khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 22 June 2012

halia untuk ibu mengandung






Halia merupakan rempah penting yang diperniagakan di dunia bermula pada abad ke-5 masihi. India adalah pengekspot halia terbesar di dunia manakala halia dari Jamaica adalah yang terbaik dari segi kualitinya kerana mempunyai bau yang wangi dan rasa yang sedap.

Halia merupakan tanaman berakar serabut dan senang dijaga. Ia cepat membiak di kawasan tanah yang lembab dan mendapat sinar matahari yang banyak. Tumbuhan ini mampu mencapai ketinggian sehingga 1.5 meter.

Halia mengandungi komponen minyak beruwap dan tidak beruwap. Gingerol, shogaol dan resin adalah kandungan sebenar halia yang terdapat di dalam minyak oleoresin. Khasiat tumbuhan halia yang selalu digunakan bagi merawat penyakit dalaman seperti melancarkan aliran darah, muntah-muntah, sakit kepala, selsema, terseliuh, batu karang, asma, kelemumur, kolestrol tinggi, sakit pinggang, cirit-birit dan mati pucuk.

Bagi ibu mengandung yang rasa loya atau muntah boleh dikurangkan dengan mengambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis dan dimasukkan ke dalam segelas air mendidih bersama-sama dengan seketul gula batu. Sesuai diminum pada waktu pagi dan malam.
Bagi menghilangkan sakit kepala ambil beberapa helai daun halia ditumbuk sehingga halus dan ditampal pada dahi dan pelipis. Untuk merawat penyakit pencernaan, ambil akar halia yang dihancurkan dan dicampur dengan 2 cawan air dan direbus selama 20 minit. Minum air rebusan tersebut selepas makan 2 kali sehari.



sumber dari: anuarkarimz.com