halia. Cara nak buat dia senang sahaja. Pertama, korang cuci halia sehingga bersih. Buangkan kulit dan potong halia secara kasar tetapi cantik. Kedua, Rebus halia dengan air sehingga mendidih. Sukatannya ialah 2 cawan air bersamaan 1/2-1 cawan halia. Apabila sudah mendidih, anda boleh campurkan air rebusan tadi dengan sedikit gula. Bagi yang ingin menjaga kesihatan, jangan gunakan gula. Sebaliknya campur air rebusan dengan madu atau susu dan juga teh. Memang sedap! Kalau malas buat sendiri, aku selalu memesan teh halia sekiranya minum di kedai.

3- Sup halia
 
Amalan meminum sup memang sangat bagus. Untuk menyediakan sup ini, mudah sahaja. Caranya adalah sama macam korang nak buat sup ayam, daging dan sebagainya. Cuma korang perlu tambah halia mengikut citarasa dalam sup tersebut. Selain dijadikan sebagai pembuka selera, korang dapat melegakan perut yang meragam. Lebih kurang macam ENO lah.

4- Halia dalam masakan.
 
Amalkan membubuh halia dalam setiap masakan yang korang atau mak korang masak. Contohnya, sayur campur dengan halia, ikan kukus dengan halia, ayam masak halia dan lain-lain lagi. Mudah kan?

Itu sahaja yang aku pernah cuba. Sebenarnya banyak lagi cara-cara pengaplikasian halia ni. Bagi sesiapa yang mempunyai cara lain dalam menggunakan halia, bolehlah berkongsi.

sumber dari: nabeshnaim.blogspot.com